Floating Icon
24 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 2076 LIHAT 132 BERKONGSI

Mengapa Nutrilite Meninjau Di Sebalik Labelnya?

Purity Safety Effective Quality Product 3


Mengapakah kita Meninjau Di Sebalik Labelnya dengan Nutrilite?

Itu kerana ia melibatkan kebolehjejakan. Ini adalah keupayaan untuk mengikuti keseluruhan makanan atau bahan-bahan melalui proses pertumbuhan, pengeluaran, pemprosesan, pembuatan, pengedaran dan akhir sekali hingga suplemen itu sampai ke tangan anda.

Bagi Nutrilite, yang telah mengamalkan kebolehjejakan selama beberapa dekad untuk mendokumenkan keberkesanan, keselamatan dan ketelusan, ia bermaksud berkongsi laluan yang diambil oleh bahan botani dari ladang-ladang yang disahkan organik hingga ke suplemen yang anda beli.

Anda berhak mengetahui dari mana suplemen dan vitamin anda datang. Anda inginkan jaminan kerana anda dan orang yang anda sayangi mengambil suplemen ini. Anda inginkan sumber yang dipercayai dan inilah sebabnya Tinjau Di Sebalik Labelnya Nutrilite adalah penting.


Bahan-bahan yang Tulen

Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin dan suplemen diet global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladangnya sendiri yang disahkan organik tanpa menggunakan bahan kimia sintetik. Itu bukanlah obsesi; itu adalah Ketulenan.

  • Semua perkara mengenai tumbuhan direkodkan, dari biji benih hingga ke peringkat memetiknya di ladang kami. Kami memanggilnya sijil kelahiran tumbuhan kerana kami boleh menjejaki segala-galanya, kami tahu ia tulen dan tidak tercemar.
  • Teknik perladangan kami mengekalkan kesihatan tanah untuk masa depan yang mampan. Tanah sihat, tanaman sihat!

Tonton ini:


Bahan-Bahan yang Selamat

500,000 pemeriksaan kualiti setiap tahun dan setiap produk dianalisis sekurang-kurangnya 200 kali untuk keselamatan dan kualiti. Itu bukanlah obsesi; itu adalah Keselamatan.

  • Apabila bahan tiba di dok penerimaan kami, peraturan menyatakan bahawa memadai dengan kertas kerja untuk memberitahu kami apakah bahan tersebut. Tetapi kami tidak boleh menerimanya bulat-bulat kerana kami ingin tahu dengan tepat apa yang dimasukkan ke dalam produk kami. Kami mengeluarkan 60%-70% bahan mentah dalam setiap penghantaran untuk pemeriksaan penuh bagi memastikan kertas kerja itu betul.
  • Kami bukan hanya bergantung pada pembekal kami, kami memeriksa dua hingga tiga kali sebaik sahaja menerima bahan, kedua-duanya dari ladang kami sendiri atau ladang pembekal kami.

Tonton ini:


Bahan-Bahan yang Berkesan

Kami menjalankan penentuan cap jari fitokimia untuk mengenal pasti bahan-bahan dan komposisi nutriennya, jadi kami memilih spesies botani yang terbaik untuk produk kami. Itu bukanlah obsesi; itu adalah Berkesan.

  • Perumusan kami adalah berkesan kerana ia menyediakan jumlah nutrien yang betul dan seimbang, tiada jumlah yang berlebihan yang boleh membebankan badan anda.
  • Kami juga menguji hayat simpan dalam persekitaran terkawal bagi memastikan produk kami mengekalkan tahap nutrien yang dinyatakan pada label.

Tonton ini:


Bagaimanakah Kebolehjejakan Membantu Perniagaan Amway Anda? Anda Boleh:

    • Memberi respons terhadap minat pelanggan dalam tajuk kebolehjejakan seperti perladangan organik dan ujian keselamatan
    • Menjawab soalan nilai harga tentang suplemen Nutrilite
    • Membezakan Nutrilite daripada produk pesaing
    • Membina kepercayaan terhadap diri anda, perniagaan anda dan produk anda

Sebagai kesimpulan, kami telah wujud hampir 90 tahun. Tidak hairanlah, Kami adalah Nombor 1 Di Dunia. Untuk menunjukkan kepada anda betapa terperincinya kami dalam memberi khidmat kepada anda, tinjau di sebalik label kami dan lihat kesemua 9 langkah dalam memastikan suplemen yang anda ambil itu tulen, selamat dan berkesan.

Secara ringkasnya, INI PENTING kerana komitmen jenama Nutrilite terhadapnya melibatkan pematuhan yang teliti terhadap pemprosesan, penyimpanan rekod yang sangat cermat dan keperluan bagi pengendalian dan kebersihan yang ketat untuk memberikan suplemen yang berkesan.Terbaik dari Alam, Terbaik dari Sains, Terbaik untuk anda dan keluarga anda.