Floating Icon
21 JUN 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1753 LIHAT 46 BERKONGSI

Tingkatkan Penjagaan Kulit Anda Yang Diperibadikan Ke Tahap Yang Lain

Jika anda sudah terbiasa dengan rejim penjagaan kulit yang paling asas (membersihkan, menyegarkan, melembapkan) inilah masanya untuk meningkatkannya ke satu takuk lagi. Kaita membicarakan tentang pembersihan mendalam, rangsangan, urutan, pengelupasan – semuanya akan mempersiapkan kulit anda untuk penyerapan optimum bahan-bahan penjagaan kulit yang berharga.

Ini bermakna kesemua kebaikan daripada serum dan pelembap anda boleh menembusi lebih jauh ke dalam di bawah permukaan kulit anda, menyampaikan nutrien dan bahan aktif ke tempat yang paling diperlukan untuk hasil yang lebih baik dan anda tampil lebih menawan.


Adakah saya tidak melakukan yang secukupnya untuk kulit saya?

Adakah rutin kecantikan semasa anda tidak memberikan penampilan yang anda idamkan? Ini mungkin disebabkan kebanyakan bahan utama yang terdapat di dalam kebanyakan produk penjagaan kulit hanya kekal pada permukaan, gagal menembusi lebih jauh ke dalam kawasan kulit yang paling penting.

Tiba masanya untuk mempertimbangkan kaedah yang lebih canggih untuk manfaat yang maksimum.


Arus frekuensi elektro: Membawakan gelombang baru dalam penjagaan kulit

Peranti penjagaan kulit dan rawatan yang menggunakan urutan arus frekuensi elektro dan merangsang sel-sel kulit. Ini memberikan kesan yang ketara pada kulit:

  • Menghilangkan kotoran jauh ke dalam liang-liang
  • Mengoptimumkan penyerapan bahan penjagaan kulit
  • Menggalakkan pengekalan kelembapan
  • Mengurangkan kekusaman untuk kulit yang berseri
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan


Bolehkah saya lakukannya sendiri di rumah?

Sudah tentu, anda boleh mendapatkan hasil profesional di luar klinik. Ianya mudah, harganya jauh lebih rendah dan anda hanya perlukan peranti yang betul.

ARTISTRY Dermasonic menghasilkan getaran ultrasonik 30,000Hz yang membolehkannya menembusi jauh ke dalam liang dengan jet buih untuk membersihkan sisa yang tidak diingini. Ia menghilangkan tambahan sebanyak 35%-38% sel-sel kulit mati dan keratin kasar dengan berkesan untuk kulit yang lebih cerah, lebih berseri.

Selain itu, fungsi Ion Derma Galvanik merangsang dan mengurut kulit secara perlahan-lahan, membantu merangsang penembusan bahan-bahan penjagaan kulit utama. Ion derma merujuk kepada arus ion positif/negatif yang membantu produk penjagaan kulit menembusi lebih jauh ke dalam kulit, pada masa yang sama merangsang dan mengurut kulit di peringkat mikro untuk peningkatan keseluruhan.


Bunyi macam menarik! Apakah yang perlu saya guna dengannya?

Sudah tentu produk penjagaan ARTISTRY kegemaran anda! Direka khas untuk digunakan dengan produk penjagaan kulit ARTISTRY, ARTISTRY Dermasonic berdenyut dengan tujuh mod berbeza. Setiap mod menggunakan arus frekuensi elektro berbeza-beza untuk kesan yang berlainan pada kulit:

  • Mod Membersih untuk pembersihan mendalam
  • Mod Vitamin C untuk penembusan bahan aktif (Vitamin C) yang dipertingkatkan
  • Mod Menghidrat untuk lembapan kulit yang dipertingkatkan
  • Mod Keserian untuk tona kulit yang diperbaiki
  • Mode Penegang untuk menegangkan
  • Mod Kedutan untuk antikedutan
  • Mod Signature Select – corak getaran khas untuk digunakan dengan mana-mana kombinasi ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum