Sungguhpun anda tidak boleh hidup selama-lamanya tetapi anda pasti ingin kelihatan muda selama-lamanya! Melawan ujian masa pada kulit dan penampilan anda boleh menjadi suatu perjuangan yang besar, terutamanya dengan garis halus, kedutan, tompok usia dan kekenduran yang sentiasa bersedia untuk muncul. Namun begitu, terdapat cara bagi memastikan anda dapat memperlahankan tanda-tanda penuaan dan menua dengan anggun.
Apabila usia anda meningkat, kulit anda akan mula kehilangan keanjalannya dan penghasilan kolagen semakin perlahan. Kedutan adalah kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan dan boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Bercakap tentang melawan tanda-tanda penuaan, kajian teliti bertahun-tahun telah menghasilkan beberapa kaedah untuk melindungi dan membaiki kulit anda.
Asas produk penjagaan kulit ARTISTRY ialah matlamat untuk memiliki kulit yang sihat dan awet muda. Dengan sains penjagaan kulit terkini yang inovatif, kita sudah selangkah lebih dekat dengan matlamat kita.
Disokong oleh kuasa fitonutrien, Kompleks PencegahanARTISTRY memberikan kepada anda suatu sistem penjagaan kulit menyeluruh yang bertindak untuk mencegah tanda-tanda awal penuaan. Hydrating & Balancing Solution bertindak untuk membina mekanisme pertahanan antioksidan kulit anda untuk menghalang degradasi sel kulit dengan berkesan.
Cubalah Set 3 Langkah ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing atau Hydrating Solution untuk rutin penjagaan kulit minimalis yang penuh dengan manfaat Kompleks Pencegahan ARTISTRY:
Putar balik masa dengan Kompleks Pembaikan ARTISTRY. Bahan utamanya telah dipilih dengan teliti bagi membantu dalam mencergaskan semula kulit yang matang dan mengurangkan tekanan kulit untuk penampilan yang dipermudakan. Pejalkan dan cergaskan semula kulit anda dengan Kompleks Pembaikan!
Tingkatkan rutin penjagaan kulit anda dengan set ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing atau Firming Solution untuk merasai kuasa fito daripada Kompleks Pembaikan: