Floating Icon
02 FEB 2024 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 255 LIHAT 3 BERKONGSI

Malam Janji Temu dengan Amway: Mempersiapkan Kulit dengan ARTISTRY

Setelah anda melengkapkan ritual bilik mandi anda, tiba masanya untuk mempersiapkan kulit anda dengan ARTISTRY, untuk malam janji temu anda yang mengujakan! Mempersiapkan kulit anda sebelum menggunakan mekap penting untuk mencapai hasil yang licin, sempurna dan berseri.

Terokai rutin penjagaan kulit yang direka untuk meningkatkan kecantikan semula jadi anda dan mencipta asas yang sempurna untuk karya mekap anda. Kami akan mendedahkan rahsia untuk mencapai kulit wajah berseri-seri yang mengungkapkan bahasa cinta.


Yang Mesti Ada

Sebelum anda tampil glamor untuk malam itu, pastikan rutin persiapan kulit asas anda tidak dilupakan! Menulen (membersih), mendendang (menyegar) dan menghias (melembap) – ini ialah ritual penjagaan kulit asas untuk mencipta sut kanvas untuk dewi kecantikan seperti anda!


ARTISTRY SKIN NUTRITION cleansers
ARTISTRY SKIN NUTRITION toners
ARTISTRY SKIN NUTRITION moisturisers
Berikut ialah kursus ulang kaji tentang asasnya dengan rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION!




5 Malam Sebelum

Ketika kita mengira detik malam janji temu istimewa anda, mulakan perjalanan penjagaan kulit anda lima malam sebelumnya dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum untuk hasil yang pantas dan ketara. Berdasarkan ujian pengguna, 88% wanita menyatakan kulit yang sihat berseri selepas menggunakan serum, manakala 80% menyatakan tona kulit yang lebih sekata.

Serum berkuasa ini direka untuk menyeduh kulit anda dengan kebaikan Vitamin C dan HA3, memberikan kombinasi mujarab yang memberikan keserian dan penambahbaikan tona kulit. Bersedialah untuk memukau pasangan anda dengan kulit yang memancarkan pesona keserian yang bertenaga dan sekata tonanya. Inilah ritual penjagaan kulit menjelang janji temu yang sempurna agar anda yakin dan berseri-seri!

Ketahui lebih lanjut tentang serum yang hebat ini!


Malam Sebelum

ARTISTRY SIGNATURE SELECT MASKS direka untuk menambah pesona penjagaan diri dalam penjagaan kulit khusus dengan pemakaian berbilang masker. Bayangkan memanjakan diri anda dengan jambangan masker yang setiap satunya direka untuk zon berbeza pada wajah, mencipta simfoni cinta untuk kulit anda.

Bayangkan ini: masker khusus untuk zon-T yang romantis dan belaian yang kaya lembapan untuk pipi pauh dilayang. Ia bagaikan kisah cinta penjagaan kulit yang mekar di wajah anda.

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks

Ucapkan selamat tinggal kepada rutin satu untuk semua yang sudah lapuk. Sebaliknya, nikmati asmara penjagaan kulit yang menggunakan sehingga 5 masker serentak.

Tahun ini, mengapa tidak menjadikan pemakaian berbilang masker sebagai aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan bersama rakan-rakan anda? Ialah cara yang sempurna untuk meraikan cinta, gelak ketawa dan kulit yang berseri-seri.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Seni Berbilang Masker ARTISTRY? Baca Sekarang!



Hari Janji Temu!

Malam ini menandakan malam janji temu yang mempesonakan! Utamakan kanvas yang berseri-seri untuk mekap anda dengan belaian ARTISTRY Deep Hydrating Sheet Mask yang menyuburkan.

Biarkan kulit anda menyerap kebaikan penghidratan daripada Dendrobium Nobile dan Bunga Sakura Jepun (Ekstrak Bunga Prunus Serrulata) yang berharga, memastikan penampilan yang sempurna dan memukau untuk malam istimewa anda. Langkah penting ini mempersiapkan pentas untuk karya mekap yang mencerminkan cahaya percintaan. Bersedialah untuk menyinar dan menceriakan pada malam yang tidak dapat dilupakan ini!

Dapatkannya Sekarang!


Fakta menarik:
Kulit yang terhidrat dengan baik adalah kunci untuk mencapai kemasan yang lebih licin, sempurna dan berseri-seri!


Mencegah Kekeringan:
Ucapkan selamat tinggal kepada tompok-tompok kering dan mengelupas! Kulit terhidrat bertindak sebagai perintang kekeringan kulit untuk mencipta kanvas yang licin untuk mekap anda. Tiada lagi tekstur yang tidak sekata – hanya kulit selicin baldu.

Meningkatkan Penyerapan Produk:
Kulit yang terhidrat dengan baik bagaikan span yang menyerap produk mekap terutamanya bedak asas dengan lebih sekata. Ini memastikan aplikasi yang seragam, mengurangkan kemungkinan kejutan mekap tidak sekata.

Jangka Panjang:
Kunci mekap yang tahan lama! Kulit yang terhidrat mengekalkan mekap anda, mencegah pembentukan garis-garis halus dan kedutan sepanjang malam. Dengan kulit yang terhidrat dengan baik, penampilan malam janji temu anda akan kekal segar dan berseri-seri!





Kini anda sudah bersedia untuk Tampil Glamor dengan ARTISTRY