Floating Icon
15 JUL 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 5 MINIT BACA 2699 LIHAT 60 BERKONGSI

Testimoni ARTISTRY SKIN NUTRITION: Bahagian 2

Adakah ARTISTRY SKIN NUTRITION bagus untuk kulit kering atau penuaan pramatang?

Menggabungkan sains maju, nutrisi dan kecantikan, ARTISTRY SKIN NUTRITION adalah pendekatan holistik untuk penjagaan kulit yang diperakui vegan, bebas paraben dan tidak diuji pada haiwan. Dikuasakan oleh fitonutrien Nutrilite yang diperoleh dari ladangnya yang disahkan organik, koleksi ini menyuburkan kulit anda untuk Kecantikan yang Sihat. Tetapi apa yang boleh dilakukannya untuk kulit kering dengan penuaan pramatang?

Contohnya Hydrating Solution, bahan seperti Shiso Perilla dan Aloe Vera memastikan rumusannya lembut dan menenangkan. Prebiotik menguatkan mikrobiom kulit sementara Asid Amino membantu mengekalkan keseimbangan pH yang sihat. Diseduh dengan Biji Chia Putih dan Delima Nutrilite, produk ini menyuburkan dan menguatkan perintang kulit untuk mencegah kerosakan dan kehilangan lembapan. Akhir sekali, Ceri Aserola Nutrilite, Daisi Australia dan Beri Hitam melambatkan tanda-tanda penuaan awal yang ketara.


Berikut ialah pendapat pelanggan kami:

Testimonial Ahmad Zul

Ahmad Zul

Saya menjalani gaya hidup tipikal ABO sepenuh masa yang sibuk dengan janji temu dari pagi hingga malam: sentiasa berhubungan dengan pelanggan, sering berada di luar rumah dan tidur lewat. Kulit saya kering dan sensitif jadi kebanyakan produk di pasaran terlalu keras bagi saya. Sejak saya mula menggunakan ARTISTRY, kulit saya kelihatan lebih baik.

Produk kegemaran saya ialah Hydrating Mousse Cleanser – teksturnya melicinkan dan menghidratkan. Kulit saya tidak rasa ketat selepas membersih dan dipersiapkan untuk produk seterusnya. Micellar Makeup Remover + Cleanser lebih ringan daripada minyak pembersih namun memberikan pembersihan mendalam. Hydrating Smoothing Toner berbau harum dan saya tidak mengalami kegatalan selepas menggunakannya, yang biasa dialami kulit sensitif. Hydrating Day Lotion SPF 30 serasi dengan Hydrating Gel Cream, yang menjadikan kulit saya rasa lembap sepanjang malam hingga pagi.

Setakat ini, saya lihat kemerahan berkurangan dan kulit saya sangat lembap. Saya terkejut melihat keserian ketika melihat cermin berbanding dengan minggu lalu, tanpa kulit merekah atau mengelupas.




Testimonial Tay Yen Jia

Tay Yen Jia

Kebimbangan utama saya ialah pigmentasi dan liang-liang yang membesar, terutamanya selepas membersih. Saya tidak berdisiplin dengan penjagaan kulit saya. Pada waktu malam, saya terlalu letih, jadi kadangkala saya tidak menggunakan penanggal mekap dan hanya menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap.

Biasanya, saya tidur sekitar pukul 11 malam atau tengah malam dan bangun pada pukul 8 pagi. Saya menjaga pemakanan tetapi kadangkala menikmati makanan ringan. Saya cuba bersenam 2 hingga 3 kali seminggu; pada hari Selasa dan Khamis saya bangun awal untuk berjalan pagi. Namun begitu, pengambilan air saya kurang daripada 8 gelas sehari.

Saya sukakan koleksi ARTISTRY SKIN NUTRITION. Tekstur Hydrating Mousse Cleanser yang membuih lebih baik berbanding dengan pembersih lain dan pelembapnya lebih mudah diserap.

Kini, kulit saya lebih berseri dengan tekstur yang halus. Tahap kelembapan saya lebih baik, malah ibu saya dapat melihat perbezaan kulit saya.




Testimonial Chloe Tan

Chloe Tan Chau Yi

Saya mengalami kulit kering dan pigmentasi sejak muda disebabkan melakukan banyak aktiviti luar. Apabila usia semakin meningkat, saya mula mengalami semakin banyak tekanan. Apabila masalah kulit muncul, sangat sukar untuk memulihkannya.

Kini, saya menggunakan Hydrating Solution. Kegemaran saya ialah Hydrating Mousse Cleanser kerana buih pantasnya mudah digunakan. Saya rasa bahan-bahannya berkesan pada kulit saya; Saya boleh rasa ia lebih terhidrat. Laporan kulit saya juga menunjukkan bukti tentang perkara ini.

Koleksi ini rasa sangat bagus digunakan. Ia lembut pada kulit saya tanpa reaksi alahan walaupun kulit saya agak sensitif. Dahulu, mencuba produk baru sangat menyeksakan tetapi sekarang semuanya rasa menyenangkan. Baunya juga semula jadi dan harum.

Setakat ini, kemerahan saya semakin berkurangan. Kulit saya nipis, jadi biasanya anda boleh lihat pipi yang merah tetapi Penganalisis Kulit ARTISTRY menunjukkan bahawa kemerahan telah berkurangan dan kulit lebih terhidrat dan lebih lembut.




Testimonial Terence Foo

Terence Foo

Kebimbangan kulit terbesar saya ialah garis-garis halus dan kedutan. Kulit saya kering, tegang dan bertambah buruk selepas membersih.

Biasanya, saya menggunakan produk penjagaan kulit sebelum tidur. Pada waktu pagi, biasanya saya bergegas keluar dari rumah tanpa melengkapkan rejim penjagaan kulit kerana saya agak malas.

Berkaitan gaya hidup, saya makan secara sederhana dan tidur lewat pada pukul 1 pagi. Namun begitu, saya bangun sekitar pukul 8 pagi dan sering bersenam di luar: antara golf dan berjoging, saya mengalami banyak pendedahan cahaya matahari.

Kini, saya menggunakan Hydrating Solution. Saya sangat sukakan baunya yang dan semula jadi – sebagai lelaki, ia menepati pilihan saya. Selain itu, ini produk vegan yang sangat penting bagi kumpulan tertentu yang prihatin terhadap impak kita terhadap haiwan.

Hydrating Mousse Cleanser didatangkan dalam bentuk buih yang menyenangkan. Penyegarnya bagus tetapi tekstur pelembapnya sangat bagus dan memberikan penghidratan yang hebat untuk kulit saya.

Bermain golf baru-baru ini dan kurang tidur menjadikan kulit saya semakin buruk tetapi koleksi ini membantu menambah baik tahap penghidratan saya. Pada masa yang sama, penting untuk mengurangkan pendedahan cahaya matahari dan mengurangkan tekanan untuk hasil yang lebih baik.




Balancing Hydrating Mini Set


Dapatkan Set Mini ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solution hari ini!

Terdiri daripada pembersih, penyegar dan pelembap, set mini ini akan cukup untuk sekurang-kurangnya dua minggu, jadi ia percubaan yang sempurna untuk mengalami semua yang anda perlukan untuk kulit yang kelihatan sihat bila-bila, di mana-mana jua.

Terokai koleksi ini dan lihat sendiri hasilnya di Amway.my