Floating Icon
01 JAN 2024 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 257 LIHAT 24 BERKONGSI

Selembut sentuhan pertama seorang ibu

Baby care as soft as a mother's touch

Melahirkan anak ke dunia merupakan pengalaman yang sangat indah untuk semua pasangan. Namun, dengan masalah kulit yang banyak dialami kanak-kanak hari ini, mengekalkan kelembutan dan kehalusan semula jadi kulit bayi anda dengan selamat boleh jadi tugas yang menggentarkan.

Itulah sebabnya kami memperkenalkan dua tambahan baharu dalam rangkaian Dandanan Diri kami; ucapkan helo kepada g&h Baby, dibangunkan untuk menyubur dan melindungi kulit lembut si kecil anda. Rangkaian ini menggabungkan bahan-bahan terbaik dari alam semula jadi dalam koleksi penjagaan bayi berasaskan tumbuhan dan disahkan vegan yang diformulasikan untuk bayi berumur 6 bulan hingga 3 tahun.

Menekankan keselamatan dan kelembutan, setiap produk merupakan komitmen terhadap amalan beretika, mempunyai pensijilan vegan yang menjamin pengecualian bahan-bahan yang berasal daripada haiwan dan ujian haiwan, memastikan ibu bapa boleh mempercayai penjagaan lembut yang diberikan produk ini untuk kulit halus bayi mereka.



Mandian & Syampu g&h Baby

Masa mandi ialah masa membina ikatan yang berharga antara anda dan anak anda. Dengan mandian dan syampu bayi 2 dalam 1 kami, anda boleh membersihkan kulit halus bayi anda dengan lembut dari rambut hingga kaki sambil mereka bermain buih dengan gembira.

Ketika anda dan anak anda ketawa dan bermain di bilik mandi, Mandian & Syampu g&h Baby sedang bekerja, menyediakan Perlindungan Tiga Perintang untuk kulit halus. Ia bermula dengan Perintang Asid Hialuronik (HA) yang melembap secara mendalam dan melindungi daripada kehilangan lembapan, seterusnya Perintang Seramida untuk mengekalkan tahap kelembapan dan diakhiri dengan Perintang Lipid untuk mengekalkan kulit yang kelihatan lebih sihat.

Mandian & Syampu g&h Baby menampilkan campuran Air Kompleks Kalendula, Seramida Diperoleh Daripada Minyak Zaitun, Minyak Pati Kamomil, Kompleks Ekstrak Tunas Segar dan Kompleks Ekstrak Daun Hijau. Bahan-bahan pengenalan berasaskan tumbuhan ini diperoleh dari alam semula jadi yang paling asli. Tambahan pula, setiap pam memberikan formula tidak memedihkan mata, bebas sabun dan tanpa haruman yang diuji oleh pakar dermatologi dan menjalani ujian alahan, memastikan masa mandi dipenuhi dengan buih, kegembiraan dan gelak ketawa.

Losen g&h Baby

Selepas mandi, setelah bayi anda kering dan selesa, Losen g&h Baby adalah susulan yang ideal untuk menyuburkan lagi kulit mereka. Losen ini menawarkan pelembapan mendalam dan Perlindungan Tiga Perintang, memastikan penghidratan yang berpanjangan. Ia direka untuk menjadikan kulit bayi anda lembap dan anjal.

Selepas mandi air suam, menyapu Losen g&h Baby pada kulit bayi anda boleh memberikan penghidratan yang berpanjangan sehingga 24 jam. Losen ini membantu menguatkan perintang lembapan kulit, menyokong penghidratan semula jadinya. Dengan tekstur yang mudah disapu dan formula tidak berminyak, ia membuatkan kulit bayi anda rasa lembut, licin dan kelihatan terhidrat.

Kesan menyuburkan ini adalah hasil gabungan unik bahan-bahan semula jadi dalam Losen g&h Baby, termasuk Air Kompleks Kalendula, Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun, Minyak Pati Kamomil. Sifat Kompleks Ekstrak Tunas Segar yang melegakan, bersama-sama Kompleks Ekstrak Tapai Semula Jadi yang menyelesakan, bertindak bersama-sama untuk menjaga kulit halus bayi anda dengan lembut.

For babies from 6 months to 3 years

Standard baharu dalam penjagaan bayi

Bagi ibu bapa muda, usia bayi dan tahun-tahun awal anak anda bukan sahaja berharga tetapi juga sangat penting untuk kesihatan jangka panjang mereka. Di tengah-tengah tekanan dan pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat, dan tangan-tangan insan tersayang yang ingin menyentuh kulit bayi anda, formulasi semula jadi dalam produk g&h Baby menawarkan penyelesaian yang tepat untuk melindungi dan menyuburkan kulit halus bayi anda.

Hanya dengan melihat senyuman comel dan sentuhan lembut jari-jari kecil mereka sudah cukup untuk memahami bahawa kulit halus mereka berhak mendapat penjagaan dan perlindungan terbaik yang boleh ditawarkan oleh kami dan alam semula jadi.