Floating Icon
17 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 835 LIHAT 7 BERKONGSI

Tampil Berani. Jadikan Shanghai sebagai inspirasi.

Sentiasa penuh dengan kejutan, Shanghai adalah kota yang luar biasa dengan gabungan moden dan tradisional yang unik. Ada sesuatu tentang bangunan pencakar langit, seni bina Eropah serta jalan-jalan dan lorong-lorong lama yang terus membuat pengunjung mahu lebih lagi.

Berinspirasikan kepelbagaian kota ini, ARTISTRY STUDIO Shanghai Edition didatangkan dengan rangkaian warna cemerlang dan tekstur menawan untuk mencipta pelbagai penampilan solekan. Tunggu apa lagi? Mari kita mulakan!


Solekan Red Hot

Wanita berkeyakinan sukar diabaikan dan ia juga terserlah dalam solekannya. Jika anda melihat seorang wanita memakai gincu merah terang dan solekan mata yang jelas, anda pasti tahu bahawa dia tidak takut menghadapi apa sahaja dan mahu meneroka – tentunya bermula dengan kota metropolis Shanghai yang tidak pernah sunyi.

Tuah menyebelahi yang berani dengan versi baru rona warna merah ini. Tentu sahaja bibir yang menjadi tumpuan, dihiasi rona merah tua terbaik anda. Mata digaris dengan rona Slate, mengurangkan intensiti tetapi bukan godaannya. Pipi sedikit berkilau, disapu primer dan dirias agar bercahaya.

Bold_Makeup_Look_Shanghai_Edition.jpg

Muka

Mula-mula, sapu rata 2-in-1 Perfecting Glow Finish Primer pada muka dan leher anda.


Mata & Pipi

Gunakan Soft and Silky Eye & Cheek Pop Trio dalam rona Shanghai Nudes pada mata dan pipi anda. Adun kedua-dua rona pembayang mata lembut dan gelap di seluruh kelopak mata. Sapu pewarna pipi pada tulang pipi anda.


Penggaris

Tonjolkan mata anda dengan Liquid Pen Pop Eyeliner dalam rona Silk Slate. Lukis penggaris mata di sepanjang garis bulu mata atas dan bawah.


Bibir

Garis dan warnakan bibir anda dengan Light Up Silky Matte Lip Color dalam rona Spice Red. Pedap bibir anda dan sapu semula untuk warna yang lebih tahan lama.


Nantikan penampilan solekan ARTISTRY STUDIO Shanghai Edition yang seterusnya!