Tokyo adalah pelopor inovasi kecantikan dan kami telah mengabadikan intipatinya dalam koleksi ARTISTRY STUDIO™ kami. Edisi Tokyo ini merangkumi warna-warna yang memikat dan rekaan 'kawaii' yang tersangat comel membolehkan anda turut merasakan kesibukan daerah-daerah di Tokyo dan penghuninya yang ceria lagi bertenaga. Cubalah penampilan yang menjadi ikutan ini dan pasti ia juga sesuai untuk anda!
Cubalah gaya anak patung berbulu mata lebat dengan bantuan Oh-So-Colorful Mascara. Tonjolkan warna biru garang untuk lebih menyerlah atau perang pekat untuk kelihatan lebih lembut.
Sempurnakan gaya anda dengan Oh-So-Cheeky Blusher. Rona-rona terang Coral atau Poppy akan memberikan anda kemasan yang manis dan semula jadi.
Sempurnakan pengalaman Tokyo anda dengan semburan Fragrance Mist yang menggirangkan diinspirasikan daripada taman-taman di Jepun. Pilih antara Sweet Sakura atau Refreshing Yuzu, kedua-duanya diseduh dengan air mata air, air teratai dan ekstrak teh hijau.
Orang Jepun menyukai kulit wajah yang sempurna, selicin dan selembut kuih mochi. Serlahkan lagi kecantikan kulit anda dengan Correct & Perfect Face Compact.
Gaya ranggi ini menjadi kegilaan di Tokyo. Pilih satu warna (cuba merah jambu, merah atau perang) dan gunakannya pada mata, bibir dan pipi anda. Eye & Lip Beauty Box terdiri daripada 10 rona yang memikat dan sesuai untuk sebarang tona kulit.