Floating Icon
19 MAY 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 469 LIHAT 15 BERKONGSI

Manfaat Minyak Biji Chia Putih



Menyedari peralihan global ke arah pemakanan sihat, Amway Malaysiamula memperkenalkan Plant To Table by Nutrilite pada tahun 2022, melancarkan Campuran Teh Putih dengan Kekwa & Goji Beri , Campuran Teh Hijau dengan Mawar dan Minyak Biji Chia Putih, diikuti pula dengan Muesli Organik pada awal tahun ini.

Kaya dengan fitonutrien untuk menyuburkan badan anda dari dalam, terima kasih kepada penyelidikan Nutrilite yang berdekad-dekad dalam sains botani dan pemakanan, semua produk ini menjadi tambahan yang menakjubkan kepada dapur moden. Walau bagaimanapun, mari kita tumpukan hari ini pada Minyak Biji Chia Putih dan mengapa ia harus menjadi sebahagian daripada diet sihat anda.

Cara yang pantas dan mudah untuk memberikan rangsangan fitonutrien kepada diri anda tanpa menjejaskan rasa dengan minyak biji chia putih penekanan sejuk 100% yang pertama. Di tengah-tengah kesedaran yang semakin meningkat terhadap pemakanan sihat dan berasaskan tumbuhan, kita melihat dengan lebih dekat pada tambahan yang menarik ini kepada repertoir memasak anda.



Minyak Biji Chia Putih dan masakan Malaysia

Kita semua sukakan makanan yang lazat. Ia merupakan ciri yang menentukan budaya Asia dan pemacu penting industri pelancongan kita yang berkembang maju. Sungguhpun demikian, kecintaan kita terhadap aneka makanan yang lazat di Malaysia boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kita – dan antara punca terbesar adalah minyak masak yang tinggi dengan lemak tepu.

Apabila digunakan secara berlebihan untuk menyediakan hidangan, minyak masak yang tidak sihat boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan penyakit jantung. Mujurlah, penyelidikan saintifik yang meluas telah membawa kepada perkembangan lebih positif yang boleh mengurangkan risiko berkenaan.



Manfaat Minyak Biji Chia Putih

Makanan unggul yang luar biasa padat dengan serat, antioksidan, mineral, vitamin, protein dan yang terbaik ialah Omega-3, biji chia putih dapat membantu mengatasi kesan kesihatan negatif minyak tepu. Omega-3 khususnya diketengahkan kerana beberapa manfaatnya, termasuk kesihatan jantung1,2,3, otak4, kulit5 dan mata6.

Tahukah anda bahawa biji chia putih mempunyai salah satu daripada kandungan Omega-3 berasaskan tumbuhan yang tertinggi? Ini menjadikan biji chia putih sebagai sumber Omega-3 yang hebat untuk vegetarian atau sesiapa sahaja yang sukakan pilihan berasaskan tumbuhan untuk menambah diet mereka.



Menariknya, minyak biji chia putih mempunyai titik rasap yang tinggi. Jadi, ia bagus untuk menumis, memanggang atau membakar tanpa menghilangkan khasiatnya. Sumber lemak politaktepu sihat yang baik, ia bagus sebagai cecahan snek atau kuah salad dengan rasa kacang yang enak.

Berita baiknya, kini ia lebih mudah daripada yang anda fikirkan untuk menggunakan minyak biji chia putih yang serba guna tersebut ke dalam sajian harian anda dan menikmati kesemua manfaat kesihatannya!



Mengapa Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite?

Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite disumberkan secara terus dari ladang NutriCert dengan 9 Langkah Kebolehjejakan Nutrilite. Setiap biji benih dipilih dengan teliti, ditanam dan hidup subur dengan beberapa proses perladangan yang paling ketat dalam industri. Yakinlah bahawa tiada baja sintetik, racun perosak atau racun herba digunakan pada tanaman kami.

Proses perladangan kami bukan sahaja mampan dan sihat untuk alam sekitar dan mereka yang menikmati kebaikannya yang hebat itu, malah turut menjamin ketulenan biji chia putih kami. Dalam erti kata lain, ia memberikan lebih banyak manfaat daripada sumber semula jadi. Selepas penuaian, biji chia putih kami kemudiannya akan melalui penekanan sejuk, satu proses yang mengekalkan nutrien penting dan rasanya yang kaya.

Minyak organik dalam setiap botol adalah minyak biji chia putih penekanan sejuk 100% pertama yang mengandungi 60g asid alfa-linoleik (ALA, asid lemak Omega-3) setiap 100g. Kita bercakap tentang 60% kandungan Omega-3 dengan berbilang manfaat kesihatan untuk anda serta keluarga.

Alternatif yang sihat dan semula jadi berbanding minyak masak tepu, anda boleh menggunakan Minyak Biji Chia Putih Plant to Table by Nutrilite dalam semua hidangan istimewa anda, sama ada masakan Asia, Barat atau ‘fusion’. Jika anda seorang penggemar makanan dan ingin memulakan perjalanan untuk makan bersih, anda dan insan tersayang berhak menerokai pilihan yang lebih sihat hari ini!

Dapatkan Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite di Amway.my

Rujukan:

  1. Swanson D, Block R, Mousa SA. Omega-3 fatty acids EPA and DHA: health benefits throughout life. Adv Nutr. 2012 Jan;3(1):1-7. doi: 10.3945/an.111.000893. Epub 2012 Jan 5. PMID: 22332096; PMCID: PMC3262608.
  2. Sala-Vila A, Fleming J, Kris-Etherton P, Ros E. Impact of α-Linolenic Acid, the Vegetable ω-3 Fatty Acid, on Cardiovascular Disease and Cognition. Adv Nutr. 2022 Oct 2;13(5):1584-1602. doi: 10.1093/advances/nmac016. PMID: 35170723; PMCID: PMC9526859.
  3. Yanai H, Masui Y, Katsuyama H, Adachi H, Kawaguchi A, Hakoshima M, Waragai Y, Harigae T, Sako A. An Improvement of Cardiovascular Risk Factors by Omega-3 Polyunsaturated Fatty Acids. J Clin Med Res. 2018 Apr;10(4):281-289. doi: 10.14740/jocmr3362w. Epub 2018 Feb 18. PMID: 29511415; PMCID: PMC5827911.
  4. Lauritzen L, Brambilla P, Mazzocchi A, Harsløf LB, Ciappolino V, Agostoni C. DHA Effects in Brain Development and Function. Nutrients. 2016 Jan 4;8(1):6. doi: 10.3390/nu8010006. PMID: 26742060; PMCID: PMC4728620.
  5. Thomsen BJ, Chow EY, Sapijaszko MJ. The Potential Uses of Omega-3 Fatty Acids in Dermatology: A Review. J Cutan Med Surg. 2020 Sep/Oct;24(5):481-494. doi: 10.1177/1203475420929925. Epub 2020 May 28. PMID: 32463305.
  6. Cakiner-Egilmez T. Omega 3 fatty acids and the eye. Insight. 2008 Oct-Dec;33(4):20-5; quiz 26-7. PMID: 19227095