Dengan peningkatan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental yang baik, semakin ramai orang telah menemui pelbagai cara untuk bersantai, mengimbangkan dan menyegarkan badan dan juga minda. Ini termasuk pengambilan diet yang sihat, kerap bersenam, tidur yang cukup, malah meneroka manfaat rawatan semula jadi seperti urutan dan aromaterapi.
Tetapi dalam era perubatan moden dan peningkatan kemajuan sains dan teknologi, bagaimana amalan kesejahteraan lama ini dapat bertahan? Mari ketahui lebih lanjut tentang potensi manfaat kesihatan minyak pati tulen 100% dan kegunaannya dalam aromaterapi.
Aromaterapi merujuk kepada amalan menggunakan minyak pati untuk menangani kebimbangan kesihatan fizikal dan mental tertentu. Ini boleh dilakukan dengan meresap minyak pati di dalam bilik, mencalit pada sapu tangan bersih untuk dihidu secara berkala atau mencampurkannya dengan minyak pembawa untuk digunakan sebagai minyak urut.
Untuk keselamatan dan keberkesanan optimum, adalah penting untuk menggunakan minyak pati tulen 100% sahaja. Selain itu, disebabkan minyak pati boleh jadi sangat kuat, tidak digalakkan untuk menyapunya terus pada kulit tanpa mencairkannya terlebih dahulu dalam minyak pembawa, walaupun anda tidak mempunyai kulit sensitif.
Saintis percaya aromaterapi berpotensi merangsang reseptor deria dalam lorongan hidung anda, yang membawa kepada penghantaran isyarat melalui sistem saraf ke otak anda.
Minyak pati ini boleh mencetuskan kawasan tertentu dalam otak anda, seperti sistem limbik, yang mempengaruhi keadaan emosi anda. Selain itu, ia boleh mempengaruhi hipotalamus anda, mendorong pengeluaran bahan yang menambah baik emosi seperti serotonin.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa aromaterapi boleh memberikan manfaat dalam pelbagai cara, dari mengawal rasa loya hingga melegakan tekanan dan keresahan1. Digunakan sejak beribu-ribu tahun lalu, ia juga sangat bermanfaat untuk menambah baik isu kesihatan fizikal dan mental bagi orang pertengahan umur dan warga emas2.
Bahan: Minyak Pati Bergamot, Limau Gedang dan Spearmint.
Aroma: Pudina yang dingin.
Disyorkan untuk: Menambah baik daya perhatian dan kejelasan, menggalakkan kepekaan dan merangsang kesejahteraan emosi dan produktiviti anda.
Bahan: Minyak Pati Serai, Eucalyptus, Oren, Lemon dan Buah Pala
Aroma: Sitrus yang menyegarkan
Disyorkan untuk: Menyegarkan minda, mencergaskan dan menceriakan hari anda
Bahan: Minyak Pati Roman Chamomile, Clary Sage, Bergamot dan Lavender.
Aroma: Bunga yang menenangkan.
Disyorkan untuk: Menenangkan minda, memperbaharui semangat dan memulihkan deria anda.
Rek bentuk: Moden dan sofistikated dalam warna emas merah yang menawan.
Disyorkan untuk: Melepaskan partikel minyak yang halus dan pekat ke udara untuk manfaat kesejahteraan optimum.
Terokai manfaat kesihatan mental aromaterapi hari ini!
Penafian: Produk ini bukan bertujuan untuk merawat keadaan perubatan. Jika anda sudah mempunyai keadaan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor atau pakar penjagaan kesihatan profesional sebelum menggunakan sebarang minyak pati untuk aromaterapi.
Sumber: