Floating Icon
03 JUN 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 5519 LIHAT 479 BERKONGSI

Bolehkah Teh Hijau Membantu Anda Mengurangkan Lemak Degil?

Apabila menurunkan berat badan, diet dan senaman berfungsi secara bersinergi untuk memberikan hasil. Memfokus pada senaman sahaja tetapi tidak pada diet anda atau sebaliknya tidak akan memberikan hasil yang anda cari kerana tubuh anda bergantung pada kesihatan fizikal dan juga nutrien yang diserap untuk menjadi sihat dan cantik.

Namun begitu, tidak semua tubuh sama. Walaupun dengan rutin senaman dan pelan diet, lemak degil kadangkala memang degil dan sukar hilang, terutamanya di sekitar perut. Ketika itulah anda boleh mempertimbangkan untuk membawa unsur ketiga untuk membantu perjalanan penurunan berat badan anda – suplemen kesihatan.


Memperkenalkan Nutrilite Green-T Plus Tablet

Jika anda belum tahu, teh hijau penuh dengan manfaat kesihatan. Sebagai sumber antioksidan yang berkuasa, penyelidikan telah mengaitkan pengambilan teh hijau dengan pengurangan risiko jenis kanser tertentu. Ia juga terbukti boleh mengurangkan paras gula darah dan menambah baik kepekaan insulin, menjadikannya sekutu yang kuat dalam melawan diabetes.

Lose weight the right way

Tetapi salah satu manfaat teh hijau yang paling banyak dibincangkan adalah sifat penurunan berat badannya. Salah satu fitonutrien yang paling bermanfaat dalam teh hijau ialah polifenol yang dipanggil epigallocatechin gallate (EGCG). Dengan kesan antiobesiti, ia boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan merangsang metabolisme dan memecahkan lemak viseral yang ada dalam tubuh kita.

Menggabungkan kuasa alam dan sains, Nutrilite Green-T Plus memanfaatkan bahan aktif penurunan berat badan teh hijau, iaitu epigallocatechin gallate (EGCG) dalam bentuk tablet yang mudah diambil.

Sumber: https://www.healthline.com/nutrition/top-10-evidence-based-health-benefits-of-green-tea#6.-May-reduce-bad-breath


Tetapi Mengapa Saya Harus Mengambil Tablet, Bukankah Saya Boleh Minum Sahaja Teh Hijau?

Malangnya, polifenol yang bermanfaat dalam teh hijau tidak stabil secara kimia dan tidak boleh diserap dengan mudah oleh tubuh kita. Selalunya, EGCG disingkirkan terus daripada tubuh – jadi anda tidak dapat mengalami manfaat penuh sebatian ini.

EGCG is extracted via the GreenSelect Phytosome Technology

Namun begitu, untuk mengatasi batasan ini, Nutrilite Green-T Plus menggunakan Teknologi Greenselect Phytosome untuk memaksimumkan manfaat kesihatan polifenol seperti EGCG. Dengan mengikat polifenol seperti EGCG, phytosome membantu menstabilkan dan menghantar sebatian ini ke dalam tubuh kita dengan berkesan.

GreenSelect Phytosome Technology

Greenselect Phytosome ialah ekstrak teh hijau yang tidak mengandungi kafein dan dirumus dalam lesitin untuk meningkatkan penyerapan dan bioketersediaan ECGC supaya anda boleh mendapat manfaat maksimumnya.

Kajian telah menunjukkan bahawa Teknologi Greenselect Phytosome, apabila digabungkan dengan senaman dan diet rendah kalori akan membantu menyokong pengurangan saiz pinggang dan penurunan berat badan.

Each tablet has 20mg EGCG and is caffeine-free

Setiap tablet Nutrilite Green-T Plus mengandungi 50mg teh hijau Greenselect Phytosome dengan bahan aktif EGCG pada 20mg. Selain itu, ekstrak teh hijau Greenselect Phytosome bebas kafein, jadi anda tidak akan berjaga sepanjang malam di samping menikmati manfaat pengurusan berat badan.

Sumber: GreenSelect® Phytosome as an Adjunct to a Low-Calorie Diet for Treatment of Obesity: A Clinical Trial. Di Pierro F, Menghi AB, Barreca A, Lucarelli M, Calandrelli A, Alternative Medicine Review Volume 14, November 2 2009


Bukan Itu Sahaja - Hal yang Baik Biasanya Datang Berpasangan dengan Tambahan Alga Perang

Brown Algae

Biasanya dikenali sebagai kelp, alga perang atau Laminaria Japonica ialah sumber fucoxanthin, sejenis karotenoid yang telah menunjukkan potensi sebagai satu bentuk rawatan dan pencegahan obesiti kerana ia mungkin mencegah timbunan lemak perut dan mengurangkan timbunan lemak dalam hati.

Apabila digabungkan, kedua-dua ekstrak teh hijau Greenselect Phytosome dan fucoxanthin daripada alga perang membantu meningkatkan penggunaan tenaga. Oleh itu, metabolisme tubuh anda meningkat dan memungkinkan anda membakar lebih banyak lemak.

Sumber:


Produk Berkuasa yang Menyokong Pengurusan Berat Badan Anda

Nutrilite Green-T Plus Tablet 2

Dengan semua manfaat ini digabungkan ke dalam satu tablet kecil, jadi tidak mengejutkan jika Nutrilite Green-T Plus adalah suplemen yang anda perlukan untuk meneruskan perjalanan penurunan berat badan ke tahap seterusnya.

Beli sekarang

Nasihat kesihatan: Anda disyorkan untuk bertanya kepada doktor tentang dos EGCG yang sesuai diambil dalam sehari. Kesan buruk mungkin berlaku jika mengambil jumlah EGCG yang tidak sesuai. Suplemen diet ini boleh menjadi tambahan yang berharga dalam program senaman dan diet yang sihat untuk mencapai penurunan berat badan yang sihat dan mampan dan/atau untuk mencapai kesihatan optimum. Hasilnya mungkin berbeza-beza mengikut individu bergantung pada gaya hidup dan keadaan kesihatan.