Floating Icon
27 OCT 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 1588 LIHAT 51 BERKONGSI

Kepentingan Udara yang Bersih di Rumah untuk Kesihatan yang Lebih Baik

Udara yang bersih merupakan antara elemen yang paling penting dalam kehidupan kita. Tak ada sesiapa pun yang nak sedut udara kotor kan? Tak kiralah di luar atau di dalam rumah. Namun, yang pasti keadaan jauh berbeza antara luar dan dalam rumah. Dengan ruang yang tertutup dan pengudaraan yang terhad di dalam rumah, anda pasti menitikberatkan kebersihan udara demi kesihatan keluarga anda, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil.

Bayangkan, udara yang berlegar-legar di dalam rumah anda mempunyai habuk, pencemaran, virus, alergen, jamur atau kulat. Pastinya lambat laun akan menyebabkan pernafasan anda atau sesiapa sahaja dalam keluarga anda akan terganggu. Lagi bertambah teruk sekiranya anda ada haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing di dalam rumah. Bulu-bulu halus serta hama dari haiwan turut menjadikan kualiti udara dalam rumah merosot.


Apakah tanda-tanda kualiti udara dalam rumah anda kurang baik?


1._Having_a_blocked_nose.jpg

1. Hidung kerap tersumbat

Sering mengalami masalah hidung tersumbat sehingga terpaksa menggunakan penyembur atau ‘spray’ khas untuk hidung? Jangan biarkan ianya berlarutan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan.


2._Dry_cough.jpg

2. Mudah mengalami batuk

    Terlalu kerap mengalami batuk-batuk? Ini juga merupakan tanda-tanda udara di sekeliling anda kurang berkualiti. Apabila anda mengalami batuk, ia pasti menjejaskan kerja-kerja anda kerana sering terganggu.


    3._Shortness_of_breath.jpg

    3. Kerap rasa semput

    Kurang selesa ketika bernafas dan rasa semput? Udara rumah anda mungkin kurang bersih kerana mengandungi pencemaran serta habuk-habuk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.


    4._Itchy_and_red_eyes.jpg

    4. Gatal-gatal mata, hidung dan telinga

      Mata gatal-gatal dan merah, hidung mudah berair dan telinga pun asyik gatal? Selalunya kita akan buka pintu dan tingkap rumah bagi memastikan pengudaraan lebih baik. Tapi, adakah ia bertahan? Nanti lewat petang kita dah kena tutup pintu dan tingkap. Dan pada waktu malamlah masa kita duduk di rumah lebih lama. Dan pada masa inilah sepatutnya kita menikmati udara yang lebih bersih dan segar.


      5. Bersin yang kerap tak kira masa

        Sekali atau 2 kali bersin adalah normal. Tapi kalau dalam masa 1 jam je kita dah berbelas kali bersin, ianya petanda udara rumah kita kurang baik. Lebih-lebih lagi kalau anda ada memelihara haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing. Bulu-bulu mereka pasti berterbangan dan ia boleh menyebabkan alergi sekiranya anda mempunyai alahan.


        5._Itchy_skin_due_to_indoor_air_pollution.jpg

        6. Kulit terasa gatal dan sering tergaru-garu

          Bukan kena gigit nyamuk, tapi selalu rasa gatal-gatal pada kulit dan asyik tergaru-garu je.


          Kesihatan yang baik bermula dari udara yang bersih

          Untuk pastikan anda dan keluarga terhindar dari sebarang penyakit yang disebabkan oleh udara tercemar, anda perlu bertindak pantas supaya ia tidak memudaratkan kesihatan mereka.

          Kebersihan udara dapat memberikan banyak manfaat kesihatan kepada kita semua.

          Antaranya ialah:

          1. Melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan masalah berkaitan dengan pernafasan seperti semput
          2. Mengurangkan masalah kerap batuk
          3. Memberikan anda tidur yang lena
          4. Terasa lebih segar setiap hari
          5. Mengurangkan pencemaran udara yang boleh memudaratkan kesihatan
          6. Menghilangkan bau busuk udara termasuk bau asap memasak
          7. Mengurangkan rasa gatal-gatal pada kulit, mata, hidung dan telinga

          Disebabkan perkara-perkara di atas, adakah anda mencari penulen udara yang berkualiti tinggi, bermutu serta boleh membantu menjadikan hidup anda sekeluarga lebih baik dan lebih sihat?


          Atmosphere_SKY_&_MINI.jpg

          Keluarga sihat dan ceria dengan Atmosphere SKY & MINI Amway

          Dengan fungsi sistem rawatan udara tiga peringkat yang berkesan menghapuskan 99.99% partikel sekecil 0.0024 mikron melalui penulen udara Atmosphere SKY Amway dan Atmosphere MINI Amway. Ia menjadikan udara dalam rumah anda lebih bersih dan segar berbanding sebelum ini. Atmosphere SKY Amway sangat sesuai bagi ruang yang lebih besar seperti ruang tamu. Ia pastinya menjadikan hidup anda dan keluarga anda lebih ceria dan gembira.


          Apa lagi kebaikan kedua-dua jenis penulen udara ni?

          Amway_Atmosphere_MINI.jpg

          1. Reka bentuk yang dinamik dan moden
          2. Mempunyai penuras HEPA yang berkualiti tinggi
          3. Membantu membersihkan ruang udara di rumah serta pejabat anda.
          4. Menjadikan kesihatan anda dan keluarga anda lebih sihat dan ceria.
          5. Diiktiraf oleh Mohor Perakuan British Allergy Foundation untuk keupayaannya mengurangkan atau menyingkirkan alergen.
          6. Mempunyai Pensijilan CADR daripada U.S. Association of Home Appliance Manufacturers.

          Tak perlu fikir lama-lama sekiranya ia melibatkan kesihatan kita dan keluarga. Membanteras serta mencegah adalah lebih baik.

          Dapatkan Atmosphere SKY atau Atmosphere MINI Amway sekarang secara dalam talian atau dengan menghubungi ABO yang berkhidmat di seluruh negara.


          Atmosphere_SKY.jpg

          Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY ialah jenama sistem rawatan udara di rumah No. 1 dunia dari segi jualan di dunia.*

          *Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2019.