Floating Icon
01 DEC 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 845 LIHAT 52 BERKONGSI

Memperkenalkan Tumbuhan ke Meja oleh Nutrilite

Kesihatan yang baik bermula dengan makanan yang baik berasaskan tumbuhan dan kaya dengan fitonutrien untuk menyuburkan badan kita dari dalam. Memetik kata-kata pengasas Nutrilite, Carl F. Rehnborg, “semua faktor yang diperlukan dalam pemakanan hampir selalunya terdapat dalam bahan tumbuhan.”

Penanaman bahan-bahan semula jadi ini dengan teliti menghasilkan nutrien berasaskan tumbuhan yang optimum supaya anda boleh mendapat makanan yang baik dan sedap rasanya. Selain itu, sangat penting bahan-bahan ini diproses dengan teliti untuk mengekalkan nutrien dan ciri-ciri kesihatannya.

Memahami kepentingan khasiat dalam mengekalkan kesihatan optimum, Nutrilite sentiasa berada di barisan hadapan, menanam bahan-bahan yang paling segar dan memanfaatkan penyelidikan dalam sains botani dan pemakanan selama beberapa dekad untuk menghasilkan suplemen kesihatan yang memenangi anugerah.

Kini, syarikat bergerak selangkah ke hadapan dengan memanfaatkan kepakaran selama bertahun-tahun yang tiada tandingannya untuk menyediakan khasiat harian seimbang dan penuh dengan kebaikan yang ditanam dan dituai dari ladang yang disahkan organik.



Memperkenalkan Plant to Table by Nutrilite, rangkaian produk Sedia Dimakan dan Sedia Dimasak mengujakan yang dihasilkan untuk memberi anda rangsangan pantas yang dikuasakan fitonutrien.

Untuk menyediakan produk berkualiti tinggi, bahan-bahan yang tinggi nutrien telah dipilih, ditanam dengan perladangan mampan dan dituai pada masa yang tepat ketika nilai pemakanan berada pada tahap tertinggi. Kebolehjejakan 9 Langkah Nutrilite juga memastikan bahawa bahan-bahan ini boleh dijejaki dari ladang ke botol, supaya ketulenan, keselamatan dan keberkesanannya dipastikan pada setiap langkah.

Mari kita lihat tiga yang pertama daripada rangkaian yang hebat ini:

  • Minyak Biji Chia Putih
  • Campuran Teh Putih dengan Kekwa & Goji Beri
  • Campuran Teh Hijau dengan Mawar



Minyak Biji Chia Putih

Sesuai untuk vegetarian, minyak biji chia putih mempunyai rasa enak berkacang yang menjadikannya pilihan yang sihat dan mengecurkan.

Sebagai salah satu sumber Omega-3 berasaskan tumbuhan tertinggi, biji chia putih menawarkan manfaat yang hebat untuk kesihatan jantung1,2,3, otak4, kulit5 dan mata6.

Minyak Biji Chia Putih kami:

  • Ditekan sejuk 100% untuk mengekalkan manfaat dan kualitinya
  • Dituai dari ladang NutriCert (yang menjamin TIADA racun perosak, racun herba atau baja sintetik yang digunakan pada tanaman kami) dengan Kebolehjejakan 9 Langkah Nutrilite
  • Bagus untuk memanggang, membakar, menggoreng kilas, sos salad dan banyak lagi – memang serba guna!

Paling penting, ia mengandungi 60g asid alfa-linolenik (ALA, asid lemak Omega-3) setiap 100g minyak untuk pelbagai manfaat kesihatan – hore!

Tumbuhan ke Meja dengan Campuran Teh Nutrilite

Mencari perisa teh baharu untuk ditambah dalam koleksi anda? Bru campuran teh Plant To Table Nutrilite yang dirumus dengan bahan-bahan tradisional yang telah lama dihargai kerana ciri-ciri semula jadinya.

Untuk mengekalkan kualiti, rasa, keharuman dan manfaat kesihatan bahan-bahan, teh kami dibuat dengan teknologi kering sejuk beku termaju. Anda mendapat 5-7x lebih banyak pekatan dalam bentuk serbuk yang mudah dengan semua kebaikan semula jadinya.



Campuran Teh Putih dengan Kekwa & Goji Beri

Rehatkan minda dan badan anda dengan teh putih dan kekwa dari wilayah Zhejiang, China dan goji beri dari Ningxia Hui.

Kekwa dan beri goji memberikan manfaat antiradang, terutamanya dalam saluran pernafasan, meredakan tekanan mata dan meningkatkan kesihatan7,8. Kekwa juga mengandungi Flavonoid-Luteoloside, yang bagus untuk membantu anda berehat dan melupakan sebentar masalah anda7.

Campuran Teh Hijau dengan Mawar

Segarkan deria anda haruman bunga mawar dari wilayah Wuhan, China yang dicampur dengan teh hijau segar yang baru dipetik dari Zhejiang.

Teh hijau kaya dengan antioksidan, begitu juga asid polifenol-fenolik mawar, manakala mawar mencergaskan dan menggalakkan kulit yang baik9.

Guess what? Both teas can be mixed with hot or cold water so you can enjoy them any time of day, no matter the weather.

Nantikan maklumat lanjut dan produk akan datang dalam rangkaian Plant To Table kami!

Rujukan:

  1. Swanson D, Block R, Mousa SA. Omega-3 fatty acids EPA and DHA: health benefits throughout life. Adv Nutr. 2012 Jan;3(1):1-7. doi: 10.3945/an.111.000893. Epub 2012 Jan 5. PMID: 22332096; PMCID: PMC3262608.
  2. Sala-Vila A, Fleming J, Kris-Etherton P, Ros E. Impact of α-Linolenic Acid, the Vegetable ω-3 Fatty Acid, on Cardiovascular Disease and Cognition. Adv Nutr. 2022 Oct 2;13(5):1584-1602. doi: 10.1093/advances/nmac016. PMID: 35170723; PMCID: PMC9526859.
  3. Yanai H, Masui Y, Katsuyama H, Adachi H, Kawaguchi A, Hakoshima M, Waragai Y, Harigae T, Sako A. An Improvement of Cardiovascular Risk Factors by Omega-3 Polyunsaturated Fatty Acids. J Clin Med Res. 2018 Apr;10(4):281-289. doi: 10.14740/jocmr3362w. Epub 2018 Feb 18. PMID: 29511415; PMCID: PMC5827911.
  4. Lauritzen L, Brambilla P, Mazzocchi A, Harsløf LB, Ciappolino V, Agostoni C. DHA Effects in Brain Development and Function. Nutrients. 2016 Jan 4;8(1):6. doi: 10.3390/nu8010006. PMID: 26742060; PMCID: PMC4728620.
  5. Thomsen BJ, Chow EY, Sapijaszko MJ. The Potential Uses of Omega-3 Fatty Acids in Dermatology: A Review. J Cutan Med Surg. 2020 Sep/Oct;24(5):481-494. doi: 10.1177/1203475420929925. Epub 2020 May 28. PMID: 32463305.
  6. Cakiner-Egilmez T. Omega 3 fatty acids and the eye. Insight. 2008 Oct-Dec;33(4):20-5; quiz 26-7. PMID: 19227095
  7. Yao Fu, Jin-chao Yang, Anthony B. Cunningham, Alexandra Maria Towns, Yu Zhang, Hua-ying Yang, Jian-wen Li, Xue-fei Yang. A billion cups: The diversity, traditional uses, safety issues and potential of Chinese herbal teas, Journal of Ethnopharmacology, Volume 222, 2018, Pages 217-228, ISSN 0378-8741, //doi.org/10.1016/j.jep.2018.04.026.
  8. Jin Yang, Yu-qing Wei, Jian-bao Ding, Yan-long Li, Jian-long Ma, Jian-li Liu, Research and application of Lycii Fructus in medicinal field, Chinese Herbal Medicines, Volume 10, Issue 4, 2018, Pages 339-352, ISSN 1674-6384, doi.org/10.1016/j.chmed.2018.08.006.
  9. Haji Akber Aisa, Xuelei Xin, Liu Liu, Chapter 38 - The Antidiabetes Effect and Efficacy of Rosa rugosa Thunb, Editor(s): Ronald Ross Watson, Victor R. Preedy, Bioactive Food as Dietary Interventions for Diabetes (Second Edition), Academic Press, 2019, Pages 601-614, ISBN 9780128138229, doi.org/10.1016/B978-0-12-813822-9.00038-2.