Floating Icon
20 MAR 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1608 LIHAT 115 BERKONGSI

Set Semula Usus: Kesihatan yang Baik Bermula Dari Usus Anda

Sama seperti peranti elektronik yang diisi dengan mikrocip, usus kita dipenuhi dengan mikroorganisma yang dirujuk sebagai mikrobiom usus. Setiap orang mempunyai lebih daripada 1,000 spesies bakteria, virus dan kulat yang berbeza di dalam saluran pencernaan. Ia menjalankan banyak fungsi dari mencerna nutrien, mengekalkan integriti rintangan mukosa usus, menyokong sistem imun sehingga melindungi tubuh kita daripada patogen. 

 

Usus yang Sihat Harus Seimbang



Pada bila-bila masa, kita sepatutnya mempunyai 85% bakteria baik berbanding 15% bakteria jahat di dalam usus kita. Tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti diet yang tidak baik, stres, kurang tidur, sembelit atau cirit-birit, mungkin berlaku pengurangan bakteria baik dan peningkatan bakteria jahat yang boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan keseluruhan kita.

Mujurlah, sama seperti mengetik mula semula pada peranti elektronik, secara teorinya kita boleh set semula kesihatan usus dan memulihkan keseimbangan sempurna mikrobiom di dalam tubuh kita.

 

Bagaimana Set Semula Usus Membantu Tubuh?



Tidak seperti pembersihan usus tradisional yang hanya memfokus pada penyingkiran toksin, set semula usus bertujuan untuk menggantikan makanan yang meningkatkan bakteria jahat, dengan probiotik yang menyokong bakteria baik, di samping menggalakkan tabiat positif – menambah baik pengurusan tidur, senaman dan penghidratan.

Set semula usus bukan penyelesaian pantas, sebaliknya ia menjadi asas kehidupan yang sihat dan bermakna. Sains baru muncul menunjukkan bahawa keseimbangan mikrobiom yang sempurna di dalam usus kita dikaitkan secara langsung dengan pengurusan berat badan, kerengsaan kulit, glukosa darah, tekanan darah dan paras kolesterol.

 

Anda Menarik Perhatian Saya. Bagaimana Saya Hendak Memulakan Set Semula Usus?



Memandangkan kita bercakap tentang kesihatan usus, makanan memainkan peranan penting dalam set semula usus anda. Anda perlu menyertakan lebih banyak makanan mesra usus dalam diet anda seperti sayur-sayuran, sayur-sayuran tertapai, daging tanpa lemak dan lemak sihat. Selain itu, penting juga untuk mengurangkan makanan proses, makanan ringan yang tinggi gula atau garam, dan karbohidrat ringkas.

Apabila menyertakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda, sasarkan 5 warna sehari untuk memastikan kepelbagaian yang sihat. Sesetengah opsyen termasuk kubis ungu, plum hitam, keledek, beri, ubi bit, kubis Brussels, saderi, buah naga, peria, bayam kecil, timun dan lain-lain.

Sudah tentulah, kebaikan probiotik dan suplemen tidak boleh dipandang ringan. Ia membantu pencernaan, metabolisme tubuh dan memberikan manfaat kepada sistem imun. Satu suplemen yang anda harus ambil ialahNutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics. Ia mengandungi 6.3 bilion bakteria berfaedah (Unit Pembentuk Koloni) di dalam setiap hidangan pek batang untuk membantu menyeimbangkan dan mengekalkan mikrobiom usus. Strain dalam probiotik ini juga ‘sampai hidup-hidup’ dan ‘melekat pada usus anda’ untuk mengisi usus dengan bakteria baik dan mencegah bakteria jahat daripada membiak.

Mixed Fibre Powder ialah campuran istimewa tiga serat larut daripada sumber tumbuhan yang diperoleh secara semula jadi dan menawarkan cara yang mudah kepada pengguna untuk mendapatkan serat probiotik tambahan, iaitu nutrien penting untuk bakteria baik di dalam usus kita.

Semua ini, digabungkan dengan tabiat yang baik seperti kerap bersenam, tidur lena, pengurusan stres dan minda yang sihat secara keseluruhan bukan sekadar set semula kesihatan usus anda, tetapi juga menjadi asas untuk anda yang lebih sihat dan lebih gembira.

Memperkenalkan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey Baharu Untuk Anda Yang Lebih Sihat, Lebih Ceria!

Dapatkan semua alat yang anda perlukan untuk usus yang sihat dengan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey baharu. Program ini memecahkan halangan pengurusan berat badan anda dengan membantu set semula dan menyeimbangkan semula mekanisme semula jadi tubuh, membina tabiat positif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih ceria.

Berikut ialah apa yang anda bakal peroleh daripada program ini:

  • Pengurusan berat badan yang lebih berkesan
  • Pencernaan lebih baik
  • Menambah baik paras serotonin (hormon gembira) untuk emosi dan kesejahteraan mental yang lebih baik
  • Menguruskan masalah metabolik seperti glukosa darah, kolesterol darah dan tekanan darah

Ketahui lebih lanjut tentang Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey di sini