Kecergasan bukan tentang memaksa diri anda melangkaui batas. Untuk membina otot, tubuh anda memerlukan masa dan nutrien yang tepat untuk pulih. Protein whey khususnya, memainkan peranan penting dalam hal ini.
Apa yang anda perlukan ialah campuran protein whey berkualiti tinggi yang kaya dengan asid amino rantai cabang. Setiap hidangan XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour membekalkan 30 gram protein untuk membantu memulihkan dan membina otot, tanpa lemak tambahan, pewarna, pemanis atau perisa tiruan.
Campuran berkrim pekatan protein whey dan asingan protein whey juga mengandungi makanan berkhasiat seperti Spirulina dan Biji Chia untuk kesan antioksidan dan antiradang. Rasa coklat yang lazat menjadikannya snek selepas senaman yang baik.
Berikan tubuh anda protein whey yang berkualiti untuk menambah baik pemulihan dan menggalakkan pertumbuhan otot hari ini!
Tanyalah sesiapa saja di gimnasium: semua orang ada kisah tentang bagaimana kecergasan mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Contohnya, kisah-kisah XS Force:
Sepasukan ABO dan jurulatih peribadi sambilan dipilih sebagai ahli panel untuk berkongsi pengalaman kecergasan mereka dan bagaimana XS Mixed Whey Protein memainkan peranan yang penting dalam kembara pembinaan otot mereka.
Pakar percaya bahawa rahsia program kecergasan yang mampan terletak pada perasaan berada pada tahap prestasi teratas. Sebelum kerap bersenam, keupayaan fizikal Darren terbatas tetapi kini dia dapat melakukan lebih baik semasa bersenam.
Priscilla juga berkata bersenam telah meningkatkan kekuatannya dengan ketara. Tambah Nik, "dulu, saya lemah dan postur saya tidak sihat. Kini, saya lebih kuat." Manakala Ken Yee berkata, kekal cergas memberikannya keyakinan dan membantu beliau mengekalkan disiplin diri.
Keempat-empat orang bersetuju bahawa diet yang sihat ialah kunci kembara kecergasan mereka. Paras protein whey yang tinggi sangat penting untuk membina otot dan menambah baik pemulihan selepas bersenam.
Apabila memperkatakan tentang kecekapan produk, ramai yang sering merujuk pada testimoni atau pengalaman yang dikongsi rakan-rakan yang telah menggunakan produk tersebut sebelum melabur untuknya. Oleh itu, XS Force diperkenalkan pada XS Mixed Whey Protein selama hampir 2 bulan.
Darren menjelaskan bahawa XS Mixed Whey Protein membantunya pulih dengan cepat, memperoleh jisim otot dan mengekalkan prestasi kerana protein dan asid aminonya yang cepat menyerap. Ken Yee menyimpulkan, " XS Mixed Whey Protein membantu dengan menggalakkan pertumbuhan otot dan pemulihan yang lebih pantas. Rasanya juga lazat! "
Priscilla juga bersetuju bahawa XS Mixed Whey Protein memberikan pemulihan yang lebih baik, mudah diambil dan lazat rasanya. Nik pula merasakan bahawa Minuman Protein Soya Nutrilite membantu memenuhi jurang diet hariannya, dia mendapati XS Mixed Whey Protein sangat baik untuk pemulihan yang cepat dan pembinaan otot selepas senaman berat.
Bagi XS Force, menambah XS Whey Protein dalam diet harian mereka bersama Protein Soya Nutrilite benar-benar membantu mereka menjadi wira kecergasan.
Darren Adrian Kong Kok How (24) teringat bagaimana seorang rakan mula-mula membawanya ke gimnasium ketika di kolej. "Pada masa itu, saya tidak berminat dalam kecergasan," katanya ketawa. "Apa yang membuatkan saya terus mengunjunginya ialah apa yang industri ini panggil perolehan - pujian dan sokongan."
Nik Muhammad Rabbani (34) terus membina tubuhnya walaupun selepas menurunkan berat badan. "Saya berjoging setiap pagi tetapi lebih fokus pada senaman di rumah," katanya.
Priscilla Khu Zhiou Ru (24) mendedahkan matlamat kecergasan utamanya ialah menjadi lebih kuat dan lebih baik dari segi fizikal. "Setelah memperoleh lebih banyak kekuatan dan mobiliti, saya boleh melakukan lebih banyak lagi."
Lim Ken Yee (29) Berenang dengan bapanya telah mencetuskan tabiat senamannya. Di universiti, rakan sekelasnya membawanya ke gimnasium dan dia jatuh cinta dengan kecergasan. Ken Yee kemudian menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang untuk menurunkan berat badan dan mengambil bahagian dalam pertandingan kecergasan atau perlumbaan.