Floating Icon
17 DEC 2020 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 979 LIHAT 8 BERKONGSI

Ketahui penawar yang semula jadi sepenuhnya ini untuk meredakan kejang haid

Say goodbye to period pain with Sanita.jpg

Kelesuan, kembung, perubahan emosi dan kemunculan jerawat – semua ini adalah gejala biasa yang berlaku sama ada sebelum atau semasa haid. Tetapi tiada yang selazim atau sesakit kejang haid.

80% wanita mengalami kejang haid atau senggugut. Intensiti kekejangan di bahagian bawah perut dan pelvis ini berbeza-beza antara ketidakselesaan ringan sehingga sangat sakit yang mampu mengganggu gaya hidup mereka. Kejang haid yang teruk ini dikenali sebagai dismenorea.

Walaupun tahap kesakitan kejang haid berbeza-beza, pada kebanyakan masa kejang haid adalah sebahagian daripada kitaran haid anda.


Apakah penyebab kejang haid?

Kejang haid disebabkan oleh pengecutan uterus. Pengecutan ini adalah normal ketika haid kerana otot-otot uterus perlu menguncup dan berehat untuk menyingkirkan lapisannya bagi membentuk lapisan yang baru. Tambahan pula, penyingkiran lapisan uterus adalah sebab utama anda mengalami haid.

Pengecutan ini dicetuskan oleh bahan seperti hormon iaitu prostaglandin yang dikaitkan dengan kesakitan dan keradangan. Tahap prostaglandin yang lebih tinggi dikaitkan dengan kekejangan yang lebih menyakitkan.

Drinking tea help with period pain.jpg


Apakah antara penawar semula jadi untuk mengurangkan senggugut?

Dengan kejang haid yang sangat biasa berlaku, anda pasti menjangkakan seseorang pasti telah mencipta pil hebat untuk mengatasi kekejangan. Malangnya, belum ada lagi.

Senggugut biasanya dirawat dengan ubat penghilang kesakitan yang dibeli di kaunter seperti paracetamol atau ibuprofen. Namun demikian, ubat-ubat ini ada kesan sampingan dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Mujurlah, ada beberapa penawar semula jadi yang telah ditunjukkan boleh memberikan kelegaan untuk kejang haid.

Salah satu penawar yang dikatakan boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh dismenorea ialah pek panas. Kehangatan daripada pek panas mengurangkan keterukan pengecutan dan memberikan kelegaan.

Satu lagi penawar semula jadi yang biasa adalah menghirup teh halia atau teh kamomil. Teh halia membantu mengurangkan kembung dan dikatakan mempunyai sifat melegakan kesakitan yang sama seperti ubat penghilang kesakitan. Sementara itu, teh kamomil membantu mengurangkan paras prostaglandin (hormon yang dikaitkan dengan kesakitan semasa pengecutan) di samping menambah baik aliran haid.

Penawar yang kurang dikenali tetapi mudah didapati ialah vitamin D. Vitamin D yang diperoleh dari cahaya matahari juga mengurangkan penghasilan prostaglandin, justeru mengurangkan intensiti kejang haid. Penawar-penawar lain termasuk memastikan diet anda mengandungi banyak makanan omega-3 dan kurang gula bertapis, mengambil suplemen minyak ikan dan juga melakukan senaman ringan seperti yoga atau berjalan perlahan.

Penawar-penawar lain termasuk memastikan diet anda mengandungi banyak makanan omega-3 dan kurang gula bertapis, mengambil suplemen minyak ikan dan juga melakukan senaman ringan seperti yoga atau berjalan perlahan.

Penawar yang berbeza berfungsi lebih baik kepada orang yang berbeza, jadi cubalah beberapa penawar dan lihat apa yang sesuai untuk anda. Namun demikian, cara terbaik untuk mengatasi kejang haid adalah dengan memastikan keselesaan diri anda.

Sanita Sanitary Pads and Pantiliners3.jpg


Kekal selesa dengan Sanita

Jadi, pastikan keselesaan diri anda dengan tuala wanita atau pelapik seluar dalam yang sesuai dengan aliran anda. Pilih Tuala Wanita Bersayap Ultra Nipis Sanita untuk aliran haid yang ringan, Tuala Wanita Bersayap Maxi Sanita atau Tuala Wanita Selembut Kapas Bersayap Maxi Sanita untuk aliran yang lebih banyak, tidur dengan selesa memakai Tuala Wanita Bersayap untuk Malam Sanita dan untuk memastikan anda rasa segar dan yakin sepanjang hari, pilihlah Pelapik Seluar Dalam Sanita.

Semua pad dan pelapik seluar dalam Sanita begitu lembut, menyerap dengan baik dan didatangkan dengan teknologi kawalan bau untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan supaya anda boleh menjalani hari tanpa tekanan.

Sumber: