Rutin penjagaan kulit adalah penting bagi memastikan kulit anda sihat dan dilindungi agar kulit sentiasa tampak lebih muda untuk tempoh yang lebih lama. Namun rutin ini bukan sekadar menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap untuk benar-benar membuat kulit anda berseri. Rutin penjagaan kulit yang lebih sihat merangkumi empat langkah: membersihkan, menyegarkan, MERAWAT dan melembapkan. Merawat kulit anda dengan serum yang menyasarkan masalah kulit yang tertentu akan membantu kulit anda menjadi lebih sihat dan kelihatan lebih berseri.
Tetapi jika anda baru sahaja menggunakannya, serum boleh mengelirukan pada mulanya kerana terdapat pelbagai serum yang tersedia – masing-masing dengan manfaatnya tersendiri! Untuk membantu anda mengatasi kekeliruan tersebut, berikut adalah panduan ringkas untuk memahami serum dan memikirkan cara untuk memilih serum yang tepat untuk masalah kulit anda.
Rutin penjagaan kulit yang menyeluruh haruslah merangkumi penggunaan serum bagi memastikan anda mendapat manfaat bahan tertentu yang maksimum. Tujuan bahan aktif boleh berbeza daripada menghidratkan ke mencerahkan kulit hinggalah ke antipenuaan.
Memandangkan serum menampilkan pekatan bahan aktif yang lebih tinggi, peratusan molekul aktifnya yang lebih tinggi menyebabkan penembusan yang lebih baik dan lebih pantas melalui kulit anda untuk hasil yang lebih ketara.
Tetapi anda boleh bertanya – adakah saya memerlukan serum jika saya sudah pun menggunakan pelembap?
Jawapannya ya. Semasa pelembap mengedap penghidratan dan bahan aktif, serum diperhebatkan dan dioptimumkan untuk menyampaikan manfaat yang disasarkan dan mujarab ke kulit berdasarkan bahan aktif. Itulah sebabnya anda memerlukan kedua-dua serum dan pelembap dalam rutin penjagaan kulit anda dan bukannya memilih satu daripada yang lain.
Serum didatangkan dengan beberapa manfaat hebat untuk kulit anda seperti melawan kekusaman kulit, ketidaksekataan, garis halus, kedutan dan juga jerawat. Ringan dan pekat, serum berada pada tahap terbaik apabila digandingkan dengan pembersih, penyegar dan pelembap biasa anda kerana ia membolehkan untuk:
Bergantung pada bahan aktif dalam rumusan, serum boleh digunakan setiap hari atau sebagai penjagaan kulit yang khusus. Serum yang khusus menyasarkan masalah kulit tertentu dan harus digunakan seperti yang diarahkan.
Serum harian sebaliknya, menyasarkan dan merawat kerosakan harian seperti kekusaman dan garis halus yang disebabkan oleh penyahhidratan, pencemaran dan radikal bebas. Ia juga mencegah kerosakan oksidatif dan mengukuhkan perintang kulit untuk mengekalkan kulit yang cerah dan tampak awet muda – menjadikan serum harian sebagai satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit yang sihat.
Dapatkan rangsangan keserian harian anda dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum! Tambahan terbaru kepada rangkaian penjagaan kulit ARTISTRY yang memberikan seri kepada kulit anda untuk penampilan yang dipermudakan.
Mesra vegan, bebas paraben dan diperbuat tanpa ujian ke atas haiwan, serum antioksidan ini menawarkan dua kali ganda vitamin C (apabila dibandingkan dengan rumusan sebelum ini) dan 2.4x lebih banyak kuasa antioksidan untuk melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit.
Adunan Peptida Pelicin Garis serba baru ini memberikan nutrien yang diperlukan oleh kulit anda untuk melawan garis halus dan kedutan dengan hasil yang ketara! Gandingkannya dengan tiga jenis Asid Hialuronik (HA) yang berbeza bagi memastikan penghidratan maksimum daripada lapisan atas kulit hingga ke lapisan yang lebih dalam dan anda memperoleh kulit yang lebih pejal dan lebih gebu yang ketara.
Penjana antioksidan ini dikuasakan dengan lebih lanjut oleh Biji Chia Putih dan Ceri Aserola yang ditanam oleh Nutrilite™, adunan fitonutrien boleh dikesan yang memberikan anda segala manfaat kandungan antioksidan yang tinggi daripada Ceri Aserola dan sokongan yang memperkukuhkan perintang kulit daripada Biji Chia Putih.
Berikut adalah petua bonus! Ingin mulakan pagi anda dengan kulit yang berseri dan anjal? Gandingkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum anda dengan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Vita Collagen Capsule baru di sebelah malam!
Kecil dari segi saiz namun hebat berkuasa, ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Vita Collagen Capsule mengandungi 70.6% kolagen terhidrolisis setiap kapsul dan 7 Kompleks Vitamin yang memulihkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
Apabila digunakan bersama-sama, ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum dan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Vita Collagen Capsule menyampaikan lebih banyak manfaat untuk pengalaman penjagaan kulit yang dipertingkatkan.
Cubalah kombo antipenuaan yang menyerikan ini hari ini!
Miliki kulit yang lebih sihat dan berseri untuk hasil yang ketara dalam 5 hari dengan Penyelesaian 5 Hari ARTISTRY. Setiap penyelesaian merangkumi SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum, INTENSIVE SKINCARE Vita Collagen Capsule, dan SKIN NUTRITION Balancing, Hydrating, Renewing, atau Firming Moisturiser (berdasarkan jenis kulit anda) bersaiz penuh serta pek kerajang SKIN NUTRITION percuma bagi membantu anda memulakan rutin 4 langkah anda untuk kulit yang lebih sihat!
Ketahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian 5 Hari ARTISTRYdi sini!