Menua dengan anggun merupakan matlamat yang menjadi impian tetapi kulit kasar dan kering bukan sebahagian daripadanya. Itulah sebabnya kami sangat teruja dengan ARTISTRY LABS Retexturizing System, rawatan bersasar yang diinspirasikan oleh pakar estetik yang mencegah dan mengurangkan kemunculan tanda-tanda penuaan dengan pantas – memberikan hasil yang sepatutnya memakan masa 12 minggu dalam 4 minggu sahaja!
Dihasilkan dengan kerjasama pakar dermatologi dan pakar profesional penjagaan kulit, ARTISTRY LABS Retexturizing System terdiri daripada Retexturizing Peel dan Retexturizing Serum. Ia memanfaatkan teknologi termaju untuk membawakan hasil setaraf ahli estetik di rumah anda sendiri.
Hanya dalam empat minggu, anda akan menyaksikan perubahan yang luar biasa pada tekstur kulit anda kerana kulit terasa lebih lembut, lebih licin dan sungguh gebu!
Ucapkan selamat tinggal kepada kotoran terkumpul, bendasing dan sel kulit tidak bermaya yang melekat secara semula jadi pada kulit anda. Retexturizing Peel ialah senjata rahsia anda, menampilkan Kompleks Tiga Pengelupasan yang sangat pekat dan dikuasakan oleh pengelupasan kimia dan enzimatik.
Gel ringan ini dibuat dengan Enzim Cendawan yang memecahkan ikatan antara sel kulit mati dan kulit sihat dengan lembut. Enzim Buah Delima mempercepat penyingkiran lapisan luar sel kulit mati, manakala Asid Mandelik mengoptimumkan pH kulit anda untuk keberkesanan optimum.
Ia juga mengandungi ekstrak Buah Delima yang diperakui NutriCert dan ekstrak Opuntia Ficus (buah kaktus) untuk melega dan menenangkan kulit.
Setelah penyingkiran bendasing, sudah tiba masanya untuk memanjakan kulit anda dengan Retexturizing Serum. Ringan tetapi mujarab, serum ini menangani berbilang aspek penampilan kulit anda dengan 4 kompleks termaju:
Sebagai bonus tambahan, dapatkan akses kepada pelbagai sumber ARTISTRY LABS, tersedia di Hab Info AmwayNow. Ia termasuk video arahan langkah demi langkah tentang cara menggunakan ARTISTRY LABS dengan rutin penjagaan kulit ARTISTRY anda, video produk, akses kepada laman penambat ARTISTRY LABS dan banyak lagi.
Ketahui lebih lanjut tentang ARTISTRY LABS Retexturizing System hari ini!