Floating Icon
24 AUG 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 866 LIHAT 68 BERKONGSI

Bolehkah Penuras Udara Benar-benar Menyingkirkan Alergen Daripada Udara Dalaman?



Mengekalkan udara dalaman yang bersih dan sihat setiap hari sangat penting untuk kesejahteraan keseluruhan kita, terutamanya bagi mereka yang mengalami alahan dan masalah pernafasan. Ini kerana alergen seperti hama habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulapuk, spora dan zarah bawaan udara yang lain boleh mencetuskan tindak balas alahan dan memburukkan kesihatan pernafasan.

Mujurlah, sistem rawatan udara dengan penuras udara berkualiti tinggi menawarkan penyelesaian yang berkesan untuk mengurangkan atau menyingkirkan alergen dan menambah baik kualiti udara dalaman untuk anda dan insan tersayang. Mari kita lihat lebih dekat…

Memahami sistem rawatan udara dan penuras udara

Sistem rawatan udara ialah peranti yang direka untuk menangkap dan memerangkap zarah yang terampai di udara. Di dalam peranti ini terdapat penuras udara yang terdiri daripada bahan berserat (atau kombinasi bahan-bahan yang berbeza) yang berfungsi sebagai penghalang fizikal untuk menyekat alergen dan bahan cemar lain daripada beredar semula ke dalam persekitaran dalaman. Terdapat pelbagai jenis penuras udara, termasuklah penuras Udara Zarah Kecekapan Tinggi (HEPA) dan penuras karbon diaktifkan.



Bagaimana penuras HEPA dan penuras karbon diaktifkan menyingkirkan alergen

Penuras HEPA adalah antara penuras yang paling berkesan dalam menangkap alergen. Penuras HEPA yang baik boleh memerangkap zarah sekecil 0.0024 mikron dengan kadar kecekapan 99.99%. Apabila udara melalui penuras HEPA, alergen seperti hama habuk, debunga dan bulu haiwan peliharaan terperangkap dalam gentian yang padat, menghalangnya daripada memasuki semula udara yang beredar ke seluruh rumah anda.

Walaupun penuras karbon diaktifkan mungkin tidak menangkap alergen secara langsung, ia memainkan peranan penting dalam menambah baik kualiti udara keseluruhan. Ia amat berguna untuk menyingkirkan bau, asap dan bahan kimia, serta membantu mengurangkan kehadiran perengsa yang boleh memburukkan lagi gejala alahan. Lagipun, tiada siapa yang suka berhadapan dengan bersin, hidung berair dan mata gatal setiap masa.



Apakah yang perlu anda cari dalam sistem rawatan udara untuk mengurangkan gejala alahan?

Melabur dalam sistem rawatan udara yang paling sesuai boleh membawa manfaat kesihatan jangka panjang yang ketara, jadi ia sangat penting untuk setiap rumah dan tempat kerja. Cari sistem rawatan udara dengan pensijilan pihak ketiga yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti ECARF Seal of Approval untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya.

Apakah itu ECARF Seal of Approval?

European Centre for Allergy Research Foundation (ECARF) ialah organisasi bukan bermotifkan keuntungan yang misinya adalah memastikan orang yang mengalami alahan menerima bimbingan dan pendidikan yang terbaik.

Melalui panel penasihat bebas yang terdiri daripada 15 saintis dan juruteknik terkemuka antarabangsa, ia telah membangunkan kriteria yang digunakan untuk menilai kumpulan produk yang berbeza, termasuk sistem rawatan udara. Kriteria tersebut termasuklah nilai ambang dan kriteria pengecualian untuk penyingkiran alergen yang sentiasa dikemas kini untuk mencerminkan penemuan saintifik terkini.

Sesuatu produk hanya menerima ECARF Seal of Approval apabila ia boleh dibuktikan melalui audit atau kajian bahawa kriteria berkenaan telah dipenuhi. Pertama kali diberikan pada 2006, ECARF Seal of Approval kini digunakan di lebih daripada 30 negara ke atas beribu-ribu produk.

Atmosphere Mini telah dianugerahkan ECARF Seal of Approval

Sejak kebelakangan ini, pakej dakwaan prestasi untuk Penuras Udara Atmosphere Mini Amway telah diserahkan kepada ECARF untuk semakan. Berdasarkan bukti yang direkodkan, Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini telah dianugerahkan ECARF Seal of Approval, pensijilan sama yang diperoleh Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY.



Ini merupakan pengiktirafan yang wajar, memandangkan Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini menggunakan penurasan 3 dalam 1 termaju untuk menyingkirkan lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara dengan berkesan. Malah, ia menuras 99.99% bahan cemar bawaan udara dan memerangkap zarah sekecil 0.0024 mikron.

Mini tetapi berkuasa, ia memberikan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih daripada 130 cfm pada kelajuan 3 dan membersihkan ruang sehingga 200 kaki persegi dengan mudah. Jadi, dapatkan Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini daripada Amway.my dan ucapkan selamat tinggal kepada alergen dan penyakit bawaan udara hari ini!

Untuk maklumat lanjut tentang ECARF Seal of Approval, layari https://ecarf-siegel.org/en/