Floating Icon
11 MAY 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 2 MINIT BACA 1155 LIHAT 77 BERKONGSI

Bagaimana Menyenggara eSpring Anda – Membersihkan & Penunjuk Status

Seperti semua teknologi lain di rumah anda, sistem penulen air anda perlu diperhatikan dengan kerap. Berikut ialah panduan langkah demi langkah bagaimana menyenggara eSpring anda.


Membersihkan Injap Pengalih

Untuk memastikan pengalih paip eSpring anda sentiasa bersih, tanggalkan untuk membersihkan secara berkala.

Keep your eSpring tap clean

  • Langkah 1: Putar pengalih ke Mod ‘Treated’. Tanggalkan pengalih dan tiub berkembar.
  • Langkah 2: Tanggalkan penutup dan kolimator daripada port air terawat. Timbunan mineral terhablur adalah perkara biasa di sini.
  • Langkah 3: Menggunakan hujung cungkil gigi, tanggalkan penyokong gasket daripada port air dirawat.
  • Langkah 4: Pisahkan gasket hitam dan putih.
  • Langkah 5: Campurkan 40ml Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS dengan air suam untuk dijadikan larutan 1L. Rendam semua bahagian dalam larutan ini selama 20 minit.
  • Langkah 6: Gunakan berus gigi untuk membersihkan kawasan yang sukar.
  • Langkah 7: Bilas bersih-bersih dengan air.
  • Langkah 8: Ulangi semua langkah hingga hasil yang diinginkan dicapai sebelum memasang semuanya dalam kedudukan asal.

Penunjuk Status dan Maksudnya

eSpring is working properly

Maksudnya: eSpring anda berfungsi dengan baik


Install filter properly

Maksudnya: Kartrij penuras tidak dikenal pasti atau tidak dipasang dengan betul. Pasang semula kartrij penuras eSpring anda untuk menyelesaikan masalah ini.


Your eSpring catridge needs to be changed

Maksudnya: Kartrij penuras eSpring anda perlu ditukar.


Your eSpring may be faulty

Maksudnya: Unit eSpring anda mungkin rosak.


Your eSpring electronic display may be faulty

Maksudnya: Paparan elektronik eSpring anda mungkin rosak.


Your eSpring has no-power supply

Maksudnya: eSpring anda tiada bekalan kuasa. Sila pasangkan bekalan kuasa.

Masih ada banyak soalan tentang Sistem Rawatan Air eSpring? Semak Soalan-soalan Lazim kami di sini!