Floating Icon
22 MAY 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 297 LIHAT 15 BERKONGSI

Cara Untuk Kekal Sihat Sepanjang Musim Jerebu



Sungguhpun kebanyakan rakyat Malaysia gemar mengembara ke seluruh dunia untuk merasai keadaan musim panas, musim bunga, musim luruh dan sudah tentu musim sejuk di negara lain, namun telah dipersetujui secara umum bahawa tiada sesiapa pun yang sukakan musim jerebu kita yang berulang.

Sebagaimana yang anda ketahui, cuaca berjerebu yang disebabkan oleh pencemaran, habuk dan kebakaran hutan boleh menjejaskan kesihatan kita dengan ketara terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan.Oleh itu, penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar kekal selamat dan sihat ketika mengharungi cuaca berjerebu ini.

Untuk memastikan anda kekal selamat sepanjang musim ini, berikut adalah beberapa petua berguna untuk mengatasi jerebu dan kekal sihat sehingga langit cerah kembali.



Pakai pelitup muka

Pandemik mungkin semakin berakhir tetapi jika anda sering berada di luar, pakailah pelitup muka untuk melindungi diri anda daripada bahan cemar yang mungkin anda sedut daripada udara berjerebu. Pilihlah pelitup muka N95 atau pelitup muka kain yang berbilang lapis untuk menapis partikel halus.

Elakkan aktiviti luar dalam udara berjerebu

Walaupun kami penyokong tegar aktiviti bersenam dan gaya hidup aktif, kami mencadangkan agar anda cuba serta elakkan aktiviti luar seperti berjoging, berbasikal atau sebarang sukan luar buat sementara waktu. Namun begitu, jika anda mempunyai keahlian gim yang aktif, inilah masa yang terbaik untuk anda memanfaatkannya.



Kekal terhidrat dalam haba berjerebu

Cuaca berjerebu boleh menyebabkan penyahhidratan kerana bahan cemar boleh memasuki mata, hidung dan tekak yang menjurus kepada kehilangan air daripada badan. Untuk kekal terhidrat, minum banyak air eSpring. Ingat, bawa bersama anda sebotol air pada setiap masa walaupun selepas jerebu hilang.



Amalkan pemakanan sihat untuk melawan jerebu

Pemakanan sihat boleh merangsang sistem imun anda serta membantu badan anda melawan bahan cemar. Masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran kaya antioksidan seperi beri, buah sitrus dan sayur berdaun hijau dalam pemakanan anda. Anda juga boleh mempertimbangkan suplemen Nutrilite yang menawarkan berbilang manfaat kesihatan.



Bersihkan rumah anda daripada pencemaran jerebu

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain persekitaran yang bersih. Oleh itu, bersihkan rumah anda dengan kerap untuk menghapuskan habuk dan bahan cemar yang dibawa masuk dari luar sepanjang tempoh ini. Gunakan pembersih vakumuntuk membersihkan karpet, ambal dan perabot dengan berkesan.

Kekal di dalam rumah, jauh dari jerebu

Cara terbaik untuk mengelak pendedahan kepada jerebu ialah duduk di dalam rumah. Pantau kualiti udara dengan menyemak indeks kualiti udara (AQI) di kawasan anda dengan kerap menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih. Jika AQI tinggi, tutup tingkap anda dan hidupkan penulen udara anda untuk menyingkirkan bahan cemar berbahaya.

Ingat, udara dalaman boleh menjadi lebih teruk daripada udara luaran. Oleh itu, pasang penapis udara berkualiti tinggi bagi memastikan udara dalaman bersih dan sihat sepanjang masa.



Berbicara tentang penapis udara…

Pernahkah anda mendengar tentang penulen udara Atmosphere? Diperakui oleh British Allergy Foundation, Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara dan menapis semua partikel yang lebih besar daripada atau sama dengan 0.0024 mikron dengan kecekapan 99.99%.

Menampilkan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih daripada 300 cfm, Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY boleh membersihkan bilik yang berukuran sehingga 455 kaki persegi dengan berkesan lalu menjadikan penapis udara ini salah satu penulen udara yang terbaik untuk mengatasi jerebu. Dengan proses penurasan 3 peringkat – termasuk prapenuras, penuras HEPA dan penuras karbon yang mengurangkan bau – anda dan keluarga boleh menikmati persekitaran yang selamat dan bersih serta boleh bernafas dengan lega, tidak kira betapa gelapnya langit di luar sana.



Perlukan penapis udara untuk bilik yang lebih kecil juga? Dapatkan Sistem Rawatan Udara Atmosphere Miniyang kecil namujn cukup hebat ini. Ia memberikan CADR lebih daripada 130 cfm pada kelajuan 3 bagi membersihkan ruang sehingga 200 kaki persegi.

Akhir sekali

Selain mengambil langkah berjaga-jaga ini, penting juga untuk mengetahui gejala masalah kesihatan berkaitan jerebu. Ini boleh merangkumi batuk, semput, sesak nafas dan sakit dada. Jika anda mengalami gejala ini, dapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta. Jaga diri!