11 NOV 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 607 LIHAT 29 BERKONGSI

Pastikan Rumah Anda Sihat Untuk Tahun-tahun Mendatang

Kami faham – hari ini, semakin sukar untuk memenuhi semua tuntutan harian di samping cuba mengekalkan kediaman yang sihat untuk keluarga anda, terutamanya dengan keadaan persekitaran kita yang semakin teruk. Perkakas rumah seperti penuras air dan penulen udara yang berkualiti boleh jadi agak mahal untuk dibeli dan diselenggara, terutamanya jika ia disertakan waranti terhad.

Mujurlah, Program Mudah Milik Amway (ETO) menawarkan pengalaman tanpa kerumitan yang membolehkan anda menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran untuk tempoh 24 bulan. Dengan program ini, kini anda mampu untuk mengekalkan kediaman yang sihat dan memastikan insan tersayang minum air bersih yang selamat dan jernih serta menghirup udara berkualiti setiap hari.

Walaupun alatan berteknologi di rumah Amway sudah disertakan waranti produk yang memuaskan, sedikit tambahan tetap membantu. Waranti lanjutan bermakna anda juga boleh menikmati lebih ketenangan fikiran dengan perlindungan tambahan untuk kualiti Kediaman Sihat yang mampan, tahun demi tahun.

Mari lihat apa yang disediakan oleh Set Mudah Milik ini:

Set Mudah Milik eSpring

Terdiri daripada:

  • Sistem Rawatan Air eSpring
  • Kartrij eSpring
  • Waranti tambahan 2 tahun (jumlah Waranti 4 Tahun untuk eSpring

Dapatkan air termineral yang bersih dan sihat dengan Sistem Rawatan Air eSpring serta Kartrij eSpring untuk penggantian pada masa depan dan waranti tambahan 2 tahun.

Sistem Rawatan Air eSpring mengurangkan lebih daripada 140 bahan cemar yang berpotensi menjejaskan kesihatan dengan berkesan dan menghapuskan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus bawaan air yang menjadi punca penyakit di dalam air minum dengan teknologi cahaya ultraungunya. Ia juga mengekalkan mineral bermanfaat seperti kalsium, magnesium dan fluorida.

Di samping itu, ia menampilkan sistem pemantauan terpaten yang memaklumkan kepada anda baki hayat Kartrij dan status sistem semasa ia mengalir pada suhu paip, memastikan kos tenaga anda kekal rendah. Menggunakan teknologi kuasa tanpa wayar – keselamatan adalah terjamin kerana air tidak pernah menyentuh mana-mana komponen elektrik.

Sementara itu, Kartrij eSpring mudah diganti – anda tidak memerlukan sebarang alat khas kerana tiada wayar dalaman atau palam untuk dicabut dan disambung semula. Yang paling hebat, ia direka bentuk untuk bertahan 5,000 liter atau 1 tahun, yang mana-mana tiba dahulu.

Set Mudah Milik Atmosphere SKY

Terdiri daripada:

  • Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY
  • Penuras Karbon
  • Waranti Tambahan 1 Tahun untuk Atmosphere SKY (jumlah Waranti 6 Tahun untuk Atmosphere SKY)

Dipercayai sejak bergenerasi lamanya, Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY membekalkan udara dalaman bersih yang jika tidak, boleh jadi mengandungi pencemaran, virus, alergen, kulat dan kulapuk. Tiga penuras termaju sistem rawatan udara ini boleh menyingkirkan 99.99% partikel sekecil 0.0024 mikron dengan berkesan apabila ia melalui unit.

Set Mudah Milik Atmosphere Mini

Terdiri daripada:

  • Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini
  • Alat Ganti Penuras 3 Dalam 1
  • Waranti Tambahan 2 Tahun Untuk Atmosphere Mini (Jumlah Waranti 5 Tahun untuk Atmosphere Mini)

Sangat sesuai untuk ruang yang kecil, Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini didatangkan dengan penuras 3 dalam 1 yang mengandungi kesemua tiga peringkat rawatan: prapenuras, penuras karbon dan penuras HEPA.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mendapatkan semua set ini dan lebih banyak produk di Amway.my untuk membantu anda menjalani gaya hidup sihat dengan mudah – jangan ketinggalan!