Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 813 LIHAT 8 BERKONGSI

Sayangi Diri Anda – Dalam dan Luar!

Penjagaan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki

Kita semua telah mendengar ungkapan ‘anda adalah apa yang anda makan’ tetapi ia bukan sekadar makanan dan minuman. Secara ringkasnya, apa yang anda masukkan ke dalam tubuh anda akan mempengaruhi apa yang anda peroleh daripada kehidupan. Jadi, berikut ialah beberapa petua tentang apa yang harus dimasukkan agar tubuh anda menikmati yang terbaik.


Love yourself, inside and out 3


Hanya tambah air

Tahukah anda? Tubuh manusia terdiri daripada hampir 70% air dan jika kita mula mengalami penyahhidratan, pelbagai masalah akan timbul. Cegah penyahhidratan dengan memastikan anda minum air secukupnya. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan 8-10 (2-2.5 liter) gelas sehari tetapi anda memerlukan lebih banyak pada hari yang panas atau apabila anda bersenam.


Love yourself, inside and out 4


Pastikan anda mendapat air yang bersih daripada Sistem Rawatan eSpring. Jika anda bosan dengan air kosong, mengapa tidak tambahkan sedikit perisa seperti Nutrilite PhytoPOWDER – ia padat dengan vitamin dan terdapat dalam 3 perisa yang lazat.


Semai tabiat yang baik

Kita semua tahu yang kita harus makan secara sihat tetapi tidak mudah untuk mencari masa untuk menyediakan makanan berkhasiat yang anda lihat di Instagram dan Facebook. Kadangkala kita perlukan bantuan untuk mendapatkan nutrien yang kita perlukan dan untuk itu, dapatkannya daripada rangkaian Nutrilite. Dengan pelbagai pilihan untuk menampung kekurangan khusus atau suplemen berspektrum luas seperti DOUBLE X.


Love yourself, inside and out 1


Melengkapkan diet dengan vitamin dan nutrien tambahan akan merangsang sistem imun semula jadi anda serta memberikan perintang tambahan daripada selesema bermusim. Jadi, pastikan anda mendapatkan jumlah vitamin, mineral dan kalori yang tepat untuk memastikan anda kekal kuat!


Saya suka bergerak!

Hanya kerana norma baru memaksa anda menghabiskan lebih banyak waktu di rumah, itu tidak bermakna anda ada alasan untuk berubah menjadi pemalas. Anda tidak perlu menjadi ekstrem seperti pelari maraton amatur, Pan Shancu dari Hangzhou, China yang berlari sejauh 31 batu di ruang tamunya tetapi anda boleh mendapatkan inspirasi dan petua daripada sesi siaran langsung kami yang disimpan di IGTV kami. Ikuti Instagram kami di @xs_msb untuk melihatnya!


Ketawa Ceria

Ketawa seringkali tidak disedari sebagai bermanfaat untuk kesihatan tetapi selain membebaskan endorfin dalam otak, ketawa juga memberikan beberapa manfaat fizikal. Ketawa selama kira-kira 15 minit sehari boleh membakar sehingga 40 kalori.

Ia mungkin tidak seberapa tetapi peningkatan kadar denyut jantung akan merangsang metabolisme dan juga membantu mengendurkan otot anda. Oleh itu, ketawalah sambil menonton rancangan komedi kegemaran anda demi kesihatan yang lebih baik.


Love yourself, inside and out 2


Sayangi diri anda

Novelis Anne Lamott pernah berkata, "Hampir semuanya akan berfungsi semula jika anda memutuskan hubungan selama beberapa minit, termasuk anda."

Luangkan masa untuk diri sendiri, lakukan sesuatu yang menggembirakan, manjakan diri anda. Mungkin mandi air panas disusuli dengan masker daripada rangkaian ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks.

Dalam ‘norma baru’ ini, kita perlu saling membantu tetapi kita tidak boleh membantu orang lain jika kita tidak menjaga diri kita juga.