Floating Icon
14 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 932 LIHAT 9 BERKONGSI

Bosan di Rumah? Ceriakan Hari Anak Anda dengan Aktiviti Menyeronokkan Ini

Hore! Cuti sekolah! Bagi kanak-kanak, cuti sekolah membawa kegembiraan yang tersendiri kerana inilah masa rehat yang dinantikan anak-anak untuk menikmati makan malam yang santai, bangun lewat dan bermalas-malas.

Namun begitu, seperti yang diketahui oleh ramai ibu bapa, lama-kelamaan kegembiraan menjalani hari tanpa rutin akan hilang dan tiada interaksi sosial dengan rakan-rakan sebaya akan menyebabkan mereka mula berasa bosan.

Tetapi dengan peningkatan bilangan kes Covid-19, tidak disarankan untuk membawa anak-anak anda ke taman tema, taman permainan, malah untuk berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Jadi, bagaimana anda menjadikan mereka sibuk, gembira dan yang lebih penting, tidak mengganggu anda?

Berikut ialah senarai 5 aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan dengan keluarga untuk memastikan anak-anak anda sentiasa terlibat dan aktif di samping berseronok bersama-sama.


1. Membuat dan menghias kek cawan

Bake with your kids.jpg


Biarkan si kecil sibuk menyediakan manisan ini dan mereka pasti senyap selepas menikmatinya selepas itu.


2. Menanam sayur atau herba di kebun atau balkoni anda.

Do gardening with your kids.jpg


Berkebun bukan hanya menyemai rasa tanggungjawab tetapi juga cara yang baik untuk memperoleh Vitamin D kerana keluar ke taman adalah tidak digalakkan.


3. Menganjurkan aktiviti halangan di dalam rumah

Ambil bantal, kusyen, kerusi, dan selimut untuk menjadikan aktiviti ini menarik dan biarkan si kecil anda membakar tenaga aktif mereka.


4. Cuci kereta di rumah

Jadikannya tugas mingguan ini acara keluarga yang menyeronokkan dan anak-anak anda tidak akan rindukan kolam renang.


5. Pertunjukan bakat keluarga

Organise family talent shows.jpg


Tonjolkan bakat dalam keluarga anda dengan persembahan bakat di rumah! Menyanyi, menari atau bermain silap mata untuk mencetuskan gelak ketawa.

Namun semua keseronokan dan permainan ini hanya boleh dilakukan jika anak anda kuat dari segi mental dan fizikal. Jadi, penting untuk memberikan rangsangan pemakanan yang baik dengan melengkapkan makanan mereka dengan suplemen yang dipilih dengan teliti untuk menambah baik kesihatan dan stamina keseluruhan.

Get your kids to take their supplements.jpg


Cegah Selesema dengan Nutrilite Chewable Natural C

Suplemen yang sangat penting, terutamanya pada masa sukar ini, Nutrilite Chewable Natural C harus diberikan kepada anak-anak anda dengan kerap. Mengandungi 30mg vitamin C setiap tablet, tablet kunyah ini dibuat dengan rumusan premium menggunakan bahan semula jadi iaitu pekatan ceri aserola. Vitamin C bukan hanya penting untuk merangsang sistem imun anak anda dan meningkatkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman, ia juga meningkatkan penyerapan zat besi serta membantu pembentukan protein dan kolagen.

Rangsang Sistem Imun Anak Anda dengan NUTRILITE Chewable Natural C hari ini!

Kuatkan Tulang Mereka dengan Nutrilite Chewable Calcium Magnesium

Satu lagi kombo multivitamin utama yang tidak boleh anda abaikan untuk kanak-kanak pada tahun-tahun perkembangan mereka ialah Kalsium dan Magnesium. Itulah peranan Nutrilite Chewable Calcium Magnesium!

Penting bagi anak-anak anda mendapatkan Kalsium yang cukup sejak kecil supaya mereka boleh membesar dengan sihat dan membina tulang yang kuat. Magnesium bukan hanya membantu memastikan penyerapan Kalsium yang optimum dalam tubuh tetapi kekurangannya boleh mengakibatkan mereka meragam, sakit otot dan gelisah di sekolah.

Tulang yang Kuat Bermula Hari Ini dengan NUTRILITE Kid’s Chewable Calcium Magnesium

Pastikan Perlindungan Menyeluruh dengan Nutrilite Chewables Multivitamin and Iron Supplement

Padat dengan 10 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E) dan zat besi, Nutrilite Chewables Multivitamin and Iron Supplement sangat bermanfaat untuk kanak-kanak dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan mineral dan vitamin kanak-kanak.

Tablet kunyah berperisa oren enak yang disukai kanak-kanak ini mengandungi semua vitamin penting yang diperlukan untuk menggalakkan penglihatan yang baik, kulit yang sihat, tulang yang kuat dan mencegah rasa letih dan lesu. Tambahan lagi, komponen zat besi sangat penting untuk membantu mencegah anemia dan merangsang paras oksigen kanak-kanak.

Beli Sekarang untuk Menambah Baik Kesihatan Keseluruhan NUTRILITE Children’s Chewables Multivitamin and Iron Supplement


PS: Nantikan suplemen Kanak-kanak yang terbaru, akan datang pada bulan Januari 2021. Petunjuk? Ia gula-gula gummy yang enak!