Tiada sesiapa pun yang suka mencuci pinggan mangkuk setelah kenyang menikmati sajian kerana anda hanya ingin berlunjur dan berehat. Namun begitu, pinggan mangkuk kotor bagaikan magnet kepada makhluk perosak seperti lipas yang sukakan bau pinggan mangkuk kotor. Memastikan anda segera mencuci pinggan mangkuk selepas makan sangat penting untuk mencegah makhluk perosak ini muncul di dapur anda.
Pemilik rumah biasanya mengabaikan faktor ini ketika berusaha menyingkirkan makhluk perosak. Paip bocor dan lembapan berlebihan menyediakan sumber air minum dan juga tempat pembiakan untuk serangga. Air bertakung akan menjadi tempat nyamuk bertelur. Pastikan untuk membaiki sebarang kebocoran untuk mengelakkan tetamu yang tidak diundang ini mengunjungi rumah anda.
Jika anda mendapati rumah anda penuh dengan serangga, ini bermakna ia telah menemui jalan masuk ke rumah anda tanpa dikesan. Masalah yang biasa ialah sela di bawah pintu atau lubang kecil di dinding yang membolehkan semut, lipas dan nyamuk masuk ke rumah anda dengan mudah. Untuk menghalang makhluk perosak masuk, anda boleh menampal celah dan lubang ini dan kemudian menyudahkan dengan bahan kedap. Untuk menghalang nyamuk dan serangga terbang yang lain, cara yang berkesan adalah memasang skrin serangga pada tingkap anda.
Tong sampah ialah tempat kegemaran lipas, lalat dan serangga pembawa penyakit yang lain. Membersihkan sampah dengan kerap akan mengurangkan bilangan makhluk perosak di rumah anda. Tetapi anda juga harus membersihkan tong sampah setiap dua minggu kerana sisa sampah akan menarik makhluk perosak.
Satu lagi punca kedatangan makhluk perosak ialah makanan yang tumpah di rumah anda. Di rumah kita pasti ada serdak dan pembungkus makanan yang dibuang bersepah-sepah, malah makanan yang sangat sedikit pun boleh menarik serangga. Sebaik-baiknya vakum sekurang-kurangnya sekali seminggu dan pastikan tiada makanan yang tertumpah sepanjang hari.
Rumah yang paling bersih sekali pun menghadapi masalah makhluk perosak, itulah sebabnya bagus untuk menggunakan penghalau serangga sebagai tambahan pada lima langkah di atas. Namun begitu, pastikan anda mencari yang berkesan dan tanpa toksin supaya ia tidak menjejaskan kesihatan anda.
Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada makhluk perosak tanpa menjejaskan kesihatan anda dengan Target.
Sumber: