Floating Icon
26 NOV 2020 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 2131 LIHAT 60 BERKONGSI

Mengapakah Seterika Philips Terbaik?

Tugas Menyeterika Dipermudahkan. Kami Janji!

Kami memahami bahawa tiada sesiapapun yang ingin menghabiskan berjam-jam untuk cuba menghilangkan kedutan dari blaus yang berkedut atau menyembur pelembut fabrik untuk mendapatkan kemeja yang licin dan tidak berkedut.

Walaupun kami tidak dapat menyeterika untuk anda, kami berharap beban kerja yang biasa dapat dikurangkan malah Robert Downey Jr (hint: Ironman) mungkin bersetuju bahawa inilah cara terpantas untuk menyeterika kemeja atau skirt.

Oleh itu, kurangkan masa menyeterika dan sebaliknya lebihkan masa bersama keluarga anda kerana kami akan memberitahu anda mengapa menyeterika menjadi begitu mudah dengan Seterika Penjana Stim Perfectcare Performer Philips (GC8755).


Teknologi OptimalTEMP, Dijamin Tiada Kesan Terbakar!

Optimal Temperature Settings Iron


Menyeterika dengan tenang apabila anda menggunakan Seterika Philips. Dengan menggunakan teknologi OptimalTEMP, anda tidak lagi perlu membuang masa menukar tetapan suhu sebelum menyeterika.

Sama ada jean atau sutera, gunakan satu tetapan suhu yang lembut pada semua fabrik. Teruskan, anda boleh tinggalkan plat tapak seterika yang panas terus pada papan seterika kain kapas anda kerana ia tidak akan menyebabkan sebarang kerosakan dan membuatkan kerja anda lebih selesa.

Optimal Temperature from Denim to Silk


Penghilang Kedutan yang Terhebat

Teknologi revolusioner 2600W dengan tekanan pam maksimum 6.5 bar, memberikan peningkatan stim sehingga 450g. Menangani kedutan kasar dan melicinkan fabrik yang lebih tebal dengan mudah dan cepat – dan jika perlu, pilih penggalak stim tambahan untuk pengewapan menegak atau kedutan degil.


Tahan Lama & Tidak Melekat

Durable & Non Stick

Seterika ini mempunyai plat tapak SteamGlide Plus dengan prestasi meluncur plat tapak 5 bintang dan plat tapak 4 bintang dengan tahan calar yang dipertingkatkan. Ia tahan lama dan tidak melekat kerana kemasan seramiknya, dengan lapisan titanium oksida bersepadu untuk prestasi meluncur yang unggul.


Tangki Air Boleh Tanggal Yang Besar

Large detachable water tank


Tangki air boleh tanggal membolehkan anda mengisi semula dengan mudah pada bila-bila masa tanpa perlu menghentikan peralatan. Ia mempunyai lubang pengisi yang besar agar anda boleh mengisi tangki air di bawah paip. Tangki ini mempunyai kapasiti 1.8L, jadi anda memperoleh kesenangan berupa penggunaan berterusan sehingga 2 jam tanpa perlu menambah air.