Vroom! Vroom! Tidak, itu bukan kereta, itulah degupan jantung pencinta kereta sejati apabila mereka menemui produk hebat untuk memanjakan kenderaan kesayangan mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh dan bangga memiliki kereta yang disenggara dengan baik serta bersih dalam dan luar.
Kereta kita adalah kenderaan moden yang membawa kita pergi dan balik kerja, membantu kita ke sana sini, malah membawa kita bertemu dengan insan tersayang dengan mudah. Oleh sebab banyak jasanya kepada kita, kita harus menjaganya dengan baik. Jadi, manjakan kereta kesayangan anda dengan 6 produk penjagaan kereta yang hebat oleh Amway ini dan kami jamin, kereta anda pasti akan menderum dengan baik!
1. Bersih Berkilau dengan Pencuci Kereta Amway
Hari ini, mencuci kereta di rumah bukan sahaja mudah tetapi juga lebih selamat untuk anda dan keluarga. Singkirkan risiko yang tidak diperlukan, bukannya gilapan atau lilin kereta anda dengan Pencuci Kereta Amway.
Rumusan khasnya memberikan kereta anda kebersihan berkualiti tinggi yang menyingkirkan kotoran, habuk dan timbunan jelaga lain daripada kenderaan anda tanpa merosakkan gilapan atau lilinnya. Anda hanya perlu campurkan 5 ml cecair pencuci kereta ke dalam 4L air dan kereta anda akan bersih berkilau. Seperti kebanyakan produk Amway yang lain, Pencuci Kereta Amway adalah mesra alam, terbiodegradasi, dan bebas fosfat!
2. Nikmati Kilauan Bagaikan Kereta Baru dengan Penggilap Kereta Amway SILICONE GLAZE
Salah satu perkara terbaik tentang kereta baru ialah bahagian luarnya yang berkilat dan berkilau – kembalikan kilauan itu dengan Penggilap Kereta Amway SILICONE GLAZE untuk kilauan yang tahan lama. Penggilap kereta ini menampilkan rumusan lilin yang menanggalkan gris sambil mewujudkan lapisan pelindung untuk mencegah kotoran terkumpul.
Yang paling hebat, penggilap pelbagai guna ini juga bagus untuk kaunter dapur, dinding, malah seramik atau porselin untuk menjadikannya berkilau.
3. Jadikan Ia Bersinar dengan Pengilat Tayar Pantas Amway
Dengan badan yang berkilau dan seperti baru, tayar kenderaan anda tidak seharusnya kotor dan kusam, jadi ubah penampilan tayar anda dengan Pengilat Tayar Pantas Amway. Reka bentuk botol termasuk muncung kipas tak menitik dan injap 180º untuk aplikasi mudah walaupun di tempat yang sukar dijangkau, sementara rumusan berkualiti tinggi menambah kilauan dan mencegah karat dan kakisan.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan semburan pelincir ini untuk menghentikan bunyi berkeriut engsel dan sesuai pada permukaan vinil, getah, dan plastik.
4. Pastikan Barangan Kulit Tidak Merekah dengan Pencuci Kulit & Vinil Amway Home
Pastikan kemasan kulit dalam kereta anda dalam keadaan terbaik dengan Pencuci Kulit & Vinil Amway Home. Rumusan tak melelas membersihkan kulit dan vinil tanpa menyingkirkan minyak semula jadi dan tidak meninggalkan bau bahan kimia yang kuat.
Larutan ini juga memberikan lapisan pelindung untuk mencegah permukaan kulit merekah dan kering supaya anda boleh sentiasa menikmati kemasan dalam kereta yang lembut. Jika anda tidak pasti apa yang harus dilakukan dengan sebotol 500ml, yakinlah bahawa produk serba boleh ini juga bagus untuk bagasi kulit, beg tangan, jaket dan banyak lagi!
5. Nikmati Udara Luar Walaupun di Dalam Kereta Anda dengan Penyegar Udara Green Meadows
Hilangkan bau hapak dan tidak menyenangkan dengan Penyegar Udara Green Meadows. Mengandungi Neutralodor, penyahbau unik yang meneutralkan dan menghilangkan bau dengan hanya satu semburan, penyegar udara ini bukan sahaja bagus untuk kereta tetapi juga untuk kediaman anda.
6. Hirup Udara Bersih Ke Mana Jua Anda Pergi dengan Atmosphere DRIVE
Atmosphere DRIVE ialah sistem penurasan udara yang unik untuk kereta anda dengan kadar penyingkiran pencemaran 99% (PM2.5). Penulen udara di dalam kereta ini mempunyai penuras 3 dalam 1 yang menyingkirkan bau, zarah dan mengedarkan udara yang lebih bersih di dalam kereta anda. Oh, sudahkah kami beritahu? Ini peranti yang pertama seumpamanya yang menerima Allergy UK Seal Of Approval!