Floating Icon
15 APR 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 937 LIHAT 29 BERKONGSI

Apa Sebenarnya Yang Ada Di Dalam Air Paip Anda?

Ramai antara kita yang beranggapan bahawa air kita bersih – tetapi adakah ia benar-benar bersih? Apa yang mengalir dari paip anda mungkin mengandungi banyak bahan cemar yang tidak boleh anda lihat, hidu atau rasa. Selain itu, air anda juga mungkin mengandungi sisa bahan kimia, ubat yang dibuang, antibiotik atau bahan cemar lain.

Menurut organisasi bukan berasaskan keuntungan, Persatuan Kualiti Air, air paip boleh mengandungi sehingga 18 bahan cemar bawaan air, daripada aluminium sehingga uranium. Walaupun saintis terus mengkaji kesan jangka panjang bahan cemar ini, banyak yang diketahui berpotensi membahayakan kesihatan anda.


Apakah yang menyebabkan air tercemar?

Air boleh tercemar melalui beberapa cara seperti mengepam sisa ke dalam tandas atau membuang bahan kimia ke dalam longkang. Contohnya, sebatian farmaseutikal dan antibiotik boleh memasuki sistem air apabila ubat-ubatan yang tidak digunakan dibuang ke dalam sistem air buangan atau apabila pesakit menyingkirkannya daripada badan mereka.

Sebaik sahaja bahan kimia ini memasuki sistem air buangan, ia bergerak terus ke sumber air permukaan. Bahan cemar lain mungkin bermula dengan penggunaan racun perosak, malah daripada mendapan semula jadi di dalam bumi.

“Pencemaran air boleh datang dari pelbagai sumber termasuk industri, pertanian dan alam semula jadi,” kata Amanda Morgott, jurutera reka bentuk produk dalam penyelidikan dan pembangunan untuk Amway.

“Anda harus minum air yang dipastikan selamat untuk kegunaan manusia oleh pihak berkuasa kesihatan awam sahaja, tetapi sistem pengagihan air minum — termasuk paip berkarat, takungan di atas bumbung, malah komponen paip di dalam rumah — juga boleh menjadi sumber pencemaran.”

Maksudnya ialah air di dalam gelas anda mungkin mengandungi plumbum, merkuri, asbestos, radon, produk pereputan radon, lebih daripada 30 racun perosak, vinil klorida, aditif petrol, produk penyahjangkitan, karsinogen disyaki, opioid dan antibiotik.

“Ini bukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai tentang kualiti air mereka, tetapi untuk menyedarkan mereka tentang kemungkinan pencemaran dan faedah mempunyai penyelesaian rawatan air di rumah anda,” kata Morgott.


Bagaimanakah untuk memilih sistem rawatan air

Persatuan Kualiti Air menyatakan bahawa sistem rawatan air “titik penggunaan”, yang merawat bahan cemar di paip, menyediakan “perintang akhir pada bahan cemar yang menjadi kebimbangan sebelum air diminum atau digunakan.”

Pilih sistem rawatan air yang terbukti keberkesanannya. Cari produk yang telah diuji oleh penilai pihak ketiga, seperti NSF® International. NSF ialah organisasi kesihatan awam bebas dan bukan berasaskan keuntungan yang bermatlamat membantu orang ramai hidup lebih selamat dengan melakukan ujian yang ketat dan terkawal ke atas produk pengguna.

Sistem Rawatan Air eSpring yang dihasilkan oleh Amway merupakan penulen air rumah pertama yang menampilkan sistem karbon/UV yang memenuhi Standard Antarabangsa NSF 42, 53, 55, dan 401, yang diiktiraf di seluruh dunia untuk kualiti air.


Rawat dengan cahaya UV

Selain menambah baik rasa, bau dan kejernihan air minuman, Sistem Rawatan Air eSpring didapati boleh mengurangkan lebih daripada 140 bahan cemar yang berpotensi menjejaskan kesihatan.

Unit eSpring menggunakan cahaya UV untuk merawat air tanpa menggunakan bahan kimia. Cahaya UV ini memusnahkan sehingga 99.99% bakteria dan virus bawaan air yang menyebabkan penyakit di samping mengekalkan mineral yang bermanfaat seperti kalsium dan magnesium.

Selain itu, Penuras Karbon terpaten AS, yang diperbuat daripada karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi, berkesan menyingkirkan lebih daripada 140 kekotoran.


Jadi apabila anda mengisi gelas dengan air eSpring selepas ini, yakinlah bahawa anda minum air yang jernih, sejuk dan selamat sahaja.


Ketahui lebih lanjut tentang Sistem Rawatan Air eSpring di sini.