Floating Icon
10 MAY 2024 ACARA 2 MINIT BACA 60 LIHAT 5 BERKONGSI

Rali ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask

Diadakan pada 7 Mac 2024, Rali ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask merupakan acara impian yang menarik lebih daripada 1600 ABO, APC dan tetamu ke Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur untuk malam mempesonakan yang sarat dengan maklumat dan keterujaan.

ARTISTRY_Sleeping_Mask_Tan_Hua_Flower_Wall.jpg

Suasana begitu dirasai ketika tetamu mula-mula menikmati aktiviti ruang legar seperti latar foto menakjubkan yang diinspirasikan oleh bunga Tan Hua – bahan utama dalam ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask. Bunga berwarna gading ini menjadi latar yang sempurna untuk merakam detik-detik glamor bersama rakan dan penggemar penjagaan kulit.

ARTISTRY_Sleeping_Mask_Rally_Foyer_Activities_1.jpg

Para hadirin juga berpeluang untuk mencuba ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask yang baharu ini – dan mereka sangat menyukainya! Tekstur yang kaya, berkrim (tetapi tidak melekit) ditambah pula haruman lavender dan bergamot yang menawan disukai oleh semua.

Jason_Leng_General_Manager_Joanne_Chong_Chief_Marketing_Officer_and_Song_Youngshin_Research_Scientist.jpg

Tidak Lama Kemudian, Tiba Masanya Untuk Rali!

Rali ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask dimulakan dengan kira detik yang mendebarkan bersama Jason Leng, Pengurus Besar Amway Malaysia & Brunei, Joanne Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Amway Malaysia dan Song Youngshin, Perumus Utama dan Saintis Penyelidikan di Amway Beauty Innovation & Science (COE Timur). Mereka melancarkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask dengan paparan lampu dan bunyi yang menakjubkan sehingga para hadirin terpaku di tempat duduk masing-masing.

Song_Youngshin_Lead_Formulator_and_Research_Scientist.jpg

Annyeong haseyo ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask!

Kemuncak acara malam itu ialah pembentangan yang sarat dengan maklumat oleh Song Youngshin, Perumus Utama dan Saintis Penyelidikan di Amway Beauty Innovation & Science (East COE). Berasal dari Korea Selatan, Youngshin berjaya memikat penonton dengan penjelasan mendalam tentang kepentingan perintang lembapan kulit kita dan bagaimana bahan-bahan ARTISTRY Sleeping Mask bertindak secara bersinergi untuk menggalakkan integriti perintang. Para hadirin terpegun apabila memperoleh maklumat mendalam yang berharga tentang sains di sebalik produk ini, mempelajari bagaimana ia menyubur dan melindungi kulit ketika mereka tidur.

Tambahan lagi, Youngshin berkongsi data klinikal tentang keberkesanan masker tidur ini yang memberikan para hadirin bukti nyata tentang manfaat penjagaan kulitnya. Tahukah anda bahawa walaupun selepas 10 jam tidak tidur, kulit yang disapu masker tidur ini lebih 25% lebih terhidrat daripada kulit yang tidak disapu dengannya? Memang menakjubkan!

Guest_Speakers_at_ARTISTRY_Sleeping_Mask_Rally.jpg

Testimoni Kulit Impian dan Hadiah Kejutan!

Susulan itu, para hadirin disajikan dengan testimoni oleh Intan Eksekutif Pengasas Joanne Looi dan Intan Eksekutif Pengasas Normaliana Saedin yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask. Kisah mereka yang begitu dirasai penonton ini menonjolkan kesan menyuburkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask dan mengukuhkan reputasinya sebagai penjagaan kulit yang penting.

Three_lucky_ABOs_won_a_surprise_giveaway!.jpg

Ketika acara hampir tiba ke penghujungnya, keterujaan terus memuncak apabila Joanne Chong mengumumkan hadiah kejutan! Tiga ABO bertuah yang menemui kad khas di bawah kerusi mereka membawa pulang satu ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask bersaiz penuh.

Acara yang menempa kejayaan memberangsangkan ini menghimpunkan penggemar penjagaan kulit untuk malam yang sarat dengan maklumat, inspirasi dan keseronokan yang tidak dapat dilupakan. Dari pembentangan saintis yang padat dengan maklumat hingga testimoni yang menyentuh hati, acara ini mempamerkan kuasa mencergaskan ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask dan memperkasa para hadirin untuk memperoleh kulit yang subur dan berseri bersama  ARTISTRY.

ARTISTRY_SKIN_NUTRITION_Sleeping_Mask_Rally_Group_Photo.jpg

Bersedia untuk mendapatkan satu untuk diri sendiri? Beli ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask di sini.