Floating Icon
11 JUL 2023 ACARA 2 MINIT BACA 1197 LIHAT 0 BERKONGSI

Nutrilite dan eSpring: Memenangi Anugerah Emas di Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2023



Kami sangat berbesar hati apabila sekali lagi meraikan Nutrilite (19 tahun berturut-turut) dan eSpring (18 tahun berturut-turut) di Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2023. Tambahan pula, kedua-dua jenama ini memang diketahui menerimai pengiktirafan yang cukup hebat daripada pengguna tempatan dan antarabangsa.

 



Malam ini sememangnya luar biasa kerana anugerah ini diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur yang glamor pada 7 Jun 2023. Malam tersebut didedikasikan untuk mengiktiraf dan meraikan jenama-jenama terkemuka di negara ini yang telah memberikan tanggapan yang kuat kepada pengguna. Jelaslah, Nutrilite dan eSpring telah mencapai pengiktirafan ini. 

Malam anugerah ini dirasmikan oleh Sheron White, Pengarah Pengiklanan dan Jualan Runcit Kumpulan Reader's Digest Asia-Pasifik, yang memberikan ucapan yang berkesan tentang kepentingan kepercayaan dalam membina jenama yang kukuh. Membina asas kepercayaan yang kukuh memerlukan jenama memenuhi objektif mereka.

Kejayaan ini hanya boleh dicapai dengan mendukung nilai-nilai jenama iaitu kebolehpercayaan dan kredibiliti, kualiti, nilai, memahami keperluan pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial. Nilai-nilai ini – serta komitmen dan dedikasi merupakan nilai-nilai sama yang disebut oleh Louise Waterson, Ketua Pengarang Reader's Digest rantau APAC, dalam ucapannya sangat memberikan inspirasi.

Adakah ini anugerah dibeli? Berapa banyak pula yang Amway bayar untuk memenangi anugerah ini?

Sama sekali tidak! Reader's Digest menugaskan Catalyst Research, pakar dalam penyelidikan pemasaran untuk membuat tinjauan bebas terhadap 8000 individu untuk mengetahui pandangan mereka tentang produk dan perkhidmatan dalam lebih daripada 50 kategori. Kepercayaan sangat penting dan yakinlah bahawa tidak ada ruang untuk melakukan tipu helah.

Nutrilite yang diwakili Joyce Tan, Pengurus Jenama Kanan Nutrisi & Inovasi telah dianugerahkan Anugerah Emas untuk Kategori Vitamin/Suplemen, manakala eSpring yang diwakili Cass Yeoh, Pengurus Kategori untuk Kediaman telah dianugerahkan Anugerah Emas untuk Penulen Air.



Amway is at forefront in combating the national health crisis; the constant rise of people suffering from 3 Highs (High Cholesterol, High Blood Pressure and High Blood Sugar – diabetes). As such, back in March 2023, Nutrilite made a huge breakthrough when it launched the BodyKey Gut Reset Weight Management Programme. This programme, inspired by scientific insights and supported by Nutrilite supplements, is designed to help consumers embark on a sustainable weight management journey that starts with their gut, and the visible results of improved health from their tests results when they consciously follow the programme.  



Dalam mencari pilihan yang lebih sihat, Nutrilite turut mengeluarkan rangkaian Plant to Table by Nutrilite dan yang terbaharu ialah Muesli Organik serta rangkaian Nutrisi Herba Moden untuk Kesihatan Mata dengan 30 pek batang dalam bentuk cecair. Pada awal tahun ini, Nutrilite juga melancarkan produk baharu yang sangat sesuai untuk individu yang ingin meningkatkan mobiliti serta mengekalkan dan meningkatkan kekuatan otot, Minuman Protein Soya Campuran Dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite.

Semua inovasi berterusan ini dan ikrar kami untuk menanam, menuai dan memproses tumbuhan di ladang kami sendiri yang disahkan organik telah menjadikan Nutrilite jenama vitamin dan suplemen diet No. 1 dari segi jualan di dunia*.



Sudah tentulah pencapaian eSpring sepanjang tahun ini mesti ditonjolkan juga. Sejak dahulu, matlamat Amway adalah membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat, yang telah menginspirasikan penciptaan Sistem Rawatan Air eSpring pada 2000. Dengan teknologi gandingan induktif tanpa wayar eCoupled yang inovatif, ia menggabungkan teknologi UV dan karbon dengan selamat dalam satu kartrij yang menjadikannya sangat tahan lama, cekap tenaga dan mesra pengguna.

Kartrij penuras blok karbon berbilang peringkat terpaten yang diperbuat daripada karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkesan menyingkirkan lebih daripada 140 bendasing namun mengekalkan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium. Selain itu, Lampu ultraungu (UV) memusnahkan sehingga 99.99% bakteria dan virus dalam air minum.

Tidak hairanlah Sistem Rawatan Air eSpring merupakan sistem rawatan air di rumah yang pertama di dunia memenuhi atau melangkaui tiga standard kualiti air yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, selaras dengan syarat-syarat ketat National Sanitation Foundation/American National Standards Institute:

  • Standard 42, yang menguji sistem untuk ciri-ciri estetik efluen
  • Standard 53, yang menguji sistem untuk keupayaan untuk menyingkirkan bahan cemar yang memudaratkan
  • Standard 55, yang menguji sistem rawatan air UV untuk keberkesanan kawalan mikrob

Jelaslah bahawa komitmen kami terhadap kualiti dan inovasi sepanjang tahun ini telah banyak menyumbang kepada kebolehpercayaan kedua-dua jenama ini.

Kami amat harap akan meraikan lebih banyak kejayaan pada tahun-tahun akan datang!



*Dakwaan: Nutrilite ialah jenama suplemen vitamin dan diet #1 di dunia dari segi jualan

Tarikh Disahkan: 12 Mei 2023

Metodologi: Sumber untuk pengesahan dakwaan ialah pangkalan data pensaizan pasaran GlobalData yang mengandungi saiz pasaran kategori dan bahagian jenama untuk pelbagai produk nutrien dan suplemen di lebih 200 negara di seluruh dunia. Berdasarkan bahagian nilai runcit. Sila ambil maklum bahawa Nutrilite termasuk jualan kedua-dua produk berjenama Nutrilite dan Nutriway.