Floating Icon
20 SEP 2024 ACARA 2 MINIT BACA 0 BERKONGSI

Hari GUTPROtein 2024: Penemuan Untuk Kesihatan Usus yang Lebih Baik

Siapa sangka bahawa beribu-ribu peminat kesihatan usus ingin meluangkan hari Ahad mereka yang berharga untuk menerokai rahsia kesihatan usus? Terbuka kepada semua ABO dan APC, lebih 4,000 pelawat berkumpul di Ibu Pejabat Amway Malaysia di Petaling Jaya pada 21 Julai 2024 untuk Hari GUTPROtein 2024 yang julung kali diadakan.

Di bawah tema yang menarik iaitu “Hidup Bermula Dengan Protein. Kesihatan Dikuasakan Oleh Usus", para ABO dan APC begitu tertarik dengan suasana seperti karnival yang meriah. Tempat itu tampak hidup dengan banyak gerai dan aktiviti untuk meraikan kuasa transformatif kesihatan usus.

Sesi Berwawasan Bersama Penceramah Pakar

Dr. Yosep Ji, Co-Founder & CEO of Human Effective Microbes (HEM) Pharma Inc.jpg

Salah satu sorotan penting pada hari itu ialah ceramah bertajuk “Wawasan GUTPROtein tentang Kesihatan Usus & Pemakanan”. Dr. Yosep Ji, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Human Effective Microbes (HEM) Pharma Inc., memulakannya dengan menyelami mikrobiom usus dan sains kesihatan usus, disokong oleh data penyelidikan Amway yang meluas. Beliau adalah pemenang pelbagai anugerah saintis berkaitan mikrobiom di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia, serta pengarang bersama lebih 40 kertas penyelidikan.

Turut bersama ialah Dr. Shyam Ramakrishnan, Ketua Pasaran Baharu Muncul, Inovasi & Sains di Amway Global, yang menekankan peranan penting probiotik, protein dan prebiotik dalam kesihatan usus, memfokuskan pada kesan protein soya dalam menguatkan lapisan usus.

Dr. Shyam Ramakrishnan, Head of Emerging Markets, Innovation & Science at Amway Global.jpg

Beliau mengetuai sepasukan 30 ahli di Amway Global yang memfokuskan pada inovasi produk pemakanan, menjalankan pemprofilan protein berasaskan tumbuhan diet termaju, dan memberikan pengaruh yang kuat dalam hala tuju R&D untuk membangunkan pasaran Asia seperti India, Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Sungguhpun ceramah itu diadakan di Dewan Latihan secara eksklusif untuk pemimpin, ia juga tersedia kepada semua ABO dan APC di Pusat Pengalaman Jenama dan Bilik Latihan melalui penstriman langsung, membolehkan semua orang mendapat manfaat daripada perbincangan yang amat dinanti-nantikan dan bernas itu.

Meneroka Zon Pengalaman Usus

Zon Pengalaman Usus, satu lagi kemuncak acara itu, menawarkan pengalaman yang imersif dan sensorial (deria) bersaiz manusia ke dalam sistem penghadaman. Bermula dari mulut, ke esofagus, perut dan berakhir di usus, struktur itu menawarkan sedikit maklumat untuk membantu pelawat memahami peranan setiap organ dan kerumitan mikrobiom usus semasa mereka melawat setiap bahagian.

Exploring The Gut Experience Zone.jpg

Selepas itu, terdapat paparan 3D berwarna-warni yang besar yang mempamerkan peranan penting mikrobiom usus dalam penghadaman, penyerapan nutrien, fungsi imun, kesihatan kulit dan banyak lagi. Ia kemudiannya diakhiri dengan dinding foto 'Apa Yang Mungkin Diberitahu Oleh Warna Najis Anda' di mana pelawat mempelajari bagaimana mikrobiom usus boleh mempengaruhi warna najis mereka, sambil mengambil gambar dengan sarung kepala berbentuk najis yang comel.

Pusat Pengalaman Nutrilite Imersif

Acara itu juga menyaksikan pembukaan bahagian Nutrilite yang baru diubah suai di Pusat Pengalaman Jenama oleh Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia & Brunei, Indonesia dan Singapura, dan Jason Leng, Pengurus Besar Amway Malaysia & Brunei, selepas majlis pemotongan reben yang ringkas bersama beberapa Pemimpin Duta Mahkota Pengasas dan Duta Mahkota kami yang dihormati dan ahli Pengurusan Utama kami. Para tetamu VIP kemudiannya dibawa untuk mengikuti lawatan pantas ke bahagian tersebut.

Brand Experience Centre.jpg

Terbahagi kepada beberapa segmen, bahagian Nutrilite bagi Pusat Pengalaman Jenama dimulakan dengan pameran Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey dan testimoni para peserta yang telah menurunkan berat badan dan/atau meningkatkan tahap kesihatan mereka selepas menjalani program tersebut. Seterusnya ialah Terowong Sejarah Nutrilite yang menandakan pelbagai pencapaian penting jenama itu, paparan amalan perladangan mampan Nutrilite dan sudut foto ladang-ladang Nutrilite yang disahkan organik.

Lawatan itu juga termasuk pameran tentang tonggak Nutrilite, seperti Kuasa Fitonutrien, Dinding Kebolehjejakan, Sains & Inovasi, Biji Benih hingga Suplemen, dan bilik penilaian kesihatan Nutrilite, di mana ABO dan APC boleh menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mereka yang membeli Pas Saringan Kesihatan oleh Innoquest.

Terdapat juga bahagian khusus yang menampilkan Kesihatan Asas GUTPROtein, Sains Di Sebalik GUTPROtein serta penyelesaian kesihatan yang diperibadikan melangkaui GUTPROtein. Pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut dengan melayari laman web Kesihatan Asas GUTPROtein, www.amway.my/gut-protein.

Aktiviti dan Gerai yang Menarik

Satu lagi kemuncak Hari GUTPROtein 2024 ialah berpeluang mencuba Minuman Kocak GUTPROtein secara percuma, yang terdiri daripada Minuman Protein Soya Nutrilite, Nutrilite Mixed Fiber Powder dan Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics. Ia membolehkan semua orang mengalami kesan bermanfaatnya terhadap kesihatan usus secara langsung dalam semua perisa Minuman Protein Soya Nutrilite yang berbeza. Terdapat juga dinding foto Kesihatan Asas GUTPROtein untuk peserta berswafoto.

Para peserta juga bersungguh-sungguh terlibat dalam permainan seperti BEC Treasure Hunt, dan cabaran senaman seperti cabaran Gintell Walking Pad, Metal Buzzer, Power Bike dan Power Shake, kerana tertarik dengan ganjaran yang menarik dan penebusan hadiah.

Product Pavilion juga begitu meriah dengan keterujaan apabila beribu-ribu peserta mengambil kesempatan daripada tawaran dan pemberian satu hari yang eksklusif. Selepas puas melakukan aktiviti fizikal, para hadirin menikmati pula pelbagai makanan sihat dari pelbagai gerai dan trak makanan.

Hari Pembelajaran dan Penglibatan

A Day of Learning and Engagement.jpg

Hari GUTPROtein 2024 bukan sekadar sebuah acara tetapi perjalanan yang penuh dengan pembelajaran dan penglibatan. Para hadirin, baik fizikal mahupun maya, mendapat pemahaman yang tidak ternilai tentang kepentingan kesihatan usus. Kejayaan acara ini menekankan komitmen Amway terhadap penyelesaian inovatif untuk kesihatan dan kesejahteraan, menetapkan satu duluan yang positif untuk inisiatif masa depan.