Floating Icon
29 DEC 2023 ACARA 2 MINIT BACA 122 LIHAT 0 BERKONGSI

Hari Pengalaman Nutrilite: Perjalanan Ke Arah Kesejahteraan dan Inovasi Selama 90 Tahun

Amway Malaysia meraikan pencapaian penting dengan Hari Pengalaman Nutrilite, acara memukau yang diadakan pada 26 Okt 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Pengalaman mendalam ini memulakan sambutan ulang tahun ke-90 Nutrilite yang menjadi bukti dedikasi selama hampir satu abad untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan global.

Nut-edxperience-day-1.jpg

Hampir 7,000 hadirin yang terdiri daripada Pemimpin Malaysia, APC, ABO, tetamu serta Pemimpin dari Singapura, Brunei dan Indonesia, menyertai ekstravaganza selama sehari ini. Acara terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza, iaitu Hari Pengalaman Nutrilite (ekspo) yang menjadi tumpuan pada waktu siang dan Rali Kepimpinan Eksklusif pada waktu malam.

Nut-edxperience-day-2.jpg

Di ekspo itu, ABO dan APC melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, termasuk Terowong Masa Nutrilite, perjalanan menyusuri sejarah jenama yang mengagumkan. Dinding kebolehjejakan interaktif mempamerkan komitmen Nutrilite terhadap ketulenan dan keselamatan. Para hadirin juga berpeluang untuk memperoleh maklumat mendalam tentang amalan teliti yang dilaksanakan di Ladang Organik Nutrilite dan memahami kepentingan lima warna fitonutrien yang berkuasa. Sementara itu, reruai Set Semula Usus menawarkan sampel smoothie set semula usus yang sejajar dengan fokus Amway terhadap penyelesaian kesihatan holistik. Para hadirin juga menikmati pelbagai permainan, menjadikan ekspo ini sebagai pengalaman yang dinamik dan sangat menarik.

Nut-edxperience-day-3.jpg

Untuk menambahkan sentuhan bintang pada hari itu, atlet negara dan Duta Nutrilite Nur Dhabitah Sabri, penerjun negara dan Goh Sze Fei, pemain badminton negara, membuat penampilan istimewa. Berkongsi kisah Nutrilite masing-masing dan menjawab soalan, mereka membawakan perspektif dunia sebenar tentang bagaimana mereka menjalani kehidupan yang terbaik dengan Nutrilite.

Nut-edxperience-day-4.jpg

Apabila matahari terbenam, tiba masanya untuk Rali Kepimpinan Eksklusif yang menjadi puncak inspirasi dan kebijaksanaan. Acara itu menyaksikan kehadiran tetamu terhormat, termasuk Dr. Sam Rehnborg, Presiden Institut Kesihatan Nutrilite yang juga anak lelaki kepada pengasas Nutrilite, Carl Rehnborg; Pengerusi Bersama Amway Doug DeVos dan Steve Van Andel; Ketua Pegawai Eksekutif Amway, Milind Pant dan Presiden Serantau Amway Asia, Asha Gupta.

Nut-edxperience-day-5.jpg

Di rali ini, mereka saling berkongsi perspektif global dan bercakap tentang hala tuju Amway pada masa depan. Di samping menekankan bahawa Amway bukan sahaja peneraju dalam kesihatan dan kesejahteraan tetapi juga pemangkin kepada perubahan positif, mereka menegaskan komitmen teguh terhadap penyelesaian “BIG Health”. Komitmen ini ditunjukkan dengan cara menyediakan pendekatan inovatif untuk kesihatan dan kesejahteraan melalui program penjualan dan pemasaran.

Nut-edxperience-day-7.jpg

Sambutan ini selaras dengan agenda kesihatan dan kesejahteraan Amway yang lebih luas seperti yang ditunjukkan oleh Program Pengurusan Berat Badan Semula Usus yang dilancarkan baru-baru ini. Program yang dimulakan pada Mac 2023 ini, memfokuskan pada menggalakkan kesihatan usus, satu aspek yang sangat penting dalam kesejahteraan keseluruhan.

Nut-edxperience-day-6.jpg

Berucap pada majlis itu, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, Mike Duong, menekankan kepentingan Program Pengurusan Berat Badan Semula Usus dalam mengukuhkan kedudukan pasaran global Nutrilite dengan menyatakan, “Amway dan Nutrilite menyokong sepenuh hati usaha Kerajaan Malaysia untuk menangani cabaran penyakit NCD (penyakit tak berjangkit) yang semakin meningkat.”

Untuk menekankan impak positif Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus, persembahan yang penuh makna oleh peserta program ini telah mencuri tumpuan pada malam itu. Suara merdu mereka berkongsi perjalanan peribadi tentang perjuangan dan kejayaan ke arah kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia. Kisah mereka menyentuh hati semua hadirin – malah menyebabkan air mata Mike Duong menitis.

Akhir sekali, Joanne Chong, Ketua Pegawai Pemasaran dan Jennifer Wang, Ketua Pegawai Jualan dan Pengalaman, menekankan nilai yang dibawa oleh Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus kepada rakyat Malaysia dan kepentingan membina komuniti untuk perniagaan yang mampan. Pemimpin terpilih telah dijemput untuk berkongsi kisah mereka, mewujudkan rasa perpaduan dan maltlamat dalam kalangan para hadirin.

Hari Pengalaman Nutrilite bukan sahaja menampilkan evolusi Nutrilite selama 90 tahun, tetapi juga mencetuskan semangat untuk masa depan. Dengan keterujaan yang bertenaga dan kisah-kisah transformasi yang memberikan inspirasi, acara ini menandakan satu babak penting dalam legasi Nutrilite. Ketika sambutan ulang tahun ke-90 tiba di kemuncaknya, komuniti Nutrilite bersatu dalam komitmennya untuk menggalakkan lebih ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif yang sihat dengan sepenuh hati.