Floating Icon
04 NOV 2023 ACARA 2 MINIT BACA 331 LIHAT 1 BERKONGSI

Kem Kecantikan ARTISTRY 2023

Pada 29 September 2023, ABO kami dari seluruh Malaysia dan Singapura berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Tujuan mereka adalah untuk memperoleh kemahiran baharu dan menjadi antara yang pertama mengalami ARTISTRY LABS Retexturizing System.



Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Indonesia dan Brunei. Beliau sekali lagi mengatakan kepentingan aspek kecantikan luaran dan juga dalaman, menekankan kepentingan tabiat gaya hidup yang sihat.

Seterusnya, kami mendengar ucapan Duta Mahkota Pengasas Eva Wong yang berkongsi kisah kejayaannya. Semasa sesi ini, beliau memberikan pemahaman berharga tentang bagaimana beliau mengembangkan perniagaan ARTISTRY sehingga menjadi empayar yang berkembang maju pada hari ini.

Duta Mahkota Pengasas Eva Wong memang dikenali dengan kecantikannya yang tidak dimamah usia. Beliau berbesar hati menunjukkan kepada kami rejimen penjagaan kulit yang menjadikannya awet muda.



Selepas itu, Intan Eksekutif Pengasas Norul Huda Musa berkongsi rahsia dan strateginya untuk membina dan memupuk komuniti kecantikan. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah pentingnya sentiasa mengetahui tentang aliran kecantikan terkini.

Aktiviti Menarik untuk ABO Kami

Semasa berhenti rehat untuk jamuan ringan, aktiviti tambahan menanti ABO kami di ruang legar. Sudut Pengalaman ARTISTRY LABS menawarkan peluang kepada ABO untuk meneroka rangkaian produk baharu ini, mengambil bahagian dalam permainan dan bereksperimen dengan ‘filter’ Instagram serta berpeluang untuk menerima hadiah.

Pastinya acara ARTISTRY tidak akan lengkap tanpa penyertaan kios foto. Kios foto ini membolehkan ABO kami menghasilkan Kandungan Dijana Pengguna (UGC) yang mengujakan untuk meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap mereka dan jenama ARTISTRY.



Sekilas Pandang Pelancaran ARTISTRY Akan Datang

ABO kami disajikan pratonton eksklusif ARTISTRY Future Glow, koleksi keperluan mekap harian yang bakal dilancarkan termasuk produk muka dan mata, yang menjaga kulit anda di Bar Kecantikan ARTISTRY. Rangkaian baharu ini dijadualkan akan dilancarkan pada 1 November 2023.





Meneroka Rangkaian ARTISTRY LABS Secara Mendalam

Selepas itu, ABO kami kembali ke sesi pendidikan mereka, mengambil bahagian dalam bengkel Produk dan Jenama ARTISTRY. Bengkel ini dijalankan dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Mandarin untuk memastikan kebolehcapaian bakal usahawan kecantikan dan juga yang sudah berpengalaman.



Tambahan pula, kami berbesar hati menerima kunjungan Dr. Rong Kong, Saintis Penyelidikan Utama Amway dalam Sains Kulit, saintis di sebalik siri penjagaan kulit baharu ini. Sebagai pakar dalam rawatan kulit tak invasif, Dr. Rong Kong berkongsi sains dan teknologi sistem ARTISTRY LABS. ABO kami mendengar dengan tekun sambil mengambil nota, yang pastinya sangat berharga apabila mereka menyampaikan maklumat ini kepada pelanggan mereka.

Sebagai penutup acara ini, ABO kami mengambil bahagian dalam upacara tamat kursus rasmi dan mereka peluang untuk mengambil gambar berkumpulan bersama penceramah dan Pemimpin kami.

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada ABO kami dan semoga mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam perniagaan ARTISTRY mereka, memanfaatkan kemahiran dan inspirasi yang diperoleh dalam kem kecantikan sehari ini untuk meningkatkan keyakinan dan prospek perniagaan mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang ARTISTRY di sini