Floating Icon
09 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1347 LIHAT 67 BERKONGSI

8 Tip Untuk Kekal Bertenaga Ketika Haid



Emosi menjadi kucar-kacir kerana perubahan hormon

Tiba-tiba rasa hendak marah, sedih, menangis, resah, risau atau panik tidak tentu hala. Tahu-tahu sahaja anda sedang menghadapi sindrom prahaid. Sebaiknya, fahami situasi ini yang disebabkan oleh perubahan hormon beberapa hari sebelum datang bulan.

Pakar perubatan percaya keadaan ini berlaku akibat penurunan hormon estrogen dan progesteron yang berlaku selepas ovulasi dan merangsang perubahan emosi. Hormon-hormon ini mengurangkan rembesan serotonin yang turut dikenali sebagai ‘happy hormone’ dan membawa kepada keadaan emosi yang kucar-kacir.

Keadaan ini bertambah buruk dengan senggugut atau kekejangan otot perut, keletihan melampau akibat kehilangan darah, sakit kepala dan sebagainya. Apabila mood atau emosi tidak seimbang, ia pasti akan merosakkan hari anda. Bagi mengelakkan dan mengurangkan kesan itu, berikut ada disenaraikan beberapa tip untuk memperbaiki emosi dan menambah baik mood anda ketika PMS.

Tip untuk memperbaiki mood agar kekal bertenaga ketika haid



  1. Gerakkan tubuh anda, bersenam!

Berehatlah tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Ada banyak senaman ringan yang boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen serta menjadikan anda lebih ceria. Ia juga mengurangkan sakit-sakit, senggugut dan membantu dalam rembesan hormon serotonin.



2. Minum air, simpan bekalan sepanjang masa

Mengekalkan penghidratan adalah salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk memberi keselesaan kepada tubuh anda. Ia membantu anda kekal terhidrat, mengurangkan senggugut yang teruk, melancarkan aliran darah dan merehatkan tubuh.

 



3. Simpan sekeping coklat gelap

Menjadi satu kebiasaan yang komersial untuk mengaitkan wanita degan coklat. Mungkin ada benarnya tetapi pilihlah coklat gelap yang lebih sihat. Kandungan koko membantu dalam kekejangan haid dan juga mengurangkan simptom tekanan yang mana turut memberi kesan kepada perubahan mood. Gula dalam coklat gelap meningkatkan hormon serotonin dan menjadikan anda lebih gembira.



4. Sertakan lemak sihat dalam diet anda

Tidak salah mengambil makanan yang ada kandungan lemak tetapi pastikan ia lemak yang sihat daripada sumber makanan seperti ikan, telur, avakado, kekacang dan sebagainya. Lemak sihat ini akan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kembung perut, kesakitan dan tekanan. Malah, ia juga mengembalikan mood baik anda.

 



5. Berehat dan tidur merupakan penawar untuk kekal bertenaga

Tahukah anda bahawa tidur atau rehat yang mencukupi adalah penting ketika datang bulan agar tubuh anda kembali segar dan bertenaga?

 



6. Utamakan pengambilan magnesium dan kalsium

Nutrilite Cal Mag D Plus merupakan sumber magnesium dan kalsium dengan gabungan Vitamin D untuk memberikan keseimbangan emosi dan kekuatan fizikal. Magnesium misalnya akan merehatkan otot dan membekalkan tenaga, manakala kalsium penting untuk mengurangkan kembung perut dan keletihan. Vitamin D pula meredakan kekejangan dan mengembalikan semula kadar vitamin dalam tubuh.

7. Suplemen 3 sekawan, Trio Asas Plus

Apabila bercakap mengenai masalah haid, zat protein, asid lemak omega dan vitamin serta mineral tidak boleh diketepikan. Nutrilite memperkenalkan Trio Asas Plus yang mengandungi  Minuman Protein Soya Nutrilite, Nutrilite Salmon Omega Complex dan Nutrilite Double X Formula Ditambah Baik. Protein membantu menguatkan otot rahim dan mengelakkan kekejangan. Asid lemak omega pula merupakan suplemen untuk mengurangkan keradangan pada oto[VJ1] [JC2] t. Akhir sekali, Nutrilite DOUBLE X Formula Ditambah Baik yang mengandungi vitamin, mineral dan fitonutrien pula memberikan manfaat antioksidan dan kesihatan yang luas dengan meneutralkan radikal bebas yang berlebihan secara reaktif dan proaktif untuk mengekalkan kesihatan. 

 



8. Luangkan masa dengan alam semula jadi

Akhir sekali, keluar berjalan dan cuba dekatkan diri dengan alam sekitar. Udara yang nyaman, pemandangan yang hijau, berjalan kaki, semua ini dapat memberikan rasa tenang sekali gus meningkatkan mood anda.

Sumber:

Freedman, Ellen. “Core Symptoms That Discriminate Premenstrual Syndrome.” Journal of Women’s Health. Web. 20(1): 29–35. January 2011. 

“Physical activity and your menstrual cycle.” US Department of Health. US Department of Health. December 27, 2018.

University of Virginia Health System. "Frequency of premenstrual anxiety, mood swings a public health issue, study finds: More than 64% of women experience mood swings or anxiety." ScienceDaily. ScienceDaily, 6 September 2022.