Apabila semakin tua, biasanya kita menjadi lebih sedar tentang kesihatan keseluruhan, terutamanya yang berkaitan dengan mobiliti. Walau bagaimanapun, salah tanggapan yang biasa ialah kebimbangan mobiliti ialah sesuatu yang perlu dibimbangkan pada usia tua sahaja.
Hakikatnya, mobiliti harus menjadi keutamaan bagi semua orang, tanpa mengira umur.
Saya belum tua lagi! Mengapa saya harus menjaga mobiliti saya?
Fakta: Dari umur 30 tahun, anda mula hilang ketumpatan tulang dan jisim otot. Ini boleh menimbulkan ketegangan dan kesakitan pada sendi anda.1 Ini perkara biasa dalam kalangan belia dewasa yang pernah mengalami kecederaan sendi seperti kecederaan sukan dan kemalangan.
Memahami Akibat Mengabaikan Mobiliti Anda
Untuk benar-benar memahami kepentingan menjaga mobiliti anda, sangat penting untuk mengetahui apa yang berlaku jika anda tidak menjaganya. Kita harus menerima hakikat – mencegah SENTIASA lebih baik daripada mengubati.
Peningkatan risiko masalah berkaitan sendi
Mengabaikan mobiliti anda boleh menyebabkan keadaan seperti osteoartritis, artritis reumatoid dan keradangan lain yang menjejaskan kualiti hidup yang menyebabkan anda sukar melakuan tugas mudah dan mengalami sakit kronik.
Mobiliti terhad dan kefungsian berkurangan
Sakit dan kekakuan di sekitar lutut dan sendi siku boleh mengehadkan julat pergerakan dan menyukarkan anda untuk melakukan aktiviti harian seperti berjalan, menaiki tangga, malah bangun dari kerusi. Dengan mengambil langkah proaktif untuk mengekalkan mobiliti yang sihat, anda boleh mencegah pengehadan ini dan terus menikmati gaya hidup yang aktif.
Kami Mengesyorkan: Minuman Protein Soya Campuran Dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite
Untuk memerangi cabaran mobiliti terjejas pada sebarang umur, kami mengesyorkan Minuman Protein Soya Campuran Dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite . Produk inovatif ini diperkuat dengan bahan-bahan berkuasa yang menyumbang kepada fungsi mobiliti yang lebih kuat dan lebih sihat.
Dwipeptida (Soya & Kacang Pis) - Menguatkan otot di sekeliling sendi. Mengurangkan keradangan dan kesakitan.1,2
Gabungan peptida soya dan kacang pis dalam produk Nutrilite ini membantu menguatkan otot di sekeliling sendi anda. Ini bukan sahaja memberikan sokongan, tetapi juga membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan, sekali gus meningkatkan kesihatan sendi dan keselesaan keseluruhan.1,2.
Aloe Vera bersumberkan NutriCert™ - Antiradang
Aloe vera telah lama dikenali dengan ciri antiradangnya. Tetapi di Nutrilite, kami mengambil beberapa langkah lagi dengan mendapatkan sumber aloe vera dari ladang yang diperakui NutriCert™ untuk memastikan kualiti dan keberkesanan tertinggi. Dengan memasukkan Aloe Vera dalam minuman, ia membantu melegakan keradangan sendi dan ketidakselesaan yang berkaitan dengannya.2
Protein Tumbuhan Tiga Campuran (Protein Soya, Kacang Pis & Gandum) –Mengandungi 9 asid amino perlu. Penting untuk pertumbuhan otot yang membantu meningkatkan mobiliti.33
Minuman Protein Soya Campuran dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite mengandungi protein tumbuhan tiga campuran yang terdiri daripada protein soya, kacang pis & gandum. Campuran unik ini membekalkan semua 9 asid amino perlu yang penting untuk pertumbuhan otot di samping menggalakkan kefleksibelan dan mobiliti.1
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Minuman Protein Soya Campuran dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite? Baca: https://amwaynow.my/en/articles/a-new-nutrilite-protein-drink-to-help-enhance-mobility-amwaynow
Jaga Mobiliti Anda dengan Nutrilite
Sama ada anda sudah menjalani gaya hidup aktif atau sekadar merancang untuk mula aktif, pastikan badan anda dilengkapi dengan sokongan nutrisi yang tepat! Nutrilite juga mempunyai saranan yang tepat selain Minuman Protein Soya Campuran dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite untuk manfaat maksimum:
Membekalkan nutrien dan mineral yang optimum untuk tulang yang lebih kuat dan lebih sihat. Ia juga mengisi jurang yang yang sentiasa wujud antara jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan dan pengambilan kalsium harian anda.
Pengambilan yang disyorkan: Ambil satu (1) tablet tiga (3) kali sehari, dengan sajian anda.
Meningkatkan kesihatan sendi dan mobiliti. Ia juga berkesan sebagai terapi adjuvan untuk osteoartritis.
Pengambilan yang disyorkan: Ambil dua (2) kapsul dua (2) kali sehari, sebaik-baiknya dengan sajian.
Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite
Kolagen membentuk 75%-80% daripada protein kulit dan merupakan protein yang paling banyak dalam badan kita, ia juga blok binaan utama untuk tulang. Itulah sebabnya untuk memastikan tulang sentiasa memperoleh khasiat, kita memerlukan peptida kolagen – yang diperoleh selepas memecahkan molekul kolagen lengkap supaya ia diserap dengan lebih baik dalam aliran darah kerana ia mempunyai rantai asid amino yang jauh lebih pendek daripada kolagen.
Petua pengambilan Nutrilite untuk otot dan sendi yang lebih kuat: Ambil satu (1) paket Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite dengan dua (2) skup Minuman Protein Soya Campuran dengan Peptida & Aloe Vera Nutrilite. Kacau sebati dan minum.
Sumber:
1. Gorissen, S. H. M. et al. Protein content and amino acid composition of commercially available plant-based protein isolates. Amino Acids 50, 1685–1695 (2018)
2. Paul, S. et al. Futur J Pharm Sci 7, 12 (2021)
3. Jia, Shaohui et al. “Pea Peptide Supplementation in Conjunction With Resistance Exercise Promotes Gains in Muscle Mass and Strength.” Frontiers in nutrition vol. 9 878229