Floating Icon
09 FEB 2024 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 328 LIHAT 41 BERKONGSI

Set Semula Usus: Santapan Fikiran

Food-for-thought_750.jpg

Santapan Fikiran

Pernahkah gerak hati anda mengatakan ada sesuatu yang tidak betul? Ternyata hubungan antara usus dan otak kita lebih daripada sekadar perasaan. Usus kita adalah rumah kepada bertrilion-trilion organisma kecil seperti bakteria dan kulat. Ia dipanggil microbiom usus. Organisma kecil ini memberikan impak besar kepada kesihatan keseluruhan kita, termasuk kesihatan otak, mood dan tingkah laku kita.

The_gut_microbiome_is_diverse-2.jpg

Paksi Usus-Otak 

Salah satu cara mikrobiom usus mempengaruhi otak adalah melalui sistem komunikasi yang dipanggil paksi usus-otak. Ini seperti lebuh raya yang menghubungkan usus dan otak serta membolehkannya bercakap antara satu sama lain.

Mikrobiom usus mempengaruhi otak melalui penghasilan bahan kimia yang dipanggil neurotransmiter. Bahan kimia ini boleh memberikan kesan besar kepada mood, keresahan dan tahap tekanan kita. Malah, sesetengah penyelidik mencadangkan bahawa keadaan kesihatan mental tertentu seperti kemurungan dan keresahan mungkin berkaitan dengan ketidakseimbangan neurotransmiter ini.

Gut_Brain_Axis-3.jpg

Tetapi paksi usus-otak bukan tentang neurotransmiter sahaja. Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa mikrobiom usus memainkan peranan penting dalam mengawal atur sistem imun kita. Bakteria usus boleh mempengaruhi pengeluaran protein dipanggil sitokin, yang membantu mengawal atur keradangan dalam badan. Keradangan juga dikaitkan dengan pelbagai gangguan otak, termasuk kemurungan, keresahan dan penyakit Alzheimer.

Gut-Reset-Food-For-Thought-750.jpg

Bagaimana pula dengan tingkah laku? Kajian juga mendapati bahawa perubahan dalam mikrobiom usus boleh memberikan kesan ketara ke atas tingkah laku. Dalam satu kajian, tikus yang menerima pemindahan najis daripada manusia yang mengalami tekanan menunjukkan tingkah laku seperti kemurungan, manakala tikus yang menerima pemindahan daripada manusia yang sihat tidak begitu. Ini menunjukkan bahawa perubahan dalam mikrobiom usus boleh menjejaskan mood dan tingkah laku secara langsung.

Kesihatan Usus Anda Penting

Jadi, apa makna semua ini kepada kita sebagai individu? Ini bermakna kita perlu mula memberikan lebih perhatian kepada kesihatan usus jika kita mahu menyokong kesihatan mental kita secara keseluruhan. Makan diet sihat yang kaya dengan serat dan nutrien-nutrien lain boleh membantu menyokong mikrobiom usus yang sihat dan memastikan gula darah kita stabil. Manakala memperkenalkan probiotik dalam diet kita – sama ada melalui makanan seperti yogurt atau suplemen – juga boleh membantu menyokong kesihatan usus kita.

Healthy-Diet_-Healthy-Gut-5.jpg

Kita adalah apa yang kita makan, dan apa yang kita makan boleh memberikan kesan besar terhadap kesihatan usus kita. Ini seterusnya boleh menjejaskan otak, mood, malah tingkah laku kita. Dengan menjaga mikrobiom usus, kita boleh menambah baik kesihatan mental dan kesejahteraan keseluruhan kita. Masih belum terlambat untuk mula membuat pilihan makanan yang lebih sihat dan memperkenalkan probiotik dalam diet kita, jadi mari berikan usus dan otak kita khasiat yang sepatutnya.

Terokai Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey Baharu Untuk Diri Anda Yang Lebih Sihat Dan Lebih Ceria!

Dapatkan semua alat yang anda perlukan untuk usus yang sihat dengan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey baharu. Program ini memecahkan halangan pengurusan berat badan anda dengan membantu menetapkan semula dan mengimbangi semula mekanisme semula jadi badan anda, membina tabiat positif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih ceria.

Berikut perkara yang berpotensi anda peroleh daripada program ini:

  • Pengurusan berat badan yang lebih berkesan
  • Menambah baik pencernaan
  • Menambah baik paras serotonin (hormon gembira) untuk mood dan kesejahteraan mental yang lebih baik
  • Menguruskan masalah metabolik seperti glukosa darah, kolesterol darah dan tekanan darah


Ketahui lebih lanjut tentang Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey di sini.

Sumber: