Floating Icon
01 SEP 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 854 LIHAT 80 BERKONGSI

Adakah Anda Berisiko Mengalami Paras Kolesterol Tinggi? Amalkan Gaya Hidup Sihat untuk Jantung

Unlock Healthy Circulation!

Lancarkan Peredaran yang Sihat

Paras kolesterol penting untuk dipertimbangkan semasa menilai kesihatan keseluruhan seseorang.

Apabila nisbah kolesterol jahat lebih tinggi daripada kolesterol baik, ini petanda peningkatan jumlah kolesterol. Jumlah paras kolesterol yang tinggi tidak baik untuk badan kerana ia meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Ketahui lebih lanjut tentang kolesterol baik dan jahat dalam artikel sebelumnya, Mendedahkan Kebenaran tentang Kolesterol Baik dan Jahat



Tahukah anda 4 dalam 10 orang di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi? Yang mengejutkan, 1 daripada 4 tidak menyedarinya!1 Jadi, jika anda membaca artikel ini, anggaplah ini sebagai tanda untuk tidak menjadi sebahagian daripada statistik.

Saya mahu paras kolesterol yang sihat! Bagaimana saya hendak bermula?

Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat akan membantu anda mengekalkan paras kolesterol yang sihat, untuk kebaikan kesihatan jantung anda. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengubah hidup anda secara drastik dalam sekelip mata. Berikut ialah 4 cara mudah untuk anda bermula.

Mula Makan Diet Seimbang



Makan makanan dan snek yang sihat tidak perlu rumit.

Untuk menurunkan jumlah paras kolesterol anda, sasarkan untuk meningkatkan pengambilan bijirin tulen, serat, vitamin, mineral dan lemak sihat2. Cara fleksibel untuk membina Pinggan Sihat adalah dengan menggunakan Suku Suku Separuh untuk diet seimbang – sasarkan untuk mengisi 1 suku pinggan anda dengan karbohidrat, 1 suku dengan protein dan separuh pinggan anda dengan pelbagai jenis sayur. Anda juga harus mempertimbangkan untuk mengurangkan makanan proses, goreng, berlemak dan masin.

Satu lagi ancaman tersembunyi yang mungkin anda tidak sedari ialah minuman bergula2. Jadi, apabila anda memesan teh tarik atau Kopi O selepas ini, pastikan anda meminta kurang manis atau terus pilih tanpa gula. Percayalah, janji badan yang lebih sihat sudah cukup manis, anda tidak memerlukan gula tambahan dalam minuman anda!

Untuk lebih banyak inspirasi resipi yang menyihatkan jantung, lihat Resipi | AmwayNow.

Mula Bergerak



Sebiji epal 10,000 langkah sehari, menjauhkan anda daripada doktor!

Aktiviti fizikal harian seperti berjalan, berlari atau berenang, boleh membantu menurunkan paras kolesterol jahat. Sasarkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap hari, 5 hari seminggu dan badan anda akan mendapat manfaatnya.

Hentikan Tabiat Buruk

Tabiat gaya hidup sihat ialah asas kesihatan yang baik manakala tabiat tidak sihat seperti merokok boleh merosakkan asas anda.



Hakikatnya, perokok cenderung mengalami peningkatan paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL, atau kolesterol jahat) dan penurunan paras lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL, atau kolesterol baik). Jika anda masih merokok sekali-sekala, sekarang ialah masa yang baik untuk berhenti merokok dan mula mengutamakan tabiat yang sihat.

Ambil Suplemen Kesihatan Semula Jadi

Suplemen kesihatan semula jadi boleh memberikan sokongan tambahan kepada diet dan rutin senaman anda.



Contohnya, ambil Protein Soya Campuran & Lesitin dengan Vitamin E Nutrilite. Ia suplemen berkuasa yang dirumus khas untuk membantu mengurangkan paras kolesterol dengan tiga bahan utama: Lesitin Soya, Vitamin E dan Protein Soya.

Lesitin Soya

Membantu menggalakkan metabolisme lemak di dalam hati dan mengemulsikan lemak untuk peredaran yang sihat3 4.

Vitamin E

Antioksidan yang membantu mengekalkan kulit yang sihat5.

Asingan Protein Soya

Juga dikenali sebagai blok binaan badan, ia membantu dalam pembaikan sel dan tisu.





Setiap hidangan Protein Soya Campuran & Lesitin dengan Vitamin E Nutrilite mengandungi 880.8 mg lesitin serta bebas kolesterol dan mesra vegetarian. Dirumus dalam bentuk serbuk, ia mudah untuk dicampurkan dalam jus, smoothie, salad dan sajian lain.

Mulakan Gaya Hidup Sihat untuk Jantung Anda Hari Ini!

Dengan mengambil langkah-langkah kecil tetapi bermakna hari ini, seperti membuat pilihan makanan yang berkhasiat dan sihat, kerap bersenam, mengelakkan tabiat buruk dan mengambil suplemen semula jadi seperti Protein Soya Campuran & Lesitin dengan Vitamin E Nutrilite, anda boleh meningkatkan usaha ke arah gaya hidup sihat untuk jantung dengan berkesan dan serlahkan diri yang terbaik!

Rujukan:

  1. National Health & Morbidity Survey 2019
  2. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/cholesterol-healthy-eating-tips
  3. Influence of Soy Lecithin Administration on Hypercholesterolemia. Hindawi Publishing Corporation Cholesterol Volume 2010, Article ID 824813, 4 pages doi:10.1155/2010/824813
  4. Dietary phospholipids, hepatic lipid metabolism and cardiovascular disease. Jeffrey S. Cohn, Elaine Wat, Alvin Kamili and Sally Tandy. Nutrition and Metabolism Group, Heart Research Institute, Sydney, Australia; Current Opinion in Lipidology 2008, 19:257–262
  5. Research progress of lecithin. West China School of Pharmacy, Sichuan University (Chengdu 610041) Tao Li, Tianzhi Wang DOI: 10. 13863/j . issn1001-4454. 2002. 10. 030