Floating Icon
27 OCT 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 168 LIHAT 12 BERKONGSI

Bolehkah penulen udara benar-benar meningkatkan kualiti udara anda?

Dalam usaha untuk mendapatkan persekitaran hidup yang lebih sihat, penuras air dan juga penulen udara (terutamanya ketika musim jerebu) telah menjadi peranti yang sangat diperlukan untuk keluarga di seluruh dunia. Namun begitu, sejauh mana ia mudah digunakan tetap menjadi faktor utama berapa kerap produk berteknologi ini digunakan.

Kami telah pun meneroka bagaimana Sistem Rawatan Air eSpring yang memenangi anugerah ini memberikan akses mudah kepada air minum termineral yang bersih dan jernih. Untuk memenuhi tuntutan kehidupan yang serba pantas, mari kita terokai bagaimana aplikasi mudah alih memperkasa pengguna untuk mengawal penulen udara ketika mereka tiada di rumah, dan ketahui manfaat kualiti udara yang baik untuk anda dan keluarga anda.

Akses lancar kepada kualiti udara yang lebih baik

Tidak perlu lagi memikirkan cara mengendalikan alat kawalan penulen udara atau bergegas pulang ke rumah setelah meredah jerebu untuk melaraskan tetapannya. Dengan aplikasi mudah alih, mengawal penulen udara dari jauh semudah mengetik skrin telefon pintar anda. Aplikasi ini bersambung ke penulen udara melalui Wi-Fi, membolehkan anda menguruskan fungsinya dengan mudah dari mana-mana sahaja, sama ada ketika anda di tempat kerja atau membuat kerja suruhan.

Pemantauan kualiti udara waktu nyata

Salah satu kelebihan utama penyepaduan aplikasi mudah alih ialah keupayaannya untuk mengakses data kualiti udara waktu nyata. Aplikasi ini berkomunikasi dengan sensor terbina dalam penulen udara untuk memberikan maklumat terkini tentang kualiti udara, yang amat penting semasa musim jerebu.

Ini termasuk data penting tentang indeks kualiti udara, bahan cemar, alergen dan tahap kelembapan. Dengan pengetahuan penting di hujung jari anda, anda boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat untuk meningkatkan kualiti udara dan memastikan keluarga anda menghirup udara bersih dan segar sepanjang masa.

Penjadualan tersuai untuk kualiti udara yang sentiasa baik

Fungsi jarak jauh boleh juga boleh digunakan untuk ciri penjadualan, membolehkan anda menyusun rutin penulenan udara yang diperibadikan. Ini bermakna anda boleh menyesuaikan operasi penulen udara agar selaras dengan aktiviti dan pilihan harian anda dan keluarga anda. Contohnya, untuk membantu mencegah kesan jerebu.

Contohnya, anda boleh menetapkan peranti untuk berfungsi pada intensiti yang lebih tinggi semasa musim alahan atau melaraskannya ke mod yang lebih senyap semasa waktu tidur. Tahap penyesuaian ini mengoptimumkan prestasi penulen udara di samping memaksimumkan kecekapan tenaga.

Makluman dan pemberitahuan kualiti udara penting

Dengan aplikasi mudah alih, anda tidak perlu risau tentang terlupa memeriksa atau menukar penuras penulen udara atau prestasi keseluruhannya. Ia boleh menghantar pemberitahuan dan makluman tepat pada masanya kepada anda untuk mengingatkan tentang jadual penggantian penuras, keperluan penyelenggaraan dan perubahan kualiti udara yang kritikal.

Walaupun banyak punca jerebu yang mungkin sukar untuk ditangani, pendekatan proaktif ini menjamin pembersih udara anda terus berfungsi secara optimum, melindungi kesihatan keluarga anda dalam jangka panjang.

Kualiti udara yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik

Ingat, manfaat utama menggunakan aplikasi mudah alih untuk mengawal penulen udara anda dari jarak jauh ialah kesan langsungnya terhadap kesihatan dan kesejahteraan keluarga anda. Dengan mengekalkan udara bersih secara konsisten, risiko masalah pernafasan, alahan dan masalah kesihatan lain berkurangan dengan ketara.

Ini amat penting untuk ahli keluarga yang rentan seperti kanak-kanak, orang tua atau mereka yang mengalami masalah pernafasan yang mungkin bertambah teruk disebabkan jerebu. Menghirup udara yang ditulenkan menambah baik tidur, merangsang keimunan dan meningkatkan kualiti hidup keseluruhan untuk insan tersayang anda.

Manfaatkan kuasa teknologi untuk kualiti udara yang baik dengan aplikasi Atmosphere Connect

Menggabungkan aplikasi Atmosphere Connect dalam hidup anda membawa perubahan, merevolusikan cara anda berinteraksi dengan peranti dan meningkatkan kualiti udara keseluruhan di kediaman anda yang bebas jerebu. Anda boleh melaraskan tetapan dengan mudah, memantau status penuras udara dan memeriksa kualiti udara dalaman anda.

Berikut ialah beberapa ciri yang anda akan suka:

KAWALAN JAUH: Proses tetapan mudah untuk menggandingkan unit Atmosphere SKY dan/atau Atmosphere Mini anda ke peranti mudah alih melalui Wi-Fi atau Bluetooth, yang membolehkan anda melaraskan tetapan, menukar kelajuan kipas dan menjejaki penggunaan.

KUALITI UDARA DALAMAN: Menjejaki dan memantau kualiti udara dalaman anda.

STATUS PENURAS: Menjejaki penggunaan penuras, malah membeli penuras baharu terus di aplikasi Atmosphere Connect.

KUALITI UDARA LUARAN: Menerima maklumat pencemaran waktu nyata di kawasan anda, carian kawasan lain untuk melihat maklumat kualiti udara yang terkini dan menyimpan ciri kegemaran supaya anda boleh melihat kualiti udara dengan cepat di lokasi yang penting kepada anda.

KUNCI KANAK-KANAK: Anda boleh mengunci paparan unit dengan selamat supaya anak-anak atau haiwan peliharaan anda tidak menukar tetapan tanpa pengetahuan anda.

PENJADUALAN: Menetapkan jadual apabila anda mahu unit Atmosphere SKY dan/atau Atmosphere Mini dilaraskan ke mod tertentu.

PENDAFTARAN: Daftar unit atau penuras anda dalam aplikasi dengan hanya satu sentuhan.

RINGKASAN BULANAN: Laporan yang menunjukkan apa yang dilakukan unit Atmosphere SKY dan/atau Atmosphere Mini anda sepanjang bulan lalu untuk membantu anda menjalani kehidupan yang lebih baik dengan udara bersih, termasuk penggunaan bulanan, purata kualiti udara dalaman, masa operasi kelajuan kipas dan status penuras.

Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut:

Kenali Aplikasi Atmosphere Connect:

https://www.youtube.com/watch?v=gcg7uwsjiTE

Bagaimana Memuat Turun Dan Mengendalikan Aplikasi Atmosphere Connect

https://www.youtube.com/watch?v=TLe_Pakps2k

Nikmati pengalaman yang dipertingkatkan dengan Atmosphere!