Floating Icon
26 FEB 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 1 MINIT BACA 1108 LIHAT 20 BERKONGSI

Resipi Minuman Biji Chia – Starry Night

Setelah mengetahui biji chia begitu bermanfaat bukan sahaja kepada mereka yang ingin kekal sihat tetapi juga yang berusaha menurunkan berat badan, cubalah resipi kreatif dan menyeronokkan ini menggunakan bunga telang oleh Pemenang Peraduan Resipi Minuman Biji Chia BodyKey 2020!

Minuman yang disyorkan untuk dibuat bersama anak-anak anda, perhatikan minuman ini berubah warna apabila jus lemon bercampur dengan warna biru bunga telang. Semuanya semula jadi, tiada yang tiruan. Minuman masam ini sungguh menyegarkan untuk dinikmati ketika cuaca panas mahupun dingin serta cantik dipandang!


Starry Night

Oleh Cassie Chan

Insta_handle_cassiecks_750.jpg


Bahan-bahan

(A)

  • ½ sb Nutrilite PhytoPOWDER Lemon
  • 1/2 Lemon, diperah jusnya


(B)

  • Parutan ais, secukupnya untuk 1 cawan
  • Parutan ais yang dibuat daripada air bunga telang, secukupnya untuk 1 cawan


(C)

  • Air Berkarbonat, secukupnya
  • ½ pek batang BodyKey Organic Chia Seed To Go


Cara
1. Tambah bahan (A) dan gaul sebati.

2. Tambah bahan (B) dan gaul sebati.

3. Campurkan (A) bahan dan (B) ke dalam cawan. Tambah bahan (C) ke dalam cawan yang sama.

4. Jika mahu, tambah lebih banyak ais dan hiaskan dengan buah-buahan kegemaran anda.

5. Kacau sebati dan nikmatinya!


Tonton videonya di sini: