Floating Icon
26 JAN 2024 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 106 LIHAT 2 BERKONGSI

Sajian Perayaan untuk Kemakmuran Tahun Baru Lunar

















Tahun Baru Lunar semakin hampir dan sambutannya tidak terhad kepada masyarakat Cina sahaja – seluruh rakyat Malaysia turut serta dalam kemeriahannya. Ia masa yang istimewa apabila masyarakat pelbagai kaum berkumpul untuk menikmati suasana yang menggembirakan dan sajian lazat.

Ketika anda sibuk menghias rumah untuk menyambut kedatangan sahabat handai dan keluarga, sudahkah anda memastikan yang anda telah mendapatkan aneka snek yang mencukupi untuk dikongsi mahupun dihadiahkan sewaktu berkumpul nanti?Jangan risau, kami sudah uruskan! Pastikan anda berkongsi sajian perayaan yang lazat ini bersama keluarga dan sahabat handai anda, dan semoga Tahun Naga membawa kemakmuran pada hari-hari yang mendatang.

Skylight_Braised_Amidori_Abalone_with_Superior_Sauce_BM.jpg

Abalone Amidori Tumis Reneh dengan Sos Superior Skylight (420g) 

Simbol tuah, abalone yang lazat ini dimasak dengan sos tumis reneh berperisa yang pasti menggoda tunas rasa anda. Sedia untuk dihidangkan, setiap tin mengandungi 7 hingga 8 ketul abalone.

Vergold_Assorted_Mochi_BM.jpg

Mochi Aneka Rasa Vergold (900g)  

Mengharapkan tuah pada tahun ini? Kongsikan simbol keberuntungan yang cantik dan gebu ini! Nikmati semua 5 perisa tradisional – Kacang Merah, Bijan, Teh Hijau, Keladi dan Kacang Tanah – dalam setiap kotak.

Vergold_Fruit_Drink_BM.jpg

Bes Minuman Buah-buahan Vergold (Oren/Mangga/Jambu Merah/Buah Delima dengan Anggur(1L)

Nikmati letusan rasa Bes Minuman Buah-buahan Vergold (tersedia dalam perisa Oren, Mangga, Jambu Merah Jambu dan Buah Delima dengan Anggur) dalam botol 1 liter yang mudah. Beralihlah daripada soda biasa dan hilangkan dahaga dengan minuman yang lazat dan diperkaya dengan vitamin ini. Sama ada anda sukakan kesegaran oren California, mangga yang ranum, jambu merah yang eksotik atau gabungan buah delima dan anggur yang berjus, minuman ini memenuhi pelbagai citarasa.

Vergold_All-Time_Favourite_Cookies_Gift_Set_BM.jpg

Set Juadah Biskut Kegemaran Semua Vergold (150g x 2)  

Bagi penggemar biskut, Set Juadah Biskut Kegemaran Semua Vergold mesti dicuba. Dibakar dengan bahan-bahan semula jadi premium seperti coklat gelap, pecan dan walnut, biskut rangup ini sangat sesuai untuk dikongsi dengan tetamu atau dijadikan hadiah yang cantik dan lazat pada musim perayaan. Set ini mengandungi Biskut Coklat Gelap dan Biskut Pecan Walnut Ranggup yang lazat dan didatangkan dalam bekas hiasan ala vintaj Inggeris.

Vergold_Roasted_Mixed_Nuts_BM.jpg

Campuran Kacang Panggang Vergold (25g x 8)    

Nikmati gabungan klasik Kacang Campuran Panggang Vergold yang menampilkan campuran kacang premium semula jadi seperti badam, kacang gajus, makadamia dan walnut. Kacang yang dipanggang kering dan kurang garam ini bukan sahaja sangat berkhasiat tetapi juga snek dalam perjalanan yang sangat sesuai untuk dinikmati setiap hari.

Vergold_Prawn_Rolls_BM.jpg

Popiah Mini Udang Vergold (190g) 

Rangsang tunas rasa anda dengan kerangupan Popiah Mini Udang Vergold yang memuaskan ini. Popiah kecil yang diperbuat dengan udang kering kisar pedas yang dibalut dengan pastri nipis ini pasti menambat selera.

Vergold_Baked_Multigrain_Rice_Crackers_BM.jpg

Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold (Teriyaki/Tom Yum(90g)

Untuk pilihan yang sihat dan berkhasiat, cubalah Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold. Padat dengan perisa dan tersedia dalam varian Teriyaki dan Tom Yum yang menggoda, kraker beras ini diperbuat menggunakan bahan-bahan bukan GMO dan bebas gluten untuk memenuhi pelbagai diet. 

Vergold_Drip_Coffee_(Medium_&_Dark_Roasted)_BM.jpg

Kopi Titisan Vergold (Sederhana & Gelap) (20 paket)  

Terokai keragaman dunia kopi dengan Kopi Titisan Vergold. Pek pintar ini mengandungi dua varian: Kenya AA yang dipanggang sederhana dan Colombia yang dipanggang gelap. Pilih antara kopi yang seimbang dengan kemanisan dan keasidan semula jadi atau kopi O pekat dengan not Americano yang pekat. Tidak ditambah krimer, gula atau perisa, ia pilihan yang lazat untuk mereka yang mencari pengalaman kopi yang lebih sihat.

Vergold_Hazelnut_Latte_BM.jpg

Latte Kacang Hazel Vergold (19g x 12 paket)

Nikmati aroma berkacang Latte Kacang Hazel Vergold. Latte 3 dalam 1 yang diperbuat dengan Biji Kopi Arabica Brazil premium kering sejuk beku, serbuk koko dan tepung susu tenusu ini menawarkan minuman yang memuaskan dan berperisa untuk dinikmati pada bila-bila masa. Tinggi protein dan serat serta rendah kolesterol, ia sajian bebas rasa bersalah untuk penggemar kopi.

Vergold_Organic_Green_Tea_BM.jpg

Teh Hijau Organic Vergold (2g x 25) 

Sering kali dikaitkan dengan kedamaian, keharmonian dan ketenangan, teh hijau mempunyai banyak manfaat kesihatan. Luangkan sedikit masa untuk menghirup adunan organik ini sambil merenung semua rahmat yang dikurniakan kepada anda.

Selamat Tahun Baru Cina!

Tersedia di Amway.my