Floating Icon
16 FEB 2024 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 169 LIHAT 7 BERKONGSI

Berbuka Puasa: Tradisi Kurma Ramadan yang Tak Lapuk Dek Zaman

breaking_fast_top.png

Ketika bulan suci Ramadan bakal disambut oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia, waktu berbuka puasa setiap hari mempunyai makna yang besar. Secara tradisinya, kurma mendapat tempat utama dalam hidangan berbuka puasa yang melambangkan amalan yang berasal daripada tradisi keagamaan dan menambah keistimewaan yang tersendiri.

why_do_me_Muslims_break_our_fast_with_dates.png

Tetapi mengapa umat Islam berbuka dengan kurma? Mari kita terokai mengapa kebanyakan kita memilih kurma untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan dan menyelami kelebihan pemakanan yang menjadikannya pilihan yang ideal untuk memulihkan tenaga secara semula jadi selepas seharian berpuasa.

Kurma adalah sebahagian daripada tradisi suci

Berbuka puasa dengan kurma merupakan kebiasaan yang berakar umbi dalam tradisi Islam kerana kita mencontohi amalan Nabi Muhammad (SAW). Nabi dikatakan berbuka dengan kurma dan air sebelum melaksanakan solat maghrib. Kebiasaan ini telah diwarisi turun-temurun dan terus menjadi kelaziman yang penting sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Dates_provide_multiple_health_benefits_BM.png

Kurma ialah makanan tinggi nutrisi

Kurma bukan sekadar pilihan simbolik, ia juga mempunyai profil pemakanan hebat yang selaras dengan keperluan individu yang berpuasa sepanjang Ramadan. Padat dengan gula semula jadi, termasuk glukosa, fruktosa dan sukrosa, kurma memberikan rangsangan tenaga pantas, membantu memulihkan paras glikogen dalam badan selepas seharian berpuasa1,2.

Kurma kaya dengan nutrien-nutrien penting

Selain meningkatkan tenaga, kurma merupakan sumber yang kaya dengan nutrien-nutrien penting. Ia mengandungi vitamin dan mineral penting seperti kalium, magnesium, vitamin B6 dan zat besi. Nutrien-nutrien ini memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan, membantu fungsi otot, mengekalkan keseimbangan elektrolit, dan mencegah kekurangan nutrien yang mungkin timbul semasa berpuasa1,2.

Kurma sangat baik untuk pencernaan

Kurma merupakan sumber semula jadi serat diet yang menggalakkan pencernaan yang sihat – pertimbangan yang amat penting semasa Ramadan. Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah sembelit dan menggalakkan rasa kenyang untuk membantu individu mengekalkan diet seimbang semasa berbuka puasa1,2.

Kurma kaya dengan antioksidan

Kurma kaya dengan antioksidan termasuk flavonoid, karotenoid dan asid fenolik. Sebatian ini membantu memerangi tekanan oksidatif, melindungi sel daripada kerosakan dan menyumbang kepada kesihatan keseluruhan. Dalam konteks berpuasa pada bulan Ramadan, mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti kurma boleh membantu menyokong pertahanan badan terhadap radikal bebas1,2.

Kurma menyokong penghidratan

Dalam bulan Ramadan, kekal terhidrat sangat penting, terutamanya apabila berpuasa dalam jangka masa yang lama. Kurma mengandungi banyak air yang menyumbang kepada tahap penghidratan keseluruhan. Selain itu, ia mengandungi elektrolit seperti kalium yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan mencegah penyahhidratan1,2.

Secara ringkasnya, tradisi berbuka puasa dengan kurma pada bulan Ramadan bukan sekadar simbol; ia selaras dengan keperluan nutrisi individu yang berpuasa pada bulan yang mulia ini. Dengan gula semula jadi, nutrien-nutrien penting, manfaat pencernaan, sifat antioksidan dan sokongan penghidratan, kurma menjadi pilihan yang berkhasiat dan sihat untuk berbuka puasa.

Vergold_Premium_Arabian_Dates.png

Pilih Buah Kurma Arabia Eksotik Premium Vergold

Ketika anda dan insan tersayang berkumpul untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, teruskan tradisi yang tak lapuk dek zaman dan berkhasiat ini dengan Buah Kurma Arabia Eksotik Premium Vergold. Lembut dan tidak terlalu manis, kurma khidry premium ini akan menjadi sajian istimewa di meja makan anda untuk menyatukan aspek rohani dan fizikal pada bulan suci ini.

Untuk lebih banyak sajian perayaan, terokai pilihan lazat kami di sini.

Rujukan:

  1. https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/download/117/74/374
  2. https://www.healthline.com/nutrition/dates-for-diabetes#effect-on-blood-sugar

breaking-fast-bottom.png