Apabila memperkatakan tentang mewujudkan bilik tidur mewah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan utama, sangat penting untuk mempertimbangkan setiap komponen, terutamanya katil. Dari mengecat dinding anda dengan warna-warna yang menenangkan seperti lavender lembut, pudina pucat, ros lembut atau biru laut lembut hingga memilih perabot bilik tidur terbaik yang berfungsi dan cantik dipandang. Kita bercakap tentang perabot berkualiti galeri; barangan yang anda boleh tunjukkan kepada rakan-rakan dan keluarga anda dan membuatkan ibu anda bangga.
Tetapi mula-mula, mari memfokus kepada perabot utama bilik tidur anda: katil anda.
Seperti yang mungkin telah dipelajari oleh sesetengah orang daripada Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey Amway, terdapat 5 Tonggak Kesejahteraan: Set Minda, Pemakanan, Aktiviti, Tekanan dan Tidur. Tidur berkualiti yang cukup mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keupayaan anda untuk menguruskan berat badan anda meningkatkan kesihatan anda.
Jadi ya, walaupun katil anda sepatutnya kelihatan cantik, hebat dan menarik tetapi yang lebih penting lagi, ia perlu memenuhi tujuan utamanya – iaitu menyediakan ruang yang selesa untuk anda berehat dan memulihkan badan anda dengan tilam berkualiti tinggi yang memberikan sokongan tulang belakang optimum. Sudah tentu, hanya kerana ia arahan doktor, tidak bermakna ia tidak boleh kelihatan cantik dan juga selesa.
Tidur di atas rangkaian Chiromax Luxe Serenity Dreamland
Kombinasi gaya sofistikated dan penjagaan tulang belakang, Tilam Chiromax Luxe Serenity Dreamland setebal 13 inci diuji dan dibuktikan oleh pakar penjagaan belakang boleh memberikan sokongan tulang belakang yang unggul. Digunakan bersama Kepala Katil dan Divan Chiromax Luxe Serenity Dreamland (yang didatangkan dalam dua variasi, tanpa tempat simpanan dan dengan kaki divan atau dengan tempat simpanan dan tanpa kaki divan), syurga beradu yang menenangkan ini menampilkan Sistem Spring Miracoil yang dipatenkan serta permukaan tidur yang optimum dengan fabrik pintar 4 dalam 1.
Direka untuk tidur yang sihat dan kesejahteraan yang lebih baik
Tilam Chiromax Luxe Serenity Dreamland menambahkan sentuhan elegan pada bilik tidur anda dengan motif rumitnya yang sofistikated. Walau bagaimanapun, ciri terkuatnya adalah bagaimana ia mengoptimumkan pengalaman tidur keseluruhan anda dengan permukaannya yang menakjubkan yang dipertingkatkan oleh teknologi termaju untuk memberi anda tidur malam yang merehatkan.
Kawalan Suhu supaya anda berasa sejuk semasa tidur
Dikuasakan oleh Adaptive, HeiQ Switzerland, rawatan fabrik ini menukar tekstil pasif kepada tekstil yang bertindak balas secara dinamik pada perubahan suhu. Ini bermakna ia bertindak balas terhadap haba daripada badan supaya apabila anda berasa panas dan berpeluh, fungsi penyejukan diaktifkan untuk keselesaan optimum.
Antitekanan untuk menggalakkan badan anda tidur
Dikuasakan oleh Intense, BekaertDeslee Belgium, teknologi ini mengurangkan tekanan voltan tinggi untuk membantu anda tidur dengan lebih lena. Fabrik tilam menggunakan benang karbon khas yang memerangkap dan membebaskan elektron untuk menghasilkan nyahcas elektrik yang berterusan. Ini membantu mengurangkan voltan dan ketegangan semula jadi badan anda yang membawa kepada menurunkan tahap kortisol untuk tidur lena.
Allergen Shield untuk tidur yang tidak terganggu
Dikuasakan oleh Allergen Tech, HeiQ Switzerland, rawatan fabrik ini mengurangkan alergen tak bernyawa seperti jirim hama habuk rumah dan bulu haiwan peliharaan pada tekstil. Menampilkan teknologi simbiotik berasaskan bio 100%, prebiotik dan probiotik digunakan untuk menghasilkan enzim penghapus alergen supaya anda tidak bangun dengan rasa gatal di tengah malam – selamat tinggal, pepijat katil!
Tidak Telap Cecair & Penanggal Kesan Kotoran untuk tidur yang bersih
Dikuasakan oleh Archroma Germany, teknologi ini diilhamkan oleh titisan air yang bergolek di atas daun teratai. Begitu juga dengan struktur 3D mikroskopiknya membolehkan air bergolek di atas tilam dengan membawa bersama kotoran dan kesan tetapi masih membenarkan fabrik bernafas dan rasa sangat lembut.
Tidur untuk kesihatan tulang belakang yang optimum
Direka bentuk untuk memberikan sokongan unggul untuk menjaga tulang belakang anda, terdapat 8 sebab Sistem Spring Miracoil kekal sebagai sistem spring yang paling terkenal di dunia:
Tingkatkan persekitaran tidur anda
Jangan lupa anda juga memerlukan bantal yang tepat: Pilih sama ada Bantal Ergonomic Neck Support Memory Foam Dreamland atau Bantal Two-Way Contoured Foam Latex Sensation Dreamland untuk sokongan kepala dan leher yang optimum.
Tahukah anda aromaterapi juga boleh membantu anda tidur lebih lena? Hanya baurkan Campuran Minyak Pati Zen Tanamera dengan Peresap Aroma Tanamera (Tanpa Air) dan terlena dengan haruman Roman camomile, clary sage, bergamot dan lavender yang menenangkan.
Yang menariknya, ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask juga diseduh dengan minyak pati bergamot dan lavender untuk sifatnya yang menenangkan. Jadi, untuk sentuhan terakhir, mengapa tidak sapukannya dan bangun dengan kulit yang dicergaskan? Mimpi indah!
Beli rangkaian Dreamland kami di Amway.my