Floating Icon
18 MAR 2024 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 62 LIHAT 8 BERKONGSI

Gulungan Kubis Kukus

Steamed_Cabbage_Rolls_Recipe.jpg

Maklumat Pemakanan (1 hidangan)

nutrition-part-2-BM.jpg

Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan

  • 6 helai daun kubis putih
  • 6 helai daun kubis ungu
  • 200g ayam cincang
  • 10 ekor udang sederhana, dikupas, dibuang urat dan dicincang kasar
  • 3 cendawan sederhana, dipotong dadu halus
  • ¼ lobak merah kecil, dipotong dadu halus
  • 1 tangkai daun bawang, dicincang halus
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • ¼ cawan air
  • 1 sb kicap
  • ½ sk lada putih

Cara:

  1. Didihkan air di dalam periuk besar. Susun daun kubis dalam bakul pengukus. Letakkan bakul di atas periuk, tutup dan kukus selama dua minit sehingga kubis agak lembut. Disyorkan untuk mengukus kubis putih dan ungu berasingan untuk mengelakkan pemindahan warna.
  2. Sementara itu, di dalam mangkuk besar, gaul bahan-bahan yang lain sehingga sebati.
  3. Letakkan 2 sudu besar inti yang disediakan dalam setiap daun kubis, gulung dan letakkan di atas pinggan dengan kelimnya di sebelah bawah. Pindahkan pinggan ke dalam bakul pengukus dan kukus selama 6 minit di atas air mendidih.
  4. Keluarkan gulungan kubis daripada bakul pengukus dan nikmatinya panas-panas!

Resipi ini disumbangkan oleh

Georgen Thye, Pakar Perunding Diet

BSc. (Hons.) Nutrition and Dietetics, IMU

Ahli Majlis Persatuan Dietitian Malaysia (2021-2023)