Floating Icon
18 MAR 2024 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 1 BERKONGSI

Kari Dal Sayur

Vegetable_Dhal_Curry_Recipe.jpg

Maklumat Pemakanan (1 Hidangan)

Vegetable-Dhal-Curry-BM.jpg

Hidangan untuk: 6 orang                                         

Bahan-bahan 

  • 1 sb minyak sayur
  • 1 sb jintan putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 bawang merah sederhana, dihiris
  • 1 inci halia, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 tomato sederhana, dibelah empat
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 300g dal, rendam semalaman & direbus
  • 5 tangkai cili merah kering
  • 1 lobak merah sederhana, dipotong besar-besar
  • 1 biji terung sederhana, potong besar-besar
  • 1 cawan kubis bunga, dipotong floret
  • 1 cawan bayam, dicincang

Cara:

  1. Panaskan minyak sayur dalam periuk sederhana besar dengan api sederhana. Tumis jintan putih, bawang merah dan halia sehingga wangi. Masukkan bawang putih, tomato, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar. Masak sehingga menjadi pes yang pekat, tambah air jika perlu.
  2. Masukkan dal yang telah dimasak, lobak merah dan cili merah kering. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kecilkan api ke sederhana rendah, reneh dan kacau sekali-sekala sehingga dal benar-benar lembut dan sebahagian besar cecair diserap.
  3. Masukkan terung dan kubis bunga, biarkan ia masak.
  4. Akhir sekali, masukkan bayam yang dicincang. Perasakan dengan garam, kacau rata dan tutup dengan api kecil. Biarkan ia mereneh selama 3 minit lagi sehingga rasanya sebati.
  5. Kari dal sayur anda yang penuh perisa kini sedia untuk dihidangkan!

Resipi ini disumbangkan oleh

Georgen ThyePakar Perunding Diet

BSc. (Hons.) Nutrition and Dietetics, IMU

Ahli Majlis Persatuan Dietitian Malaysia (2021-2023)