Floating Icon
21 DEC 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 0 MINIT BACA 170 LIHAT 9 BERKONGSI

Dapatkan rambut sihat berkilau untuk musim perayaan dengan SATINIQUE





















Musim perayaan hampir tiba dan anda tahu maksudnya. Betul, tidak lama lagi akan tiba masanya untuk parti! Tunggu apa lagi? Hubungi semua rakan anda dan pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian parti anda bersama-sama; jangan lupa untuk menempah sesi merias kuku tangan dan kaki juga.

Sesudah itu dan selepas menyemak media sosial untuk mencari gaya penampilan parti yang anda ingin cuba, ingatlah bahawa langkah pertama untuk gaya rambut perayaan yang hebat ialah rambut yang kuat dan sihat. Berikut ialah cara anda boleh mendapatkan rambut sihat berkilat untuk musim perayaan dengan SATINIQUE:

To_hydrate_and_repair_rough_frizzy_hair.png

Untuk rambut lembut dan lembap

Rasa kasar dan keriting gerbu? Adakah rambut anda kelihatan kusam dan kering? Pulihkan kelembapan yang hilang dari cucian pertama anda lagi dengan Syampu Lembapan Licin SATINIQUE dan tingkatkan kebolehurusan rambut serta-merta dengan Perapi Lembapan Licin SATINIQUE.

To_control_damage_and_protect_hair_colour.png

Untuk kawalan kerosakan dan perlindungan warna

Rambut yang diwarna lebih terdedah kepada kerosakan dan kehilangan kilauan semula jadinya. Apabila digunakan bersama-sama, Syampu Pembaikan Kilauan SATINIQUE dan Perapi Pembaikan Kilauan SATINIQUE membaiki kerosakan dengan lembut, merangsang kilauan dan membantu mengekalkan warna rambut anda yang menawan.

To_add_volume.png

Untuk rambut yang tebal

Perlu meningkatkan kelebatan rambut? Cuci dengan Syampu Kelebatan Tambahan SATINIQUE dan susuli dengan Perapi Kelebatan Tambahan SATINIQUE untuk melicinkan rambut tanpa menjadikannya tidak bermaya, membuatkan rambut anda kelihatan lebat dan mempesonakan.

Get_dandruff-free_hair.png

Untuk rambut bebas kelemumur

Jika anda bergelut dengan kelemumur dan tidak dapat menghilangkannya dengan mudah, dapatkan Syampu Antikelemumur SATINIQUE. Campuran botani avokado dan Vitamin E berkesan menghilangkan kelemumur, menjadikan kulit kepala segar dan lembut serta memastikan bahu anda bersih.

One_step_for_easy_breezy_healthy_locks.png

Untuk rambut sihat dengan mudah

Kami faham – tidak semua orang mempunyai masa untuk memanjakan rambut mereka setiap hari. Tetapi siapa kata anda tidak boleh memiliki rambut yang sihat dengan usaha yang minimum? Pertimbangkan Syampu & Perapi 2 Dalam 1 SATINIQUE, direka untuk memudahkan rutin penjagaan rambut di samping menyuburkan setiap helaian.

To_fight_hair_fall.png

Untuk melawan rambut gugur

Perkara yang baik datang bertiga, begitu juga dengan penyelesaian rambut gugur SATINIQUE yang sangat digemari! Penggunaan Syampu Antirambut Gugur SATINIQUEPerapi Gugur SATINIQUE  dan Tonik Kulit Kepala SATINIQUEsecara tetap berkesan menguatkan helaian yang rapuh untuk mencegah rambut gugur.

To-nourish-the-hair-and-scalp.png

Untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala

Jika anda mahukan rambut idaman untuk tahun-tahun akan datang, penting untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala anda secara tetap. Hanya gunakan Masker Penggiat SATINIQUE dua atau tiga kali seminggu untuk membaiki helaian yang rosak, menguatkan dan memulihkan kilauan semula jadi rambut.

To_get_that_sleek_look.png

Untuk penampilan yang anggun

Cuci? Sudah. Perapi? Sudah. Gaya? Sudah. Sebaik sahaja anda mencapai gaya rambut yang diidamkan, pastikan ia kelihatan hebat. Lurut Balm Pelurus SATINIQUE pada rambut anda untuk menguruskan rambut semasa penggayaan haba; berikan penampilan baharu pada rambut keriting dengan Krim Penggaya SATINIQUE agar mudah dibentuk; dan sapu Serum Minyak Rambut SATINIQUE agar mudah diurus serta mengekalkan kelembutan dan kelembapan.

To_add_texture.png

Untuk menambah tekstur

Siapa yang tidak mahu rambut menawan yang bagaikan minta untuk disentuh? Lilin Pusam Bertekstur SATINIQUEpenting untuk mencipta pelbagai penampilan untuk parti demi parti kerana ia menjadikan rambut mudah dibentuk rambut mengikut gaya yang anda inginkan, memberikan tekstur tanpa penampilan berminyak.

To_repair_damaged_hair_overnight.png

Untuk membaiki semalaman

Apabila memerlukan penyelesaian segera, Rawatan Pembaikan Semalaman SATINIQUE sangat disyorkan. Rawatan tanpa bilas ini membantu membaiki rambut rosak teruk dan rambut bercabang ketika anda tidur. Bangun tidur dengan rambut yang sihat kini begitu mudah.

Berseronoklah ketika menjaga dan menggayakan rambut anda – selamat bercuti!