Floating Icon
24 NOV 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 192 LIHAT 13 BERKONGSI

Musim Perayaan 2023: Warna-warna Krismas

'Inilah saat yang penuh kegembiraan dan tidak ada yang lebih baik untuk menghayati semangat perayaan selain meneroka rangkaian produk penjagaan kulit dan kecantikan yang mempesonakan daripada ARTISTRY?

Dari merah pekat yang melambangkan cinta dan keghairahan dan emas berkilauan yang melambangkan kemewahan dan kemurahan hati, hingga oren terang yang mencetuskan aura keserian, warna-warna Krismas bukan sekadar pigmen; ia ungkapan kegembiraan dan harapan yang memenuhi hati kita pada musim yang mengagumkan ini.

Dalam perjalanan yang mempesonakan melalui “Warna-warna Krismas”, kami menjemput anda untuk melangkah ke dunia yang diserikan oleh kehangatan tradisi, cetusan inovasi dan keindahan perayaan. 

 

ARTISTRY_Christmas_2023_Skincare_Range_-_Sunscreen_Vitamin_C_Serum_&_Mask.jpg

ARTISTRY SKIN Nutrition Vitamin C+HA3 Daily Serum

Temui label oren kegemaran anda, ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum! Serum ikonik ini ialah senjata rahsia kecantikan anda untuk kulit yang berseri pada musim perayaan. Dengan kepekatan Vitamin C 10% yang luar biasa, formula ARTISTRY yang tertinggi setakat ini, ia membawakan kuasa hebat Vitamin C untuk mencerahkan kulit anda dari dalam ke luar.

Ucapkan selamat tinggal kepada kekusaman dan tona kulit tidak sekata, dan ucapkan helo kepada kulit yang cerah dan kelihatan sihat. Dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum, kulit anda akan menjadi bintang pada musim perayaan ini, walaupun tanpa mekap. Alami keajaiban Vitamin C dan serlahkan penampilan musim perayaan yang berseri-seri!

 

ARTISTRY SKIN NUTRITION Multi-Defense UV Protect SPF50+ / PA++++

Pancarkan keyakinan musim perayaan dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Multi-Defense UV Protect SPF50+ / PA++++!

Ketika anda pergi ke parti dan acara, ia melindungi kulit anda daripada UVA, UVB, malah simbahan cahaya biru. Dengan kuasa bahan-bahan tumbuhan Nutrilite yang kaya dengan antioksidan dan Kompleks Pencegahan yang unik, ia juga hadiah yang sempurna untuk insan tersayang! Pelindung matahari ini bukan sahaja melindungi tetapi juga memerangi tanda-tanda penuaan awal, memastikan kulit anda kekal sihat dan berseri.

Ia merupakan tambahan tepat kepada rutin penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION anda yang sedia ada, meninggalkan kemasan yang tidak kelihatan dan kalis air sehingga 80 minit.

 

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Hydrating Mask

Manjakan diri selepas berparti dengan ARTISTRY SIGNATURE SELECT Hydrating Mask, masker hijau yang melegakan untuk membangkitkan rasa tenang dan segar.

Dihasilkan dengan formula krim soufflé yang lembut dan licin, ia bagaikan rawatan mewah untuk kulit anda, menawarkan lembapan yang mendalam dan berkekalan. Selepas semua pertemuan perayaan itu, biarkan masker ini melakukan keajaibannya, menjadikan kulit anda bukan sahaja berasa kembali segar tetapi sangat mempesonakan serta begitu lembap dan selesa!

Rehat dan tenagakan semula kulit anda, kerana anda berhak untuk tampil segar bagaikan suasana musim ini. 

ARTISTRY_Christmas_2023_Makeup_and_Colour_Range_-_Lipgloss_Lipstick_&_Eyeshadow_Palette.jpg

ARTISTRY GO VIBRANT Cream Lipstick

Pada musim perayaan ini, manjakan diri dengan pesona ARTISTRY GO VIBRANT Cream Lipstick dalam pelbagai rona merah yang menakjubkan! Untuk mereka yang mahukan drama, keberanian, keyakinan dan ekspresi diri!

Dengan formula yang sangat berkrim lagi menghidrat, gincu ini memberikan warna berimpak tinggi yang terang dengan satu sapuan. Keajaibannya terletak pada rangsangan pigmen +190%, yang memastikan bibir sentiasa menyerlah dan bertenaga tanpa perlu risau ia merebak ke luar garis bibir. Nikmati bibir berasa lembut, lembap dan cantik dengan kemasan kilauan satin sepanjang hari. Nikmati bibir yang kekal lembut, lembap dan begitu cantik, dengan kemasan kilauan satin yang tahan sepanjang hari.

Padat dengan bahan-bahan yang membelai kulit, ARTISTRY GO VIBRANT Cream Lipstick menggandingkan yang terbaik dari alam semula jadi dan sains warna dengan infusi penyerakan pigmen cecair dan minyak botani berkepekatan tinggi. Bersedialah untuk menebarkan rona merah di mana-mana!

Juga tinjaulah: rangkaian ARTISTRY SIGNATURE COLOUR Light Up Lip Gloss

ARTISTRY Limited Multi Color Palette – Dilancarkan pada 1 Dis 2023

Melangkah penuh berkilau dan bergemerlapan ke pesta perayaan dengan ARTISTRY Limited Multi Color Palette, gemilang dalam emas mewah – warna keajaiban percutian! Palet mewah ini menjadi teman yang dipercayai untuk penampilam glamor musim perayaan dan percutian akhir tahun yang tidak dapat dilupakan.

Temui dunia kecantikan dengan 8 pembayang mata, 1 pemerah pipi dan 1 penyerlah yang semuanya tersusun kemas dalam bekas kompak ini. Sambil menikmati suasana perayaan, rona berpigmen yang menawan ini adalah rahsia anda untuk beralih dari siang ke malam dengan begitu mudah. Cipta penampilan ringkas ketika jamuan tetapi cukup serba boleh untuk mengubah anda dengan penampilan glamor yang memukau lagi bergemerlapan pada malam hari.