Floating Icon
21 JUL 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 480 LIHAT 28 BERKONGSI

Manfaat Kesihatan Minum Teh

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, pilihan yang mementingkan kesihatan menjadi semakin penting. Tidak hairanlah daripada minuman bergula, minuman yang lebih sihat seperti teh tradisional hijau dan putih yang dahulunya diminum oleh nenek moyang kita kini kembali digemari.

Selain kesan yang menenangkan, rasa yang enak dan aromatik, teh hijau dan teh putih menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Mari kita mendalami kelebihan minum teh hijau dan teh putih – serta bagaimana anda boleh menjadikannya sebahagian daripada rutin harian anda dengan mudah.



Teh mempunyai sifat antioksidan yang berkuasa

Teh hijau dan teh putih terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan penting untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan pelbagai masalah kesihatan. Kepekatan polifenol yang tinggi dalam teh hijau dan teh putih membantu meneutralkan radikal bebas yang berbahaya1,2.



Teh menyokong metabolisme dan pengurusan berat badan yang sihat

Jika anda ingin menurunkan beberapa kilogram atau mengekalkan berat badan yang sihat, menyertakan teh hijau dan teh putih dalam rutin harian anda mungkin pilihan yang bijak. Teh ini telah terbukti meningkatkan metabolisme1 dan pengoksidaan lemak1. Katekin dalam teh hijau dan teh putih membantu merangsang proses termogenik tubuh1, menggalakkan pembakaran kalori dan membantu dalam usaha penurunan berat badan.



Teh meningkatkan fungsi otak dan kesejahteraan mental

Teh hijau dan teh putih mengandungi kafein yang merangsang fungsi otak1 dan menambah baik kewaspadaan mental1. Tanin dalam teh ini meningkatkan lagi fungsi kognitif1 yang membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan.



Teh membantu menguatkan sistem imun

Mengekalkan sistem imun yang kuat penting untuk memastikan tubuh dalam kesihatan optimum. Teh hijau dan teh putih kaya dengan antioksidan, vitamin (seperti vitamin C dan E) serta sebatian bermanfaat lain yang menyokong fungsi sistem imun1,2.



Teh menjadikan anda kelihatan lebih muda

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau dan teh putih membantu melawan tekanan oksidatif untuk mencegah penuaan pramatang kulit1. Pengambilan yang kerap boleh menjadikan keanjalan kulit lebih baik1 dan kulit muka lebih sihat.



Minum untuk gaya hidup yang lebih sihat

Plant To Table by Nutrilite menyediakan cara mudah untuk mengalami manfaat teh hijau dan teh putih yang tidak terkira banyaknya. Menampilkan adunan dua bahan tradisional yang terkenal dengan sifat semula jadinya, teh kami dibuat dengan teknologi pengeringan sejuk beku yang termaju untuk mengekalkan rasa, aroma dan nutrien yang 5-7x lebih pekat dalam bentuk serbuk yang mudah diambil.

Pilihlah  Campuran Teh Putih dengan Kekwa & Goji Beri untuk merehatkan minda dan tubuh anda, terima kasih kepada teh putih dan kekwa dari wilayah Zhejiang dan goji beri dari Ningxia Hui, China.

Kekwa dan goji beri memberikan manfaat antiradang untuk saluran pernafasan, melegakan tekanan mata serta meningkatkan kesejahteraan2,3. Selain itu, kekwa mengandungi Flavonoid-Luteolosida yang menenangkan untuk membantu anda bersantai3.

Sebagai alternatif, terdapat Campuran Teh Hijau dengan Mawar untuk menyegarkan deria anda, dengan mawar yang harum dari wilayah Wuhan yang dicampur dengan teh hijau yang baru dipetik dari wilayah Zhejiang, China.

Asid polifenol-fenolik mawar kaya dengan antioksidan untuk mencergaskan dan menggalakkan kulit yang cantik4.

Bukankah sudah tiba masanya anda menikmati dengan secawan teh yang enak? Dapatkannya di Amway.my hari ini!

Rujukan:

  1. Daniel Hinojosa-Nogueira, Sergio Pérez-Burillo, Silvia Pastoriza de la Cueva, José Ángel Rufián-Henares. Green and white teas as health-promoting foods. Food Funct., 2021, 12, 3799-3819. doi.org/10.1039/D1FO00261A
  2. Yao Fu, Jin-chao Yang, Anthony B. Cunningham, Alexandra Maria Towns, Yu Zhang, Hua-ying Yang, Jian-wen Li, Xue-fei Yang. A billion cups: The diversity, traditional uses, safety issues and potential of Chinese herbal teas, Journal of Ethnopharmacology, Volume 222, 2018, Pages 217-228, ISSN 0378-8741. doi.org/10.1016/j.jep.2018.04.026.
  3. Jin Yang, Yu-qing Wei, Jian-bao Ding, Yan-long Li, Jian-long Ma, Jian-li Liu, Research and application of Lycii Fructus in medicinal field, Chinese Herbal Medicines, Volume 10, Issue 4, 2018, Pages 339-352, ISSN 1674-6384, doi.org/10.1016/j.chmed.2018.08.006.
  4. Haji Akber Aisa, Xuelei Xin, Liu Liu, Chapter 38 - The Antidiabetes Effect and Efficacy of Rosa rugosa Thunb, Editor(s): Ronald Ross Watson, Victor R. Preedy, Bioactive Food as Dietary Interventions for Diabetes (Second Edition), Academic Press, 2019, Pages 601-614, ISBN 9780128138229, doi.org/10.1016/B978-0-12-813822-9.00038-2.