Floating Icon
23 FEB 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 572 LIHAT 9 BERKONGSI

Khusus Untuk Rumah Yang Sihat

Kita semua mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat – dan kita tahu ia bukannya mudah. Kebanyakan perubahan gaya hidup memerlukan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikannya kebiasaan, terutamanya apabila ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Ketika itulah begitu mudah untuk kita berputus asa daripada meneruskan matlamat.

Tetapi ada cara yang mudah untuk membuat pilihan yang lebih sihat – seperti membuat pelaburan yang memudahkan usaha kita untuk berbuat demikian. Berikut ialah barang tahan lama yang diperlukan untuk menjadikan rumah anda sihat.


eSpring_Water_Treatment_System.jpg

Sistem Rawatan Air eSpring

Ramai antara kita memutuskan untuk minum lebih banyak air pada satu ketika – dan penting untuk berbuat demikian. Kekal terhidrat memastikan tubuh dan minda anda sihat: sistem anda menyingkirkan toksin, sendi anda dilincirkan, metabolisme anda berfungsi, tahap tenaga anda tinggi, kulit anda lembut – anda tahu manfaatnya. Namun apa yang diperlukan hanyalah segelas air kosong dengan rasa yang teruk dan anda akan mencapai minuman manis yang kemungkinan besar mengandungi gula yang tinggi. Selepas itu, anda rasa tawar hati untuk minum air kosong.

Inilah masanya untuk memasang Sistem Rawatan Air eSpring di rumah anda. Mempunyai akses mudah kepada air minum termineral bersih yang selamat, jernih dan tidak berbau dengan rasa yang tulen akan membuat anda mahu minum air selalu. Ingat, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

Bergantung pada penggunaan dan kualiti air, Sistem Rawatan Air eSpring merawat sehingga 5,000 liter air atau selama setahun antara penukaran penuras. Penuras Karbonnya (diperbuat daripada karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa yang berkualiti tinggi) berkesan mengurangkan lebih daripada 140 bendasing yang boleh menjejaskan kesihatan – ucapkan selamat tinggal kepada racun perosak, VOC, merkuri dan plumbum. Pada masa yang sama, ia membolehkan mineral bermanfaat seperti kalsium, magnesium dan fluorida melepasinya. Selain itu, Lampu UV memusnahkan sehingga 99.99% bakteria dan virus tanpa menggunakan bahan kimia.


Atmosphere_SKY_Air_Treatment_System.jpg

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY

Ramai antara kita mengambil mudah udara yang kita hirup. Oksigen segar penting untuk paru-paru dan darah kita, yang akhirnya memberi kesan kepada organ-organ lain. Walaupun sudah menjadi kebiasaan untuk orang ramai memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah, di dalam rumah lain pula kisahnya.

Walaupun anda memastikan rumah anda dibersihkan dengan teliti, ingatlah bahawa bahan cemar bawaan udara di luar kemungkinan besar akan mengikut anda pulang ke rumah melalui pakaian, kasut dan rambut anda, seterusnya mencemarkan udara di dalam rumah anda juga. Ini bermakna setiap kali anda menghela nafas panjang semasa bersenam atau sekadar bersantai di rumah akan memenuhi tubuh anda dengan bahan cemar berbahaya.

Jadi bagaimana anda memastikan yang anda boleh menyedut oksigen yang sihat di dalam rumah? Sistem Rawatan Udara ATMOSPHERE SKY ialah jawapan untuk udara dalaman yang bersih tanpa pencemaran, virus, alergen, kulapuk dan kulat. Sistem rawatan udara dengan tiga penuras ini boleh menyingkirkan 99.99% zarah sekecil 0.0024 mikron dengan berkesan di samping mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar daripada udara yang melalui unit.


Atmosphere_Mini_Air_Treatment_System.jpg

Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini

Anda sudah memiliki Atmosphere SKY untuk memastikan udara di rumah anda bersih dan sihat. Namun begitu, anda mungkin tidak akan membawanya dari bilik ke bilik. Kemungkinan besar, ia akan diletakkan di ruang tamu anda (atau ruang terbesar di rumah anda) dan berada di sana selama-lamanya.

Kini ada Atmosphere Mini, dengan semua ciri yang anda suka tentang Atmosphere SKY dalam saiz yang lebih kecil. Sama seperti abangnya, ia menuras 99.99% bahan cemar bawaan udara dan memerangkap zarah sekecil 0.0024 mikron. Begitu juga, penurasan 3 dalam 1 Atmosphere Mini berkesan mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara. Berkuasa walaupun saiznya kecil, ia membersihkan udara bilik bersaiz sehingga 200 kaki persegi (18.6 meter persegi), memberikan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih daripada 130 cfm pada kelajuan 3.


Semak Program Mudah Milik eSpring dan Atmosphere kami. Kedua-duanya membolehkan anda menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran mampu milik untuk tempoh 24 bulan!

Maklumat lanjut produk di https://www.amway.my/hometech-brandstory