Floating Icon
21 SEP 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 2399 LIHAT 127 BERKONGSI

Semarakkan Semangat untuk Dirimu yang Lebih Baik dengan XS IGNITE

Tahukah anda bahawa lebih separuh daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes1? Jika anda sedang berjuang untuk menguruskan berat badan anda, kami faham. Ya, pengurusan berat badan memerlukan diet yang sihat dan senaman yang kerap, tetapi tuntutan kerja yang berat dan komitmen keluarga sering kali menyebabkan kekurangan masa untuk merancang dan menyediakan sajian yang paling sihat atau menyelitkan satu atau dua sesi senaman dalam jadual yang sangat sibuk.

Walaupun genetik memainkan peranan, menyokong diet anda dengan nutrien yang tepat boleh membantu. Bahan-bahan tertentu seperti Oren Darah Moro yang berasal dari Sicily, Itali, terbukti secara saintifik menyokong pengurusan berat badan yang lebih berkesan. Bahan seperti Isomaltulosa dan L-Glutamina juga lazimnya ditambah dalam produk pemakanan sukan untuk manfaat yang sama.

Menggunakan teknologi moden dan termaju, kami telah berjaya menggabungkan tiga bahan utama ini, disokong oleh penyelidikan untuk membantu merangsang prestasi senaman anda, menzahirkan badan ideal anda, mengurangkan pengumpulan lemak dan merangsang proses pembakaran lemak semula jadi.



Memperkenalkan Bes Minuman Buah Oren Darah dengan Isomaltulosa & L-GlutaminaXS IGNITE

Dirumus secara saintifik untuk merangsang penjanaan haba dan metabolisme secara semula jadi, produk yang menyegarkan ini memberikan anda lonjakan tenaga dan membantu anda mencapai bentuk badan ideal anda.

Setiap paket mengandungi 400mg Ekstrak Oren Darah Moro, terpaten di Itali dan terbukti berkesan menguruskan berat badan dan mencegah obesiti2.

Selain kesan pembakaran lemak3, Isomaltulosa merangsang prestasi senaman4, manakala L-Glutamina menggalakkan metabolisme tenaga5.

Bes Minuman Buah Oren Darah dengan Isomaltulosa & L-Glutamina XS IGNITE didatangkan dalam bentuk serbuk cepat cair dalam pek batang yang mudah supaya anda boleh membawanya pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Untuk hasil yang optimum, sebaik-baiknya diambil setiap hari sebelum makan atau sebelum senaman. Ingat untuk terus makan makanan seimbang dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu.

program kesihatan xs ignite



Lazat dan menyegarkan, ia juga sesuai untuk individu yang menjalani gaya hidup sedentari, mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat atau metabolisme yang rendah. Ini bermakna jika anda sentiasa terpaku di meja anda atau sering mengunyah makanan rapu semasa waktu makan tengah hari yang singkat kerana anda mengejar tarikh akhir lagi (tidak mengapa, kita semua pernah mengalaminya), jadi ini memang produk untuk anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan Bes Minuman Buah Oren Darah dengan Isomaltulosa & L-Glutamina XS IGNITE hari ini dan bersedia untuk melihat diri anda yang baharu!

Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.Hasil mungkin berbeza-beza bergantung kepada pengambilan individu, senaman dan diet.

RRujukan:

  1. https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/03/03/over-half-of-malaysia039s-adults-overweight-or-obese-says-health-ministry 
  2. www.morosil.bionap.com
  3. Briskey D, Malfa GA, Rao A. Effectiveness of “Moro” Blood Orange Citrus sinensis Osbeck (Rutaceae) Standardized Extract on Weight Loss in Overweight but Otherwise Healthy Men and Women-A Randomized Double-Blind Placebo-Controlled Study. Nutrients. 2022 Jan 18;14(3):427. doi: 10.3390/nu14030427. PMID: 35276783; PMCID: PMC8838101.
  4. https://isomaltulose.org/energy-sports-nutrition/sports-athletes/
  5. Legault Z, Bagnall N, Kimmerly DS. The Influence of Oral L-Glutamine Supplementation on Muscle Strength Recovery and Soreness Following Unilateral Knee Extension Eccentric Exercise. Int J Sport Nutr Exerc Metab. 2015 Oct;25(5):417-26. doi: 10.1123/ijsnem.2014-0209. Epub 2015 Mar 26. PMID: 25811544