Floating Icon
02 AUG 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1257 LIHAT 142 BERKONGSI

Apa Perlu Dilakukan Sebelum, Semasa & Selepas Pemvaksinan COVID-19 ?

Tahniah, anda telah memperoleh janji temu pemvaksinan COVID-19 anda!


Things you should and should not do  when getting your vaccine.jpg

Bagi membantu anda agar lebih bersedia sebelum, semasa dan selepas pemvaksinan anda, berikut adalah 9 soalan dan jawapan lazim tentang perkara-perkara yang harus dan tidak harus dilakukan.


Sebelum Pemvaksinan Anda

1. Bagaimana saya mengoptimumkan kesihatan saya sebelum pemvaksinan?

Boost your immunity with supplements.jpg

Anda harus kekal terhidrat dan melindungi sistem imun anda! Jangan tinggalkan suplemen peningkat keimunan tubuh anda walaupun dalam kesibukan dan keseronokan. Tingkatkan keimunan anda dengan dos vitamin C harian dan jangan lupa untuk melindungi kesihatan usus anda – tambahan pula 70% keimunan anda terletak pada usus anda!


2. Adakah terdapat makanan atau minuman yang harus saya elakkan sebelum pemvaksinan saya?

Sebaiknya elakkan daripada mengambil alkohol sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum janji temu. Selain itu, tidak banyak batasan diet sebelum menerima vaksin. Namun, pada masa ini sebaiknya anda menjaga tubuh anda dengan mengutamakan sajian yang sihat dan berkhasiat untuk memastikan tubuh anda lebih kuat. Pilihlah segelas air yang menyegarkan dan bukannya dos kafein harian anda serta manfaatkan kekuatan pelindung daripada penghidratan yang betul!


3. Bolehkah saya mengambil suplemen Nutrilite sebelum menerima vaksin?

Adalah tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan di kaunter seperti paracetamol, ibuprofen, dan aspirin bagi tujuan mencegah kesan sampingan biasa yang berkaitan dengan vaksin seperti demam dan sakit badan. Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen harian anda tidak seharusnya menjejaskan kesihatan anda dengan apa cara sekali pun, tetapi jika anda tidak pasti, sila tanya pendapat doktor anda terlebih dahulu.


Semasa Pemvaksinan Anda

4. Apakah perkara khusus yang harus saya lakukan pada hari pemvaksinan saya?

Yoga helps calm your senses.jpg

Pada hari janji temu anda, sediakan sebarang dokumen yang diperlukan terlebih dahulu. Sekiranya anda merasa sedikit cemas - dan itu sememangnya normal - lakukan beberapa latihan pernafasan, yoga yang ringan, atau meditasi untuk menenangkan diri. Itu sahaja! Berikan senyuman di wajah anda dan keluar awal untuk janji temu anda - serta jangan lupa untuk bawa pen anda sendiri!


5. Bolehkah saya meninggalkan pusat pemvaksinan serta-merta selepas menerima vaksin?

Tidak, anda harus berada di pusat pemvaksinan selama 15 hingga 30 minit selepas pemvaksinan anda supaya sekiranya berlaku tindak balas yang tidak normal, maka petugas kesihatan di pusat tersebut boleh membantu anda.


6. Apakah kesan sampingan pemvaksinan yang biasa?

Kesan sampingan yang paling banyak dilaporkan adalah keletihan, sakit kepala, berasa seram sejuk, sakit sendi, rasa loya dan demam. Setelah menerima suntikan, anda mungkin juga merasa sakit atau bengkak di tempat suntikan di lengan anda. Sebilangan besar kesan sampingan vaksin COVID-19 yang dilaporkan adalah pada tahap ringan dan sementara serta ia berbeza-beza bagi setiap orang.


Selepas Pemvaksinan Anda

7. Apakah jenis makanan yang anda harus makan selepas anda menerima vaksin?

Anda mungkin menjadi kurang berselera makan, terutamanya pada hari pertama, jadi rehatkan diri anda dan elakkan makanan yang diproses dan berminyak yang tinggi gula dan lemak. Sebaliknya, ambil banyak makanan berkhasiat dan sihat seperti sup sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.


8. Apakah amalan jagaan diri yang harus saya amalkan setelah menerima vaksin?

Rehat. Beri ruang masa untuk anda tidur dan pulih semula setelah menerima vaksin.


9. Bolehkah saya keluar tanpa pelitup muka saya sekarang kerana saya telah diberi vaksin?

Always wear your face mask and socially distance yourself.jpg

Sama sekali tidak! Walaupun dengan menerima vaksin telah membawa kita selangkah lebih dekat untuk memerangi wabak COVID-19, adalah masih penting bagi kita semua untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti menjaga jarak dan memakai pelitup muka.


10. Adakah saya masih perlu mengambil suplemen selepas menerima vaksin?

YA! Selepas menerima vaksin, teruskanlah pengambilan suplemen atau mulakan pengambilan suplemen bagi mempertingkat tahap kesihatan anda. Ini kerana anda perlu memperkuat keimunan anda demi menjauhkan diri daripada risiko bahaya!


*Soalan bonus: Saya masih menunggu janji temu saya; bagaimana saya dapat menjaga kesihatan saya dengan lebih baik?

Terus amalkan tabiat yang sihat dan tingkatkan keimunan anda dengan pelbagai suplemen Nutrilite agar tubuh menjadi lebih sihat!

ProtectKawKaw with Nutrilite campaign_e.jpg

  • Baca bagaimana anda boleh #ProtectKawKaw dengan Nutrilite di sini
  • Lihat senarai suplemen peningkat keimunan Nutrilitedi sini